FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, July 25, 2012

Karya Terbaru Firdaus


Saat Terindah tampil membawa perubahan besar buat Firdaus.

Kemunculan album kelima FirdausSaat Terindah ibarat satu hadiah istimewa kepada  para peminat mereka dan juga kepada kumpulan Firdaus sendiri. Hal ini lantaran melihatkan kepada usaha kumpulan ini yang berusaha gigih  menyuntik nafas baharu melalui perubahan besar yang  disinergikan melalui penghasilan album ini.
Walaupun menyepi hampir enam tahun, namun kumpulan yang dianggotai oleh lima orang anak muda ini kembali dengan buah tangan terbaru yang terbukti lebih  sarat dengan eksperimentasi muzik. Kali ini, Firdaus ternyata berani berdiri membawa pendekatan berbeza apabila muncul dengan imej dan genre muzik baharu yang lebih bertenaga dan menekankan mesej lagu yang lebih universal.
Saat Terindah tampak berbeza berbanding penghasilan album-album Firdaus yang terdahulu. Firdaus mula bertapak kukuh dengan penghasilan album pertama mereka iaitu Keampunan (1998) dengan konsep nasyid kontemporari, Fisabilillah (2000) dengan konsep etnik kreatif, seterusnya album ketigaCinta dan Harapan (2002) dan Dunia Yang Lebih Indah (2006) pula muncul dengan konsep pop dan seterusnya diikuti Saat Terindah (2012) yang disusun menarik dengan mempersembahkan pelbagai elemen muzik kontemporari. Gabungan lagu-lagu daripada pelbagai mood serta genre seperti pop alternatif, ballad dan juga hip hop yang diketengahkan mampu memukau dan memikat para pendengar.

Firdaus kini tampil berani dan berbeza.

Uniknya, album ini memuatkan sembilan buah lagu yang hampir keseluruhannya mendapat sentuhan kolaborasi vokal beberapa artis tempatan yang tidak kurang hebatnya. Firdaus bertindak menampilkanCat Farish, Zizan Razak, Noh Hujan, Sheila Abdull, Neves Pretty Ugly dan juga Zahid AF sebagai paduan kolaborasi mereka.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album istimewa yang diterbitan oleh De Firdausi Entertainment ini ialah Sabar Sajalah, Pahlawan Patah Hati, Kerna-NYA Aku Menolakmu, Haluanku, Masihkah Ada Cinta, Laksana Impian, Semua Milik Kita, Ku Bersaksi dan Saat Terindah.
Penghasilan album yang menekankan  kepelbagaian genre muzik ini telah mendapat sentuhan komposer tanah air yang terkenal seperti Cat Farish, Faizal Tahir, Aiman Neves Pretty Ugly, Yasin, Haris Isa dan juga kumpulan Firdaus sendiri.
Terdahulu, album Saat Terindah ini telah dilancarkan pada 30 Mei 2012 yang lalu oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia di Restoran Seri Melayu.
Kepada para peminat Firdaus di luar sana, tidak salah untuk  saya katakan bahawa Saat Terindah memang patut menjadi album wajib yang anda perlu miliki segera. Miliki album ini dan anda nilai sendiri kualitinya bagaimana ya!
Buat Firdaus, tahniah dan syabas atas penghasilan album ini.
Perlu anda tahu, kami juga sedang menantikan Official MTV album Saat Terindah anda release !


Teaser MTV lagu KernaNya Aku Menolakmu

Jangan lupa untuk mendapatkan album Saat Terindah dan ikuti perkembangan kumpulan ini di Fan Page Facebook  mereka, Firdaus -NK
sumber:nasyidkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...