FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, July 25, 2012

Mawi melaungkan Asma ALLAH


AsmaulHusna - Asmawi
Sebelum ini, NasyidKini pernah mewar-warkan mengenai desas-desus tentang penyanyi Mawi yang bakal terlibat dan bekerjasama dengan komposer terkenal, Hafiz Hamidun. Kini ianya terjawab dengan kemunculan album terbaharu beliau yang berjudul Asmaul Husna – Asmawi.
Sudah agak lama Mawi menyepi tanpa album baharu. Kemunculan album ini bakal mengubat rindu peminat setia beliau yang telah lama menantikan buah tangan darinya.
Preview Album Asmaul Husna – Asmawi 
Album hasil kolaborasi sulung antara Arteffects International & MW Entertainment Sdn Bhd ini, bakal diedarkan oleh Warner Music. Menurut Hafiz Hamidun, selaku penerbit bersama, perancangan untuk album ini sudah lama iaitu sejak tahun lalu.
“Album ini juga mengekalkan konsep zikir terapi seperti sebelum ini ” ujar Hafiz Hamidun ketika ditanya apakah kelainan dan konsep baharu yang dilakar melalui kerjasama ini.
Sebelum ini Hafiz Hamidun telah menerbitkan beberapa album Irama Terapi seperti Zikir Terapi Diri (Hafiz Hamidun) , Zikir Terapi Munajat (Fitri Haris) dan Zikir Terapi Selawat yang dialunkan oleh Imam Muda Najdi.
Dijangka, album Asmaul Husna-Asmawi ini akan berada di pasaran pada awal Ramadhan. Bagi yang berminat untuk mendapatkan album ini, boleh menghubungi Arteffects International di talian 03 – 7727 1297 @ 03 – 7496 1297. Dengan harga RM19.90, pembeli terawal boleh mendapatkan album ini berserta tandatangan eksklusif daripada Mawi. Jadi tempahlah segera! – NK

sumber: Nasyidkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...