FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, July 25, 2012

JME terbit album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama


Setelah beberapa bulan menjalani proses rakaman,akhirnya album Himpunan Bakat Nasyid (HBN) Edisi Pertama berjaya dilancarkan. Album ini merupakan produk terkini terbitan Jaringan Masry Enterprise (JME), sebuah syarikat milik kumpulan nasyid Masrie.

Album HBN Edisi Pertama ini menampilkan 12 artis,terdiri daripada artis-artis nasyid indie dari Malaysia dan Indonesia.Barisan artis tersebut ialah Naim Darus, Alif Sobry, Masrie, Zayyan, Rafzan, Brothers Voice, Forheart, Aremean, Adli Hashim, Irham dan Maidany (Indonesia).

Ketika ditanya mengenai proses rakaman album, Hafiz Azizan (Masrie) selaku orang kuat JME menyatakan rakaman album ini bermula sejak Mac 2012 hingga Mei 2012. Beliau turut menyatakan penerbitan album ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

"Idea timbul apabila apabila melihat perkembangan industri nasyid yang semakin rancak sekarang. JME ingin mencuba nasib membantu para munsyid yang belum mempunyai album, memperkenalkan diri mereka dalam arena nasyid melalui album ini," kata Hafiz Azizan yang juga merupakan anggota kumpulan Masrie.

Album HBN telah dilancarkan secara rasmi pada 14 Julai 2012 yang lalu di Rumah Anak Yatim Bedaya,Kulim,Kedah. Menariknya, album ini turut mendapat khidmat kerjasama dari Ilham Cipta Production (ICP) milik Din As-Salam, yang merupakan komposer terkenal di Utara Semenanjung Malaysia.

Tracklist: Bisakah Aku Sujud -Naim Darus, Inikah Kebahagiaan - Alif Sobry, Kini - Masrie feat, Mizie, Tasbih Persahabatan - Zayyan, Kekasih Sepanjang Zaman - Rafzan (ex-Baiduri), Sayang Abi Sayang Ummi - Brothers Voices,Setiap Hela Nafasku - Forheart, Duhai Isteriku - Aremean, Penentu Cinta - Adli Hashim, Kasih Sayang TUHAN - Irham dan Kaca Yang Berdebu - Maidany.

ADA RADIO ONLINE SENDIRI

Selain album HBN, JME juga turut memperkenalkan radio online mereka sendiri. Masry.fm merupakan radio online nasyid terbaru yang wujud,dan dikendalikan sendiri oleh DJ Hafiz,DJ Muhayrieyz dan DJ Yusuff.

"Masry.fm mula beroperasi sejak 3 minggu lepas (awal Julai) dan beroperasi dimana saja menggunakan talian internet,bertujuan untuk mempromosikan artis-artis nasyid Malaysia dan Nusantara,"ujar Hafiz lagi.

Radio Masry.fm boleh didengar melalui laman web http://masryfm.caster.fm/.

Jangan lupa untuk mendengar Masry.fm dan beli album HBN yang original dipasaran sekarang. Album HBN boleh dibeli dengan menghubungi Hafiz 0195139837- STUDIOKINI


sumber- studiokini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...