FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, November 29, 2011

RhaSoul Gabungan Guru-Guru Perlis


Semakin hari semakin banyak artis nasyid atau irama ketuhanan muncul dalam arena hiburan Malaysia. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, irama nasyid sentiasa mendapat tempat dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Atas faktor inilah,kumpulan nasyid terbaru, RhaSoul tampil ke hadapan dengan menerbitkan album pertama mereka, Seagung Namamu.

Sebelum ini kumpulan RhaSoul lebih dikenali sebagai Soutul Mualimin dan bergiat aktif sekitar negeri Perlis. Atas faktor tertentu termasuk memudahkan peminat menyebut nama kumpulan, mereka menukarkan nama Soutul Mualimin kepada RhaSoul.

Kenapa RhaSoul?

Menurut salah seorang anggota kumpulan ini,Irwan ketika bersiaran di Kedah.fm pada 24 November 2011, pemilihan nama RhaSoul disebabkan oleh maksud yang tersirat di sebalik nama tersebut. Sebutan 'Rasul' dalam bahasa Arab membawa maksud utusan manakala akronim RhaSoul itu bermaksud Rentak Hiburan Alternatif dan Soul pula membawa maksud jiwa. Kesimpulannya, RhaSoul membawa erti jiwa rentak hiburan alternatif.

Menariknya tentang kumpulan ini, mereka terdiri daripada gabungan guru-guru agama sekitar negeri Perlis.

Tentang album Seagung Namamu, album ini mengandungi beberapa buah lagu. Antaranya ialah Perpaduan, Adikku Berjiwa Besar, Harapan Keampunan, Seagung Namamu,Seruan Kesedaran dan Pancaroba Dunia.

Album terbitan RhaSoul Enterprise ini boleh didapati di sekitar Perlis atau melalui online di laman Facebook rasmi mereka.

sumber: studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...