FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, November 29, 2011

Kenali R-if


Industri nasyid sejak kebelakangan ini semakin di pandang sepi, dan penghasilan album nasyid juga semakin berkurangan. Ianya mungkin disebabkan oleh keadaan ekonomi yang belum stabil sepenuhnya. Semakin berkurangan syarikat yang mahu menerbitkan album nasyid kerana faktor kewangan. Namun ianya juga kerana faktor-faktor lain juga seperti perkembangan teknologi yang semakin pesat dan membuatkan para pendengar tidak lagi begitu berminat untuk membeli album dalam bentuk fizikal. Mereka lebih gemar membeli dalam bentuk digital iaitu seperti nada dering telefon bimbit.
Melihat kepada situasi yang berlaku, R-iF melihat industri nasyid juga perlu bergerak seiringan dengan kemajuan teknologi ini. Berbekalkan dengan sokongan modal yang tidak begitu tinggi dan pengalaman yang ditimba, R-iF cuba untuk menembusi pasaran yang agak lembab ini dengan menghasilkan suatu album yang mana teknik pemasarannya kelak akan menumpukan kepada direct dan indirect marketing channel.
Selain itu, R-iF juga ingin mempelopori pengwujudan kumpulan nasyid yang serius di dalam industri dari kalangan pelajar dan Alumni Politeknik. Ini kerana R-iF melihat sehingga ke hari ini belum ada lagi artis nasyid sama ada solo atau berkumpulan yang dilahirkan oleh Politeknik. R-iF berharap dengan adanya projek album ini maka ia akan mampu membuka mata semua pihak terhadap Politeknik dan seterusnya mampu untuk menarik lebih ramai lagi artis-artis nasyid Politeknik untuk tampil maju ke hadapan.
Sejarah
Januari 2005, R-iF diwujudkan. Hasil usaha dan kerja keras Ustaz Khairul Napisham Bin Abd Razak iaitu Penasihat Kelab Nasyid di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). R-iF menggabungkan beberapa orang pelajar dari pelbagai jabatan yang ada di PSA. R-iF mempunyai banyak generasi dan untuk album pertama ini ianya menghimpunkan generasi pertama R-iF. Nama R-iF merupakan singkatan kepada “Remember Islam @ Iman Forever”. Bagi sesetengah pihak ianya juga bermaksud ARIF yang membawa maksud bijaksana. Ketika ini R-iF selesa bergerak secara bertiga, ianya menjadikan R-iF unik kerana merupakan pelopor kumpulan nasyid TRIO yang ada di dalam industri nasyid.

sumber:R-if

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...