FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, July 26, 2011

EYE,Iwan & Rahmat (Ekamatra) Berubah Angin

Gelombang perubahan terus melanda dunia hiburan negara. Ada saja artis yang berubah angin ke arah negatif selepas melalui zaman kegemilangan masing-masing. Perubahan angin artis-artis tersebut bukan hanya melibatkan golongan rockers sahaja malah turut membabitkan penyanyi genre balada serta dangdut.

Itulah realiti yang terjadi terhadap kumpulan EYE, Iwan, dan Rahmat (Ekamatra).

Kumpulan EYE pernah menempah zaman populariti pada era 1980-an dan 1990-an melalui genre balada (jiwang).EYE telah menghasilkan 5 buah album sebelum ini iaitu Mekar, Satu Nukilan Abadi, Semakin Menjadi-jadi, Lebih Hebat Lagi dan Mahkota Impian. Namun setelah sekian lama menyepi, EYE tampil dengan satu konsep yang berlainan dengan sebelum ini.


EYE akhirnya muncul dengan album ketuhanan pertama, Nama Mu. Album ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Thaif, Alpa, Keikhlasanmu, Arah,Agung Cintaku dan sebagainya. Album ini diterbitkan oleh Otai Studio dengan mengekalkan 4 ahli asal EYE iaitu Izam, Amir, Bard dan Arbi. Album ini boleh didapati melalui laman rasmi Facebook mereka.

Iwan Syahman dengan album barunya
Bagi Iwan pula, perubahan yang dilakukannya turut berlainan dengan sebelum ini. Iwan sudah mencipta nama sebagai penyanyi dangdut terkenal namun kini beliau ingin dikenali sebagai Iwan Syahman. Berbekal dengan nama baru, Iwan Syahman kini tampil dengan album barunya,Segalanya Allah.

Album ini merupakan album terbaru keluaran Hijjaz Records. Lagu Segalanya Allah cukup syahdu jika dihayati.Tapi cara lenggoknya tetap sama seperti Iwan yang dahulu.


Rahmat (Ekamatra) turut melakukan perubahan. Sebelum ini beliau cukup terkenal sebagai penyanyi balada slow rock tapi kini,beliau menampilkan kelainan dengan membawakan konsep ala mawlay. Album berjudul Semarak Cinta Rasulullah tersebut menampilkan lagu-lagu selawat yang memuji kebesaran Baginda. Album terbitan Sofa Production boleh didapati melalui wakil jualan Yayasan Sofa.

sumber:
studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...