FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, November 6, 2012

Rabbani Duta Misi Hospital For Gaza


Rabbani di majlis sidang media Makan Malam Amal H4G
Kita sering mendengar dan melihat penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin akibat kekejaman tentera zionis yang tidak henti-henti memberi tekanan dan menzalimi rakyat Palestin. Lebih teruk, wilayah Gaza yang dikuasai oleh Hamas menjadi sasaran utama kezaliman dan kerakusan tentera zionis laknatullah dalam memerangi Palestin.
Atas rasa tanggungjawab sesama Islam, Rabbani, selaku kumpulan nasyid paling popular di Malaysia ingin mengajak semua umat Islam di Malaysia untuk bersama dengan mereka dalam misi membangunkan sebuah hospital khas di wilayah Gaza, Palestin. Rabbani telah bekerjasama dengan MAPIM (Majlis Perundingan Islam Malaysia) dan mendapat restu dari bahagian kesihatan OIC, akan membuka tabung khas untuk mengumpul dana bagi pembinaan hospital di Gaza.
Selaku Duta Hospital For Gaza (H4G), Rabbani akan memainkan peranan memberi kesedaran dan mengajak umat Islam di Malaysia untuk sama-sama mengumpul dana bagi tujuan pembinaan hospital yang dijangka akan disiapkan pada tahun 2017.
Mengulas mengenai perkara ini, Rabbani menganggap usaha ini sebagai satu peluang untuk Rabbani berkhidmat dan menyumbang untuk kesejahteraan saudara seIslam di Gaza, Palestin.
“Alhamdulillah, selaku kumpulan nasyid yang berdakwah melalui cabang seni, kami bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada kami untuk menyumbangkan kudrat dan apa yang termampu untuk Gaza. Ia adalah peluang terbaik untuk kita semua meraih pahala dan kasih sayang daripada ALLAH SWT.” jelas Azadan Rabbani.
Tambah beliau lagi, “Rabbani akan mengadakan beberapa siri jelajah di beberapa tempat terpilih di seluruh Malaysia untuk menggerakkan usaha ini. Dana yang diperolehi nanti bakal digunakan untuk membangunkan hospital, menyediakan kelengkapan di hospital dan menanggung segala kos operasinya kelak. Kami juga maklum akan kemungkinan hospital ini dibom oleh pihak zionis. Namun, kewujudan sebuah hospital di Gaza merupakan satu keperluan penting untuk penduduk Gaza.”
ajlis Makan Malam Amal Hospital For Gaza (H4G)
Selain dari siri jelajah, Rabbani juga akan mengadakan sebuah Majlis Makan Malam Amal H4G pada 26 Januari 2012. Majlis makan malam amal ini akan menampilkan 2 ikon utama industri muzik Malaysia, kumpulan Rabbani dan Datuk Sharifah Aini. Ia akan diuruskan sepenuhnya oleh Rabbani Production (M) Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa pihak yang akan diumumkan dari masa ke semasa.
Kutipan jualan tiket majlis makan malam amal ini nanti akan disumbangkan kepada Tabung H4G. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Rabbani Production di 03 6272 1225.
Sumber -Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...