FOLLOWERS NASYID2U

Saturday, January 28, 2012

JME Terbitkan Album Surah Pilihan Syazwan Basil


Menerbitkan album nasyid tak cukup untuk sampaikan dakwah kepada masyarakat. Malah bukan semua lapisan masyarakat minat akan lagu-lagu nasyid.

Dakwah melalui hiburan turut memerlukan penerbitan album berkonsepkan edutainment.

Dan tak dinafikan menjadi trend terkini syarikat-syarikat rakaman menerbitkan album-album berkonsepkan zikir, bacaan al-Quran, serta selawat sebagai satu usaha mempromosikan didikan rohani kepada manusia.

Jaringan Masry Enterprise (JME), sebuah syarikat rakaman beroperasi di utara Semenanjung Malaysia, kini tampil menerbitkan produk terbaru mereka, Surah Pilihan (Bacaan Secara Murattal) dari Syazwan Basil.

Syazwa Basil dilahirkan pada 8 Julai 1994. Beliau merupakan penerima Anugerah al-Hafiz Termuda Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2010.

Album Surah Pilihan ini mengandungi 5 buah bacaan surah iaitu Surah al-Fatihah, Surah as-Sajdah, Surah Yaasin, Surah al-Waaqiah dan Surah al-Mulk.

Harga bagi CD ini ialah RM16.Dan sebagai promosi, harga istimewa telah diberikan seperti berikut:
Harga PROMOSI : RM15.00 (Promosi sehingga 29 Feb. 2012)
Harga Normal selepas 1 Mac 2012 : RM16.90
Bayaran Pos: RM3.00
Kepada yang berminat,hubungi emel mbasil[at]yahoo.com atau laman Facebook [klik sini]

sumber: studiokini

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 22/01/2012 (Minggu 2)

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 22/01/2012 (Minggu 2)

1. Pergilah Dunia – Varianz (+1) (2)
2. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (-1) (2)
3. Perang Dah Tamat – Malique feat. Rabbani (+6) (2)
4. Kurnia – Nowseeheart (+1) (2)
5. Percayalah – Dian (lagu baru) (1)*
6. As-Syafi – UNIC (+1) (2)
7. Segalanya Allah – Iwan Syahman (-1) (2)
8. Mengejar Sempurna – Demascus feat. Ikram Mirwana (lagu baru) (1)*
9. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (lagu baru) (1)*
10. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (-7) (2)

Pencalonan Baru
Shalat Dulu – Iwan Syahman
Muslimah – Nazrey Johani
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow
Seruan – Al-Farabi Band
Ya Salam – Alwi Mustapha

Lagu Terkeluar
4. Hidup Sementara - Akhdan
8. Istikharah – Mestica
10. Kekasih –Anuar Ariffin

**Tetamu Minggu Ini: Hafiz Hamidun

Thursday, January 19, 2012

VideoKlip : Hafiz Hamidun- Lailaha Illallah

Malam Sinar Maulidur Rasul 1433H

Malam Sinar Maulidurrasul boleh dianggap sebagai ‘acara wajib’ bagi Rabbani. Malah, penganjuran konsert tahunan berskala besar ini adalah antara konsert yang paling dinanti setiap tahun.

Pada tahun 2012, sekali lagi Rabbani menganjurkan konsert tersebut. Kali ini, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu sekali lagi dipilih sebagai venue. Pada tahun ini, tema yang dipilih ialah Muhammad Al-Ameen

Diantara artis yang akan membuat persembahan yang dijadualkan pada 4 Februari ini ialah Rabbani, Siti Nurhaliza, Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus.

Disamping itu, sebuah karnival turut diadakan di lokasi yang sama pada 3 hingga 5 Februari, selain sebuah makan malam di Riyaz Heritage Resort And Spa pada 5 Februari.

Untuk keterangan lanjut serta urusan tempahan gerai, boleh hubungi talian 03-62721225

Berita lanjut akan menyusul selepas sidang media esok.

sumber:Munsyeed{Dot}Com

AIDIL Pasrah Berempat Tanpa Hafrul

Hafrul AIDIL

Desas-desus yang mengatakan pengunduran salah seorang ahli kumpulan AIDIL terjawab apabila kumpulan AIDIL mengesahkan bahawa sahabat mereka, Hafrulidzwan atau lebih dikenali sebagai Hafrul AIDIL kini tidak lagi bersama mereka dalam meneruskan perjuangan seni nasyid.

Mengulas mengenai isu ini, Mohd Fadzli Abdullah atau lebih mesra disapa Fadzli AIDIL memaklumkan yang Hafrul tidak lagi dapat bersama dengan AIDIL memandangkan beliau mempunyai komitmen lain yang menghalang beliau untuk terus aktif bersama AIDIL.

Tambah Fadzli, walaupun terpaksa bergerak tanpa Hafrul, AIDIL akan terus cekal dan kuat menghadapi apa jua rintangan mendatang.

“Apa pun yang terjadi, perjuangan harus diteruskan. AIDIL masih aktif memenuhi jemputan persembahan pentas seperti biasa dan inshaALLAH, kami juga dalam proses mencari pengganti Hafrul memandangkan kami lebih selesa berlima. Mudah-mudahan, segalanya dipermudahkan.” balas Fadzli mengakhiri perbualan.

Ahli AIDIL yang terkini

-Munsyeed{Dot}Com

Anugerah Nasyeed.Com Bakal Dianjurkan 2012

Carta Nasyeed.Com

Ura-ura mengenai sebuah majlis anugerah yang bakal dianjurkan khas untuk industri nasyid semakin rancak diperkatakan. Tahun lepas memalit sedikit duka buat semua penyokong dan peminat industri nasyid Malaysia apabila panel Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah memansuhkan kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH mulai 2011. Tidak terhenti disitu, kontroversi AIM juga turut menjentik para peminat nasyid yang menggugurkan semua kategori album pos, rock dan nasyid terbaik walaupun mengekalkan kategori-kategori yang lain.

Mungkin timbul rasa ingin bangun dengan majlis anugerah sendiri, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Nasyeed.Com mula mengorak langkah membuka pencalonan untuk Carta Nasyeed.Com. Carta yang bermula pada pertengahan tahun 2011 itu semakin hari mendapat tempat dikalangan peminat nasyid mula aktif mengundi artis dan lagu pilihan mereka. Variasi artis baru dan lama turut mewarnai Carta Nasyeed.Com.

Anugerah Nasyeed.Com?

Pada mulanya, rata-rata menganggap ia hanya sekadar carta nasyid biasa. Tetapi pada awal 2012, pihak Nasyeed.Com mula memukul gendang mengenai penganjuran majlis anugerah tersebut yang dikhabarkan bakal berlangsung antara Mac-Mei 2012. Tarikh rasmi masih dirahsiakan namun pengumuman diatas (rujuk gambar) nyata memberi khabar gembira buat semua yang terlibat dalam industri nasyid baik artis, komposer mahupun peminat sendiri.

Bagi artis yang sedang berentap di dalam Carta Nasyeed.Com, bolehlah kita sama-sama mempergiatkan lagi promosi supaya lebih ramai akan mengundi di carta tersebut. Buat para peminat, jom undi lagu pilihan anda dalam 5 kategori yang dipertandingkan!

Kepada artis nasyid yang ingin mencalonkan lagu mereka, bolehlah berhubung dengan pihak Nasyeed.Com di laman Facebook Nasyeed ComFull.

Untuk mengundi, sila klik: Undi Carta Nasyeed.Com

sumber:munsyeed.com

EdCoustic terjah pasaran Malaysia

Edcoustic

Edcoustic merupakan antara artis religi paling ngetop di Indonesia. Lagu-lagu yang dihasilkan berjaya mendapat tempat di hati peminat di Indonesia. Edcoustic juga berjaya menyapa pendengar di Malaysia dengan lagu popularnya, Muhasabah Cinta, yang acapkali didengar di laman internet Youtube dan sebagainya. Tidak mahu terhenti disitu, Edcoustic kini bertekad untuk memasuki pasaran Malaysia secara serius dan mahu menggoncang pasaran Malaysia dengan koleksi lagu-lagu terbaik mereka!

Edcoustic bersama Inteam dan jurutera muzik Inteam Studio, Amin Nordin

Edcoustic yang dianggotai oleh 2 orang pemuda, Aden (vokalis) dan Eggie (Gitaris) ini telah menjalinkan kerjasama korporat dengan syarikat Inteam Records Sdn Bhd yang beroperasi di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Sinergi yang cukup serasi dari 2 entiti ini nyata bakal memberi impak positif kepada pasaran muzik Malaysia dan Indonesia. Sebagai mukaddimah menjengah pasaran Malaysia, Edcoustic dan Inteam Records bakal menerbitkan album kompilasi yang mengumpulkan beberapa buah lagu Hits Edcoustic khas untuk para peminat.

Album yang bakal diterbitkan pada hujung Januari 2012 ini merupakan buah tangan istimewa daripada Edcoustic dan Inteam Records buat semua peminat lagu-lagu Edcoustic di Malaysia. Ia juga sebagai album ‘taaruf’ buat mereka yang belum mengenali artis yang pernah berkolaborasi dengan Melly Goeslow untuk menghasilkan OST Ketika Cinta Bertasbih ini. -Munsyeed{Dot}Com

Carta Nasyeed.Com Minggu 1 (9 Januari 2012)

Carta Nasyeed.Com

Keputusan Carta Nasyeed.Com Minggu 1 (9 Januari 2012)

Kategori Sejarah: Rasul Junjungan – Masrie

Kategori Cinta: Cuba Berikan – Amar Hamdan

Kategori Selawat: Dia Muhammad – Inteam

Kategori Kempen: Just Keep Believing – Ammar Hamdan

Kategori Perjuangan: Bebas Palestin – Rabbani, Inteam Saujana & Nowseeheart

Kategori Munajat : Di Suatu Masa – Mizie

Undian untuk minggu ke 2 sudah dibuka. Kepada mereka yang ingin mengundi, bolehlah klik di Carta Nasyeed.Com.

Selamat mengundi! -Munsyeed{Dot}Com

Cara mengundi Carta IKIM fm


Salam Sejahtera.

Rasanya semua pendengar mungkin sudah maklum dengan kaedah pengundian lagu-lagu dalam Carta Ikim.fm. Mulai tahun 2012, anda semua boleh mengundi lagu-lagu kegemaran anda yang tersenarai dalam Carta Ikim menerusi dua cara.


Cara 1: Pengundian menerusi E-mel

1) Pilih LIMA (5) lagu berlainan daripada senarai
- lagu dalam carta dan/atau
- lagu pencalonan baru

2) Hantarkan undian anda ke alamat emel carta@ikimfm.my


Cara 2: Undian di laman web Ikim.fm

Klik link ini untuk ke laman web Ikim.fm. Atau anda boleh klik link ini untuk terus ke slot undian Carta Ikim.fm.

Seperti cara di atas, anda boleh memilih lima buah lagu yang menjadi kegemaran anda untuk diundi.


sumber: Cartaikim blog

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 15/01/2012 (Minggu 1)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 15/01/2012 (Minggu 1)

1. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi
2. Pergilah Dunia – Varianz
3. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana
4. Hidup Sementara - Akhdan
5. Kurnia – Nowseeheart
6. Segalanya Allah – Iwan Syahman
7. As-Syafi – UNIC
8. Istikharah – Mestica
9. Perang Dah Tamat – Malique feat. Rabbani
10. Kekasih –Anuar Ariffin

Pencalonan Baru
Percayalah – Dian
Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet
Mengejar Sempurna – Demascus feat. Ikram Mirwana
Shalat Dulu – Iwan Syahman
Muslimah – Nazrey Johani

Lagu Terkeluar
Hadirnya Cahaya S.A.W – Devotees
Dengan KuasaMu – Nur One
(daripada minggu 141, Carta Ikim musim ke-4)


**Tetamu Minggu Ini: Rabbani

Du'a,UNIC dan Menhajj Buka Tahun 2012 Dengan Album Baru

Genre nasyid tidak dinafikan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Dan matlamat utama genre nasyid ialah berdakwah dalam berhibur. Peminat sudah pasti memainkan peranan utama dalam memastikan genre ini terus wujud hingga ke hari ini.

Tahun 2012 dimulakan dengan permulaan yang baik. Belum sampai sebulan kita berada di tahun 2012, 3 kumpulan nasyid tampil dengan album mereka tersendiri. Mereka adalah UNIC, Du'a dan Menhajj.

Sahaja Aku Mencintai-Mu Dari Du'a


Du'a mungkin terlalu baru dalam dunia hiburan Malaysia. Tapi tak dinafikan aura mereka memang ada. Sebelum ini, dua dari anggota Du'a iaitu Ajwad dan Asadullah merupakan anggota kumpulan Tilmiz.Dan menariknya mereka juga merupakan anak kepada Ustaz Amaluddin,seorang penasyid,penulis dan pendakwah terkenal.

Album Du'a, Sahaja Aku Mencintai-Mu ini diterbitkan oleh Sahabat Amal Enterprise dan Inter SX mengandungi 8 buah tracklist iaitu Sahaja Aku Mencintai-Mu, Doa dan Tasbih, Rasul Terakhir, Cermin Diri, Tiada Selain Dia, Lagu untuk Ummi, Sahaja Aku Mencintai-Mu (Instrumental) dan Lagu untuk Ummi (Instrumental).

Hadiah Special Edition Dari UNIC



UNIC, tak perlu lagi untuk nafikan kehebatan kumpulan ini. Perjalanan seni mereka memang unik. Kali terakhir mereka tampil dengan album Hijrah terbitan sulung syarikat mereka,UNIC Records dengan kerjasama HPA.

Kini, sebagai menghargai sokongan peminat, mereka terbitkan sebuah album istimiewa,Special Edition dengan harga yang cukup murah,RM 15. Dan sebagai promosi untuk Januari 2012, mereka hanya kenakan bayaran sebanyak RM10 sahaja! Murah kan?

Album Special Edition mengandungi tracklist seperti Khalidu bil Quran, Iqra (lagu baru), Doa Dhuha, Binnabil Huda versi Melayu (lagu baru), Doa Rabitah, Menuju Wawasan, Penghulu Istighfar, Seiring Sehaluan (lagu baru),Menuju Wawasan Instrumental dan Doa Keberkatan Al-Quran. Hubungi FB rasmi mereka.

Menhajj Sentiasa BersamaMu



Menhajj,mungkin ramai belum kenal kumpulan ini. Kumpulan ini merupakan kumpulan nasyid yang ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Masih baru dalam irama nasyid, kumpulan ini memberanikan diri ke depan. Mereka tampil dengan album sulung mereka, Sentiasa Bersamamu terbitan Pusat Islam UPSI.

Album ini mengandungi tracklist seperti Muhammad Kekasih Allah, Ya Nabi Salam Alaik, Baligh Salami, Ikrar Cinta, dan Sentiasa BersamaMu. Dapatkan album ini dipasaran sekarang.Hubungi 0135029100 untuk urusan pembelian.

sumber: Studiokini

Tuesday, January 10, 2012

UNIC Muncul Dengan UNIC Special Edition

UNIC Special Edition

UNIC membuka tirai 2012 dengan kemunculan sebuah album yang cukup istimewa khas untuk peminat. Album yang diberi nama UNIC Special Edition ini mengandungi 10 track lagu dengan membariskan 3 buah lagu baru. Album istimewa ini menggabungkan lagu-lagu nasyid, zikir dan selawat yang dialunkan oleh kumpulan UNIC.

Berikut adalah judul-judul lagu yang terdapat dalam album UNIC Special Edition:

  1. Khalidu Bil Quran
  2. Iqra’ (Lagu Baru)
  3. Doa Dhuha
  4. Binnabil Huda (Versi Bahasa Melayu) (Lagu Baru)
  5. Doa Rabitah
  6. Menuju Wawasan
  7. Penghulu Istighfar
  8. Seiring Sehaluan (Lagu Baru
  9. Menuju Wawasan (Instrumental)
  10. Doa Keberkatan Al-Quran

Album ini pada mulanya dijual pada harga RM15.90, tetapi sempena promosi UNIC Shop, para pembeli boleh mendapatkan album ini dengan harga serendah RM10.00 sahaja melalui pembelian online di UNIC Shop. (Klik disini). -Munsyeed{Dot}Com

Nasyid Indie Vol 3 Kini Dibuka Untuk Penyertaan

Koleksi Nasyid Indie Vol 3 : The Sign

Abdul Halim Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Halim Devotees bakal meneruskan perjuangan membantu nasyid-nasyid indie dengan penerbitan Album Koleksi Nasyid Indie Vol 3 berjudul The Sign. Album terbitan eksklusif Neurotic Studio ini bakal memulakan produksi pada Januari 2012.

Menurut Halim, Koleksi Nasyid Indie Edisi ke-3 ini berjudul ‘The Signs’ yang membawa maksud alamat, atau petanda, atau petunjuk. Secara ringkasnya ia merupakan album yang bakal memuatkan lagu2 tentang ketuhanan, kemanusiaan, dan lebih bersifat peringatan yang patut kita sedari di mana pada akhir zaman ini banyaknya berlaku bencana itu merupakan amaran2 awal dari Allah akan semakin dekatnya kita dengan hari kiamat. InsyaAllah produksi Koleksi Nasyid Indie vol. 3 ‘The Signs’ ini akan bermula penghujung Januari 2012.

“Penyertaan terhad hanya kepada 12 kumpulan sahaja. Jika anda atau rakan-rakan anda bergiat dalam bidang nasyid samada secara solo ataupun berkumpulan berminat dengan peluang keemasan ini, bolehlah terus menghubungi saya. Banyak kelebihan yang anda akan perolehi melalui penyertaan ini. Bagi yang lama berkecimpung dalam muzik nasyid tetapi tidak berpeluang menonjolkan bakat anda, di sinilah tempatnya bakat dan kebolehan anda itu digilap.

Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM1,500.00 untuk lagu, lirik, muzik, recording, mixing, mastering dan 70 unit CD yang akan dibekalkan kepada setiap ahli atau kumpulan.

Sekiranya anda berminat, sila hantarkan butiran anda ke emel : admin@nasyidindie.com atau hubungi 017 7222 612 untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan. Jangan terlepas peluang ini.

Untuk rekod, Halim melalui Neurotic Studio telah menghasilkan 2 album siri Koleksi Nasyid Indie yang mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri nasyid. Majoriti yang terlibat dalam Nasyid Indie Vol 1 dan 2 kini sudah mula bergerak aktif memenuhi undangan persembahan di serata tempat. Syabas Halim! Syabas Neurotic Studio! dan syabas Nasyid Indie! -Munsyeed{Dot}Com

20 LAGU PALING POPULAR DI IKIM.FM 2011


20 LAGU PALING POPULAR DI IKIM.FM 2011

1. Lau Kana Bainana - Abdul Rahman Muhammad
2. OST Solehah - Badri Ibrahim
3. HambaMu - Mawi & Akhil Hayy
4. I Believe - Irfan Makki feat. Maher Zain
5. Istikharah - Mestica
6. Keinsafan Diri - Fursan
7. Berjalan Tanpa Henti - Devotees
8. Seni Berjuang - Nowseeheart
9. Freedom - Maher Zain
10. Itu Ini Begitu Begini - Mirwana feat. Altimet
11. Asma Allah - Sami Yusuf
12. Bismillah Alhamdulillah - Voice of Ummi
13. Hadirnya Cahaya S.A.W. - Devotees
14. Mabrouk - Irfan Makki
15. Dengan KuasaMu - Nur One
16. Shalat Dulu - Iwan Syahman
17. Ya Badratim - Rahmat Ekamatra
18. Penerang Hati - Sixth Sense feat. Saujana
19. Perang Dah Tamat - Malique feat. Rabbani
20. Segalanya Allah - Iwan Syahman


Lagu-lagu di atas adalah lagu yang paling popular dan paling kerap diminta para pendengar setia untuk diputarkan oleh di Ikim.fm sepanjang tahun 2011 yang lalu. Walaubagaimanapun, lagu-lagu ini tidak semuanya tersenarai dalam segmen khusus Carta Ikim sepanjang 2011.

Musim baru (musim kelima) Carta Ikim dijangka akan bermula pada minggu depan setiap hari Ahad jam 10 pagi - 12 tengah hari.

Tuesday, January 3, 2012

Pencarian Bakat Nasyid Baru


Saban hari, muncul kumpulan-kumpulan nasyid baru. Kewujudan mereka sedikit sebanyak membantu perkembangan industri nasyid tempatan. Namun, wujud juga persoalan dimana platform yang disediakan untuk mereka memperkenalkan diri.

Atas inisiatif, syarikat Jaringan Masry Enterprise (JME) telah membuka langkah melebarkan platform buat para penasyid baru dengan mengeluarkan sebuah kompilasi yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Projek yang diberi nama HIMPUNAN BAKAT NASYID ini adalah usahasama syarikat JME bersama syarikat milik Din Haniffa atau lebih dikenali sebagai Din As-Salam iaitu Ilham Cipta Production.

“Untuk edisi pertama,kita sedang mengusahakan untuk mencari 10-12 kumpulan nasyid atau solo yang berminat untuk bersama2 menjayakan projek khas ini”Ujar Pemilik JME, Hafiz Azizan (Hafiz Masrie) yang dipetik daripada blognya.

Menurut beliau lagi, tujuan album ini diterbitkan adalah untuk memperkenalkan kumpulan-kumpulan atau solo dalam irama nasyid yang amat mencintai irama ini dengan kos yang sederhana dan tidak membebankan para penasyid itu sendiri.

Hafiz Masrie

“Bukan mudah untuk menerbitkan sebuah album kerana ianya akan memerlukan belanja atau modal yang tinggi. Oleh sebab itu, dengan adanya program seperti ini, akan memudahkan lagi para penasyid untuk memperkenalkan diri mereka di persada industri muzik tanah air ini”

Bermula 1 Januari 2012, mereka telah memulakan pencarian tersebut. Kami difahamkan beberapa kumpulan sudah menyatakan minat mereka untuk menyertai.

Jika berminat untuk menyertai Himpunan Bakat Nasyid yang dianjurkan oleh gabungan syarikat JME dan ICP Studio boleh menghubungi Hafiz 0195139837 atau laman webhttp://bakatnasyid.blogspot.com/ – Munsyeed{Dot}Com

sumber:munsyeed.com

Monday, January 2, 2012

VideoKlip:AMAR - Juara Dalam Diri

KEDUDUKAN 10 LAGU TERBAIK CARTA IKIM TAHUN 2011


KEDUDUKAN 10 LAGU TERBAIK CARTA IKIM TAHUN 2011

1) Keinsafan Diri - Fursan
2) Kerana Doa - Nowseeheart
3) Berjalan Tanpa Henti - Devotees
4) Cuba - Aidil
5) Menjejak Bahagia - Ustaz Mohd Erfino Johari
6) Pergilah Dunia - Varianz
7) HambaMu - Mawi & Akhil Hayy
8) Cinta Terakhir - Aiman
9) Dengan KuasaMu - Nur One
10) Seni Berjuang - Nowseeheart

VideoKlip: R-if - Sepi Cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...