FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, January 19, 2012

Du'a,UNIC dan Menhajj Buka Tahun 2012 Dengan Album Baru

Genre nasyid tidak dinafikan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Dan matlamat utama genre nasyid ialah berdakwah dalam berhibur. Peminat sudah pasti memainkan peranan utama dalam memastikan genre ini terus wujud hingga ke hari ini.

Tahun 2012 dimulakan dengan permulaan yang baik. Belum sampai sebulan kita berada di tahun 2012, 3 kumpulan nasyid tampil dengan album mereka tersendiri. Mereka adalah UNIC, Du'a dan Menhajj.

Sahaja Aku Mencintai-Mu Dari Du'a


Du'a mungkin terlalu baru dalam dunia hiburan Malaysia. Tapi tak dinafikan aura mereka memang ada. Sebelum ini, dua dari anggota Du'a iaitu Ajwad dan Asadullah merupakan anggota kumpulan Tilmiz.Dan menariknya mereka juga merupakan anak kepada Ustaz Amaluddin,seorang penasyid,penulis dan pendakwah terkenal.

Album Du'a, Sahaja Aku Mencintai-Mu ini diterbitkan oleh Sahabat Amal Enterprise dan Inter SX mengandungi 8 buah tracklist iaitu Sahaja Aku Mencintai-Mu, Doa dan Tasbih, Rasul Terakhir, Cermin Diri, Tiada Selain Dia, Lagu untuk Ummi, Sahaja Aku Mencintai-Mu (Instrumental) dan Lagu untuk Ummi (Instrumental).

Hadiah Special Edition Dari UNIC



UNIC, tak perlu lagi untuk nafikan kehebatan kumpulan ini. Perjalanan seni mereka memang unik. Kali terakhir mereka tampil dengan album Hijrah terbitan sulung syarikat mereka,UNIC Records dengan kerjasama HPA.

Kini, sebagai menghargai sokongan peminat, mereka terbitkan sebuah album istimiewa,Special Edition dengan harga yang cukup murah,RM 15. Dan sebagai promosi untuk Januari 2012, mereka hanya kenakan bayaran sebanyak RM10 sahaja! Murah kan?

Album Special Edition mengandungi tracklist seperti Khalidu bil Quran, Iqra (lagu baru), Doa Dhuha, Binnabil Huda versi Melayu (lagu baru), Doa Rabitah, Menuju Wawasan, Penghulu Istighfar, Seiring Sehaluan (lagu baru),Menuju Wawasan Instrumental dan Doa Keberkatan Al-Quran. Hubungi FB rasmi mereka.

Menhajj Sentiasa BersamaMu



Menhajj,mungkin ramai belum kenal kumpulan ini. Kumpulan ini merupakan kumpulan nasyid yang ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Masih baru dalam irama nasyid, kumpulan ini memberanikan diri ke depan. Mereka tampil dengan album sulung mereka, Sentiasa Bersamamu terbitan Pusat Islam UPSI.

Album ini mengandungi tracklist seperti Muhammad Kekasih Allah, Ya Nabi Salam Alaik, Baligh Salami, Ikrar Cinta, dan Sentiasa BersamaMu. Dapatkan album ini dipasaran sekarang.Hubungi 0135029100 untuk urusan pembelian.

sumber: Studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...