FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, January 19, 2012

Anugerah Nasyeed.Com Bakal Dianjurkan 2012

Carta Nasyeed.Com

Ura-ura mengenai sebuah majlis anugerah yang bakal dianjurkan khas untuk industri nasyid semakin rancak diperkatakan. Tahun lepas memalit sedikit duka buat semua penyokong dan peminat industri nasyid Malaysia apabila panel Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah memansuhkan kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH mulai 2011. Tidak terhenti disitu, kontroversi AIM juga turut menjentik para peminat nasyid yang menggugurkan semua kategori album pos, rock dan nasyid terbaik walaupun mengekalkan kategori-kategori yang lain.

Mungkin timbul rasa ingin bangun dengan majlis anugerah sendiri, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Nasyeed.Com mula mengorak langkah membuka pencalonan untuk Carta Nasyeed.Com. Carta yang bermula pada pertengahan tahun 2011 itu semakin hari mendapat tempat dikalangan peminat nasyid mula aktif mengundi artis dan lagu pilihan mereka. Variasi artis baru dan lama turut mewarnai Carta Nasyeed.Com.

Anugerah Nasyeed.Com?

Pada mulanya, rata-rata menganggap ia hanya sekadar carta nasyid biasa. Tetapi pada awal 2012, pihak Nasyeed.Com mula memukul gendang mengenai penganjuran majlis anugerah tersebut yang dikhabarkan bakal berlangsung antara Mac-Mei 2012. Tarikh rasmi masih dirahsiakan namun pengumuman diatas (rujuk gambar) nyata memberi khabar gembira buat semua yang terlibat dalam industri nasyid baik artis, komposer mahupun peminat sendiri.

Bagi artis yang sedang berentap di dalam Carta Nasyeed.Com, bolehlah kita sama-sama mempergiatkan lagi promosi supaya lebih ramai akan mengundi di carta tersebut. Buat para peminat, jom undi lagu pilihan anda dalam 5 kategori yang dipertandingkan!

Kepada artis nasyid yang ingin mencalonkan lagu mereka, bolehlah berhubung dengan pihak Nasyeed.Com di laman Facebook Nasyeed ComFull.

Untuk mengundi, sila klik: Undi Carta Nasyeed.Com

sumber:munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...