FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, March 18, 2012

Edcoustic Lebarkan Sayap Ke Malaysia

Kumpulan Indonesia, Edcoustic kini dalam rangka lawatannya ke Kuala Lumpur. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Inteam Records, kedatangan kumpulan dakwah yang ditubuhkan di Bandung, Indonesia itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan lagi kumpulan tersebut.

Disamping itu, kumpulan yang ditubuhkan pada 25 Mei 2002 itu juga hadir ke Malaysia bagi mempromosikan album Koleksi Hits Muhasabah Cinta yang diterbitkan oleh Inteam Records.

Menurut jadual yang diberi kepada pihak kami, mereka mempunyai jadual ketat sepanjang berada di Kuala Lumpur. Ini termasuk beberapa sesi temuramah bersama media cetak dan media elektronik termasuk sesi temuramah di stesen TV. Malah kami difahamkan, video klip Muhasabah Cinta juga akan menjalani pengambarannya disini.

Buat peminat Edcoustic, mereka juga berpeluang beramah mesra dalam satu sesi bertemu peminat, dimana sesi ini akan berlangsung di Econs Dept, Universiti Islam Antarabangsa Gombak pada Khamis 15 Mac 2012 Jam 12 tengahari.


sumber - munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...