FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, August 30, 2012

Promo Album Para Perindu Syurga Halim Devotess


0 Ogos 2012 – Abd Halim Ahmad atau Halim Devotees bakal muncul dengan album solo pertama beliau. Album terbaharu beliau yang berkonsepkan zikir ini menghimpunkan 9 buah track alunan zikir dengan diiringi  sentuhan muzik kreatif hasil ciptaan sendiri beserta satu track bonus iaitu sebuah lagu berjudul Dalam Sujud Cintaku yang dirakamkan semula.

Antara zikir yang terkandung ialah Alhamdulillah, Hasbi Rabbi, Subhanallah, ‘Audzubillah dan banyak lagi. Album ini merupakan terbitan sepenuhnya oleh syarikat produksinya sendiri, Neurotic Studio. Dapatkan buah tangan istimewa dari Halim Ahmad pada harga RM19.90. Untuk membuat tempahan, sila email ke halim.devo@gmail.com .
 PERTANDINGAN REKA CIPTA LAGU
Halim menerusi laman blognya melahirkan rasa syukur apabila lagu hasil ciptaannya, Dalam Sujud Cintaku telah terpilih sebagai 15 finalist lagu-lagu yang bertanding dalam Pertandingan Cipta Lagu anjuran Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kesemua lagu yang terpilih akan diputarkan di stesen radio IKIMFM dan pemenang akan dipilih menerusi undian yang akan diadili oleh pendengar-pendengar IKIMFM sendiri.
Semoga kelahiran album sulung Abd Halim Ahmad ini akan memberi manfaat sekaligus membuahkan rasa cinta padaNYA dan memberi ketenangan kepada semua. Insyallah. -NK 

sumber:nasyidkini

7 Vokalis Bakal Muncul Solo


Sekurang-kurangnya, ada 7 vokalis kumpulan nasyid terkenal bakal membuat penampilan solo melalui lagu single ataupun album. Kemunculan mereka sebagai penyanyi solo dilihat satu usaha positif yang bakal merancakkan lagi industri nasyid Malaysia.
Sebelum ini Nazrey Johani (Ex-Raihan) dan Hafiz Hamidun (Ex-UNIC) telah muncul dengan album solo masing-masing dan selesa bergelar artis solo berbanding berkumpulan. Untuk entri kali ini, kita akan lihat 7  vokalis kumpulan nasyid yang bakal muncul dengan lagu/album solo.
Ada artis nasyid yang bakal kekal menjadi artis solo dan ada yang masih berkumpulan cuma ingin tampil dengan sebuah lagu/album solo.
Azwan Ibrahim (Far East)
Azwan Ibrahim (Far East)
Penampilan solo Azwan Far East melalui album solo Munajat Kasih merupakan satu percubaan yang cukup menjadi. Album yang menggabungkan lagu, zikir dan qasidah ini benar-benar menyerlahkan kemantapan vokal Azwan. Azwan bagaimanapun masih kekal dengan kumpulan Far East dan beliau tidak berhajat untuk menjadi artis solo sebagai karier utama.
Halim Ahmad
Halim Ahmad (Devotees)
Beliau seorang artis yang sangat berbakat. Memulakan karier sebagai artis undangan UNIC, Halim kemudiannya menyertai kumpulan Devotees dan masih kekal hingga ke hari ini. Selain menyanyi, Halim juga terlibat dalam komposisi lagu, rakaman lagu dan urusan penerbitan album melalui syarikatnya, Neurotic Studio. Halim bakal muncul dengan album solonya yang berjudul Seumur Hidup.
Sebagai sebahagian daripada plan promosi, Halim telah memperdengarkan beberapa track lagu dari album solonya yang bakal terbit. Respon peminat? Cukup memberangsangkan! Sementara menantikan album solonya, Halim menerbitkan sebuah album Zikir Para Perindu Syurga yang sedang meletup di pasaran sekarang. Halim menegaskan, beliau masih ahli kumpulan Devotees dan dalam masa yang sama beliau juga adalah artis solo dengan nama komersial Halim Ahmad.
Zaidi Rustam
Zaidi Rustam (Wildan)
Zaidi Rustam merupakan ahli kumpulan Wildan paling lama dalam kumpulan tersebut. Beliau bersama Wildan sejak kumpulan ini ditubuhkan sehingga sekarang. Pernah menyertai kumpulan Salaam untuk projek lagu nasyid berbahasa India, kesetiaan Zaidi kepada Wildan tidak dapat dipersoalkan. Terbaru, beliau bakal muncul dengan sebuah lagu solo berjudul Penawar Hati. Lagu ciptaan Dak Mie, lirik oleh Zaidi sendiri. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Zaidi melalui lagu ini. Untuk baca lebih lanjut mengenai lagu solo Zaidi, boleh ke link ini: Zaidi Wildan Muncul Solo
Masriezan Varianz
Masriezan Masri (Varianz)
Vokalis Varianz ini memang mempunyai vokal yang mantap. Beliau sering menjuarai pertandingan nasyid dan lagu-lagu ketuhanan yang dianjurkan di universtinya, UIAM sewaktu beliau belajar disana. Melalui Varianz, Masriezan melangkah lebih jauh dengan menerbitkan sebuah album berjudul Dunia Baru. Diakui, lagu-lagu di dalam album tersebut sangat sedap ditambah dengan vokal harmoni anak didik Mirwana ini yang cukup mantap. Album ini masih dijual dan lagu-lagu dalam album tersebut masih dimainkan di corong radio tempatan. Terbaru, Masriezan tampil dengan sebuah lagu single berjudul Allah, Aku MencintaiMu. Lagu single tersebut mendapat respon yang cukup positif daripada para peminat. Untuk mendengar lagu tersebut, sila klik disini: Masriezan – ALLAH, Aku MencintaiMu.
Asyraf Yaacob
Asyraf Yaacob (Nur One)
Vokalis kumpulan Nur One ini juga dikatakan bakal tampil dengan lagu solo selepas Syawal tahun ini. Lagu demo telah diperdengarkan di laman Facebook baru-baru ini namun pihak kami gagal mengesan lagu deo tersebut di laman Facebook. Mungkin sudah dipadam. Apa pun, nantikan lagu solo Asyraf Nur One tidak lama lagi.
Fitri Haris - Album Zikir Terapi Munajat
Fitri Haris (Ex-UNIC)
Lama Fitri Haris menyepi. Khabarnya, beliau baru pulang setelah tamat pengajian beliau di luar negara. Bekas ahli kumpulan UNIC ini sedang sibuk mempromosikan album Zikir Terapi Munajat yang diterbitkan oleh Arteffects International milik Hafiz Hamidun. Difahamkan, akan datang Fitri akan muncul dengan sebuah album solo dibawah label Arteffects International atau mungkin dibawah label syarikatnya sendiri. Nantikan pengumuman lanjut daripada Fitri sendiri.
Izzat Mahadi
Izzat Mahadi (Ex-Mirwana)
Seorang lagi vokalis kumpulan yang memiliki vokal yang cukup merdu. Izzat Mahadi merupakan bekas vokalis kumpulan Mirwana. Beliau yang kini bergelar usahawan berjaya bakal tampil dengan sebuah album baru dibawah label Arteffects International. Meletakkan harapan pada single GarisanMu dan Aku Tanpa CintaMu (Versi Izzat Mahadi 2012), album Izzat Mahadi dijangka bakal mendapat tempat dikalangan para peminat industri nasyid tanahair. Nantikan kemunculan album Izzat hujung tahun ini.
sumber -Munsyeed{Dot}Com

MasryFM radio nasyid online terbaru

MasryFM ,mungkin ramai yang belum mengetahui lagi kemunculan radio online nasyid terbaru yang baru saja ditubuhkan padai Julai 2012 yang lalu,MasryFM merupakan radio online yang memutarkan lagu2 nasyid terkini dan yang sedia ada,Ditubuhkan bertujuan mempromosikan album album nasyid Malaysia,Indonesia dan Nusantara.anda boleh mendengar isyarat online(ON AIR) MasryFM digroup facebook masryfm
http://www.facebook.com/groups/320543658031091/  kerana deejay masryfm akan bersiaran pada waktu lapang sahaja buat masa ini,jadi anda perlu add fb group MasryFM dan menunggu isyarat on air mereka dan anda dengarkan lagu2 nasyid terbaru dan sedia ada secara online,dengarkan di website http://masryfm.caster.fm/

Jika anda ingin menghantar cd audio anda untuk diputarkan di radio nasyid MasryFM,sila Hubungi Ustaz Hafiz 0195139837

Antara Artis Nasyid yang poskan cd audio mereka untuk diputarkan di MasryFM





ANTARA AKTIVITI MasryFM




VideoKlip: Fetya - Sujud Merdeka

Wednesday, August 29, 2012

VideoKlip: IM3 -Alaika Ya Rasul

VideoKlip: Akhdan -Tirai Malam

JME ingin terbitkan album HBN edisi kedua 2013


Setelah kejayaan Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama 2012,Kini dibuka penyertaan untuk kesinambungan album HBN edisi kedua,untuk mendaftar sila hubungi Ustaz Hafiz 0195139837

Suhaimi Saad Kembali Dengan Single Terbaru


Agak lama kita tidak mendengar cerita tentang Suhaimi Saad atau suatu ketika dahulu dikenali sebagai Suhaimi Inteam. Sebelum ini beliau pernah muncul dengan 2 buah album solo iaitu Kias Cinta (2006) dan Kalamak (2008). Kini Suhaimi kembali semula dengan kelahiran single terbaru yang berjudul Tolong Ampunkan, dimana ia juga merupakan single pertama beliau setelah 6 tahun bergelar penyanyi nasyid solo.
Suhaimi Saad
“Lagu Tolong Ampunkan adalah sebuah lagu ciptaan Elfardie dan liriknya pula ditulis oleh Elkhoyri. Lagu ini diterbitkan oleh syarikat Karya Mosus. Untuk lagu ini juga saya berduet bersama sahabat saya Amir Kaslam, seorang pendatang baru dalam dunia nyanyian,” cerita Suhaimi ketika ditemubual baru-baru ini.
Menurutnya lagi, dengan adanya lagu yang bergenrekan pop nasyid ini serta penampilan yang kasual diharap dapat menarik lebih ramai pendengar khususnya remaja untuk mendekati dan meminati lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan.
 
“Bagi saya hati yang bersih adalah lebih utama daripada pakaian dan muzik, tetapi sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang paling serupa dengan pakaian Rasulullah s.aw. Semoga kita semua akan dibantu dan diberi kekuatan untuk terus mengamalkan sebanyak mungkin sunnah Nabi S.A.W, insyaAllah.”
Ketika disoal tentang perancangan untuk membuat album, beliau berkata ia bergantung kepada sambutan terhadap single pertama ini dahulu. Single tersebut akan mula diedarkan kepada radio-radio tempatan dalam minggu ini dan beliau mengharapkan agar lagu Tolong Ampunkan ini akan berkumandang dicorong-corong radio bermula dalam bulan ini juga. Sekiranya mendapat sambutan yang baik dari para pendengar,  insyaAllah album penuh akan dipasarkan dalam tahun ini.
Mudah mudahan pendekatan dan penampilan baru yang dibawa oleh Suhaimi ini tidak akan mengubah matlamat asal nasyid dan tidak sekali-kali akan membuatkan masyarakat terlalai. Semoga single pertama Tolong Ampunkan ini akan diberkati dan diterima baik oleh masyarakat serta dapat dihayati oleh lebih ramai pendengar, insyaAllah. -NK
sumber:nasyidkini

Ratib Al-Hadad oleh Syed Abdul Kader AlJoofre


UNIC Records telah bekerjasama dengan Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre dalam menghasilkan album yang bertajuk, Ratib Al-Hadad yang telah berada di pasaran sejak 7 Ogos 2012 yang lalu.
Kenali Syed Abdul Kadir AlJoofre
Syed Abdul Kadir bin Syed Hussain AlJoofre merupakan pendakwah bebas di tanah air. Beliau merupakan lulusan  dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya, beliau menyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Fiqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk : Hukum Hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Komputer).
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai  Konsultan Syariah kepada Syarikat Salamfone serta Mantop Consultancy and Training, serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama’, Rantau Asia (SHURA).
Di samping itu, beliau juga sering diundang dalam rancangan televisyen, “Tanyalah Ustaz”, “Hujah”, “Nasi Lemak Kopi O” di TV9 dan juga rancangan “Assalamualaikum” dan “Muhasabah” di TV Al-Hijrah serta pengisi tetap rancangan mingguan di Radio IKIM.fm, “Baiti Jannati”.

Kepada semua peminat, jom sama-sama dapatkan album Syed Abdul Kader AlJoofre dengan klik ke;eshop.unic.my
Selamat maju jaya Syed Abdul Kader AlJoofre!- NK
Sumber :
sumber:nasyidkini

Kemunculan semula Fitri UNIC kepada Fitri Clique


Fitri Clique merupakan sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan di atas nama ukhwah fillah persahabatan yang dianggotai oleh mereka yang telah berpengalaman dalam bidang industry hiburan tanah air. Kumpulan ini juga dianggotai oleh seorang penyanyi solo yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Fitri Haris. Beliau juga merupakan bekas ahli kumpulan UNIC suatu ketika dahulu.
Fitri Clique
Kumpulan ini terdiri daripada saudara Fitri Haris, Hafiedz Udu, Epy Shafiq dan Shahril. Berdasarkan pengalaman masing-masing, mereka telah bersatu dan menubuhkan band berkonsepkan akustika ini dengan berkongsi kebaikan dalam lagu. Untuk album pertama Fitri Clique, terdapat 10 buah lagu dimana pradengar album yang ada setakat ini adalah 6 daripada 10 buah lagu.
Untuk mengetahui maklumat selanjutnya sila layari facebook di www.facebook.com/fitriclique atau emailkan kepada fitriharis84@yahoo.com . Album ini bakal diterbitkan oleh WMBP Entertainment dan Irtifaefos Entertainment dan mungkin dipasaran dalam tahun ini juga. Semoga perjalanan Fitri Clique akan mendapat redha Illahi. Insyaallah..
*Sumber: Youtube, FB, google
sumber:nasyidkini

Para Perindu Syurga-Halim Ahmad

Sebut saja nama Halim Ahmad,mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Tapi bagi peminat nasyid, sebut saja nama Halim Devotees, ramai yang mengenalinya.

Halim Ahmad merupakan salah seorang penggerak kumpulan nasyid Devotees dan cukup terkenal dengan projek-projek album nasyid indienya. Setelah hampir setahun lebih tersebar khabar berita menyatakan dia akan tampil dengan album solo, akhirnya khabar tersebut menjadi realiti setelah terbitnya album zikir Para Perindu Syurga.

Album ini merupakan album solo pertama Halim Ahmad namun penerbitan album ini bukan bererti dia telah keluar dari Devotees. Devotees masih wujud dan album ini merupakan album projek solo beliau sahaja.

Para Perindu Syurga menampilkan 9 buah zikir dan sebuah lagu bonus untuk tatapan peminat, Dalam Sujud Cintaku. Menariknya, menurut Halim dalam laman blog rasminya,lagu Dalam Sujud Cintaku telah terpilih sebagai 15 finalist lagu-lagu yang bertanding dalam Pertandingan Cipta Lagu anjuran Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kesemua lagu yang terpilih akan diputarkan di stesen radio IKIMFM dan pemenang akan dipilih menerusi undian yang akan diadili oleh pendengar-pendengar IKIMFM sendiri.

Album Para Pencinta Syurga ini merupakan terbitan terbaru dari Neurotic Studio, milik Halim sendiri dengan harga RM19.90 seunit. Bagi yang berminat untuk membelinya, anda boleh  ke halim.devo@gmail.com bagi urusan pembelian. - sumber: STUDIOKINI

Penantian Almawlid Berakhir



Dulu mereka merupakan anggota bagi kumpulan-kumpulan R&B utama di Malaysia. Penghijrahan mereka ke arah yang lebih baik, menyatukan mereka semua dalam satu kumpulan.

Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Abdullah Ahmad (Lah VE), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE) mengambil keputusan untuk bergabung dalam satu kumpulan, Almawlid.

Penghijrah semua ahli Almawlid lebih setahun lalu bukan bermakna berhenti dalam bidang nyanyian. Dalam berhijrah, mereka cuba ingin sampaikan bahawa hiburan tak salah disisi Islam tetapi ada batas-batas tertentu.

Buktinya, mereka terus menghasilkan single sebaik sahaja berhijrah iaitu Cahaya Seluruh Alam dan Menuju Ke Madinah. Hasilnya, peminat menerima imej baru mereka dengan hati yang terbuka malah sambutan ke atas mereka kian bertambah.

Setelah hampir setahun menjalani proses rakaman, akhirnya penantian album penuh Almawlid tiba. Kini mereka berjaya tampil dengan album sulung mereka.

Menggunakan Almawlid sebagai judul, album ini diterbitkan oleh Inteam Records dan diedarkan oleh Warner Music. Terdapat 8 tracklist dalam album ini iaitu Intro: Bacaan Al-Quran dan Selawat, Mahalul Qiyam, Cahaya Seluruh Alam, Tholama, Menuju Ke Madinah, Doa Dari Mama (interlude), Ingin Bersamamu dan Cahaya Seluruh Alam (minus one).

Album ini mula berada di pasaran sejak 7 Ramadhan 1433H yang lalu. Dapatkan dipasaran sekarang!

sumber:studiokini

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 26/08/2012 (Minggu 28)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 26/08/2012 (Minggu 28) 

1. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (+4) (28)
2. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (+2) (28)
3. Kunci Syurga – Muhibbain (+5) (2)
4. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (-1) (27)
5. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (+2) (19)
6. Kurnia – Nowseeheart (-5) (28)
7. GarisanMu – Izzat Mahadi (-5) (13)
8. Sejadah Keinsafan – Akhdan (-2) (3)
9. Doa – Nora (lagu baru) (1)* 
10. Saat Terindah – Firdaus (lagu baru) (1)* 

Pencalonan Baru 
Sentiasa BersamaMu – Menhajj
Kau Di Mana – Nowseeheart
Semakin Hari Semakin Sayang – Access
Pusaka – Mohram* 
Di Suatu Masa – Mizie Kamis* 

Lagu Terkeluar 
9. Hadirmu – Demascus (1 minggu)
10. Fadhilah Shalawat – Iwan Syahman (2 minggu)

Tetamu Minggu Ini: -

Carta Ikim.fm kembali bersiaran minggu ini setelah berehat sebulan sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...