FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, December 22, 2011

TERKINI- Hafiedz Udu Dimasukkan Ke Hospital


Hafiedz Udu

Maklumat terkini yang pihak kami terima daripada kumpulan Inteam, musician terkenal, Hafiedz Udu telah dimasukkan ke Hospital Terengganu berikutan jangkitan paru-paru. Hafiedz yang juga anggota kumpulan Algebra berada di Terengganu untuk program Hijrah anjuran TV Alhijrah. Beliau dilaporkan kurang sihat dan dimasukkan ke hospital selepas disyaki mengidap jangkitan paru-paru.

Hafiedz Udu sering menerima jemputan mengiringi persembahan pentas kumpulan Inteam, Mu’adz Dzulkefly dan ramai lagi artis. Kecekapan beliau bermain gendang dan alat muzik yang lain menjadi tarikan utama untuk beliau tampil bermain instrumen muzik secara live dalam persembahan pentas bersama artis nasyid yang lain.

Munsyeed{Dot}Com mendoakan semoga Hafiedz cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

sumber -Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...