Berjalan Tanpa Henti – Devotees
- Berbaloi menunggu album ini. Kematangan produksi, menjadi kekuatan album mereka. Tidak hairanlah album ini menjadi kegemaran ramai pada tahun ini. Yang penting, kali ini mereka Berjaya melakukannya sendiri.
Hijrah – UNIC
- Album yang merupakan kolaborasi UNIC dengan syarikat HPA. Tidak menghampakan, malah album ini dikatakan antara album yang turut menjadi perhatian ramai. Selain lagu Menuju Wawasan, Doa Dhuha juga diminati ramai malah acapkali kami lihat ia di’share’ dalam Facebook.
Kembara Sedekad – Inteam
- Kompilasi yang mendokumentasi lagu-lagu sepanjang penglibatan mereka selama sedekad. Malah bertindak bijak merakam semula ‘killer song’ mereka, Nur Kasih
Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 Nasyeed Semesta
- Usaha Neurotic Studio menengahkan bakat-bakat baru tampak sangat cemerlang. Usaha menggilap mereka melalui album ini ternyata satu ‘exposure’ yang boleh memeriahkan lagi industry nasyid tanah air.
Kau Terhebat – Nur One
- Kemunculan album pertama selepas gigih berhempas pulas. Dinaungi oleh Hafiz Hamidun, mereka melangkah gah dalam persada nasyid.
Segalanya Allah – Iwan Syahman
- Kemunculan semula Iwan Dangdut dengan penghijrahannya mengujakan banyak pihak. Masih mengekalkan formula ‘catchy’, lagu-lagunya mudah diterima malah menjadi pilihan radio-radio mainstream
Album Imam Muda – Imam Muda, Akhil Hayy, Mawi
- Percubaan KRU mengkormesilkan Imam Muda. Lagu HambaMu menjadi tema Imam Muda musim kedua. Ini membuktikan para Imam Muda bakat yang terpendam mereka.
I Believe – Irfan Makki
- Album dari penyanyi Canada ini sungguh menarik perhatian kami.
Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun
- Ketika sudah sampai ke penghujung tahun, Hafiz mengeluarkan ‘magis’nya. Kali pertama menghasilkan album zikir, cubaan beliau membuahkan hasil yang sangat memberansangkan. Malah difahamkan, album ini adalah antara album TERLAJU di pasaran!
Kembali – Nowseeheart
- Mendiamkan diri tak semestinya kosong. Lantas Nowseeheart mengeluarkan album ini sebagai tanda mereka masih ada. Turut dimuatkan lagu-lagu terbaik yang pernah dirakamkan mereka.
Cuba – Aidil
- Album kedua selepas rebranding dari nama Ideal. Bernaung dibawah ArtEffect milik Hafiz Hamidun, cubaan mereka berhasil. Pop nasyid yang sedap didengar.
Ketika Cinta – Rabbani
- Album ini mengandungi 3 track unreleased Almarhum Ustaz Asri Ibrahim. Lagu Ketika Cinta ciptaan Opick cukup mengasyikan. Malah mereka turut merakamkan lagu Teman Sejati dan Iman Mutiara versi mereka sendiri.
Dunia Baru – Varianz
- Seperti juga Aidil dan Nur One, Hafiz Hamidun bijak mengeluarkan magisnya dalam penerbitan kumpulan-kumpulan nasyid baru. Variasi yang pelbagai membuatkan mereka kedengaran sangat mantap!
Kunci Ke Kota-Access
- Beberapa kali menukar nama dan rebranding tidak mematahkan semangat kumpulan ini. Turut mendapat sentuhan Hafiz Hamidun.
Nostalgia Legenda Nadamurni Vol III – Ramadhan Satu Anugerah – Hijjaz
- Hijjaz meneruskan segmen retro mereka dengan mengimbas kembali nostalgia Nadamurni. Namun kali ini, album ini dimeriahkan dengan vokalis Lefthanded, Nash dan Imam Muda Nuri. Album bertema Ramadhan terbaik tahun ini!
Erti Al-Fatihah – Voices of Ummi
- Album ini dinobat sebagai Album Nasyid Terbaik AIM 2011. Produksi terbaik milik Johan Nawawi membuatkan album ini kedengaran sangat kemas. Turut berada didalam produksi itu ialah penyanyi Nora.
Lagu-Lagu Hafalan – Raihan
- Tarikan utama yang dibuat Raihan sangat-sangat membantu para kanak-kanak dalam mengenali Islam. Walau Nampak semperti simple, namun impaknya besar apabila kanak-kanak dapat mempraktikan amalan Islam yang terkandung di dalam lagu.
-
Permata Hatiku – Nazrey Johani
- Percubaan kali ketiga tampil solo selepas meninggalkan Raihan. Selesa bernaung dibawah Inteam Records, beliau tidak jemu meneruskan karier dakwahnya. Lagu Muslimah menjadi hits album ini.
sumber:munsyeed(dot)com
No comments:
Post a Comment