Abdul Halim Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Halim Devotees bakal meneruskan perjuangan membantu nasyid-nasyid indie dengan penerbitan Album Koleksi Nasyid Indie Vol 3 berjudul The Sign. Album terbitan eksklusif Neurotic Studio ini bakal memulakan produksi pada Januari 2012.
Menurut Halim, Koleksi Nasyid Indie Edisi ke-3 ini berjudul ‘The Signs’ yang membawa maksud alamat, atau petanda, atau petunjuk. Secara ringkasnya ia merupakan album yang bakal memuatkan lagu2 tentang ketuhanan, kemanusiaan, dan lebih bersifat peringatan yang patut kita sedari di mana pada akhir zaman ini banyaknya berlaku bencana itu merupakan amaran2 awal dari Allah akan semakin dekatnya kita dengan hari kiamat. InsyaAllah produksi Koleksi Nasyid Indie vol. 3 ‘The Signs’ ini akan bermula penghujung Januari 2012.
“Penyertaan terhad hanya kepada 12 kumpulan sahaja. Jika anda atau rakan-rakan anda bergiat dalam bidang nasyid samada secara solo ataupun berkumpulan berminat dengan peluang keemasan ini, bolehlah terus menghubungi saya. Banyak kelebihan yang anda akan perolehi melalui penyertaan ini. Bagi yang lama berkecimpung dalam muzik nasyid tetapi tidak berpeluang menonjolkan bakat anda, di sinilah tempatnya bakat dan kebolehan anda itu digilap.
Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM1,500.00 untuk lagu, lirik, muzik, recording, mixing, mastering dan 70 unit CD yang akan dibekalkan kepada setiap ahli atau kumpulan.
Sekiranya anda berminat, sila hantarkan butiran anda ke emel : admin@nasyidindie.com atau hubungi 017 7222 612 untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan. Jangan terlepas peluang ini.
Untuk rekod, Halim melalui Neurotic Studio telah menghasilkan 2 album siri Koleksi Nasyid Indie yang mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri nasyid. Majoriti yang terlibat dalam Nasyid Indie Vol 1 dan 2 kini sudah mula bergerak aktif memenuhi undangan persembahan di serata tempat. Syabas Halim! Syabas Neurotic Studio! dan syabas Nasyid Indie! -Munsyeed{Dot}Com
No comments:
Post a Comment