FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, January 19, 2012

EdCoustic terjah pasaran Malaysia

Edcoustic

Edcoustic merupakan antara artis religi paling ngetop di Indonesia. Lagu-lagu yang dihasilkan berjaya mendapat tempat di hati peminat di Indonesia. Edcoustic juga berjaya menyapa pendengar di Malaysia dengan lagu popularnya, Muhasabah Cinta, yang acapkali didengar di laman internet Youtube dan sebagainya. Tidak mahu terhenti disitu, Edcoustic kini bertekad untuk memasuki pasaran Malaysia secara serius dan mahu menggoncang pasaran Malaysia dengan koleksi lagu-lagu terbaik mereka!

Edcoustic bersama Inteam dan jurutera muzik Inteam Studio, Amin Nordin

Edcoustic yang dianggotai oleh 2 orang pemuda, Aden (vokalis) dan Eggie (Gitaris) ini telah menjalinkan kerjasama korporat dengan syarikat Inteam Records Sdn Bhd yang beroperasi di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Sinergi yang cukup serasi dari 2 entiti ini nyata bakal memberi impak positif kepada pasaran muzik Malaysia dan Indonesia. Sebagai mukaddimah menjengah pasaran Malaysia, Edcoustic dan Inteam Records bakal menerbitkan album kompilasi yang mengumpulkan beberapa buah lagu Hits Edcoustic khas untuk para peminat.

Album yang bakal diterbitkan pada hujung Januari 2012 ini merupakan buah tangan istimewa daripada Edcoustic dan Inteam Records buat semua peminat lagu-lagu Edcoustic di Malaysia. Ia juga sebagai album ‘taaruf’ buat mereka yang belum mengenali artis yang pernah berkolaborasi dengan Melly Goeslow untuk menghasilkan OST Ketika Cinta Bertasbih ini. -Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...