NasyidFM Media Network, syarikat yang menguruskan Radio Online Nasyid Pertama Malaysia, NasyidFM, terus mengorak langkah kehadapan dalam bidang media apabila melancarkan portal hiburan Nasyidkini.
Portal yang dilancarkan pada 1 Jun 2011 ini telah mendapat respon yang cukup positif daripada para pengunjung. Menurut NasyidFM Media Network, Nasyidkini ditubuhkan bagi menyebarkan dan memperluaskan maklumat tentang method dakwah yang digunakan oleh penggiat nasyid dalam menyebarkan agama Islam yang syumul.
Dengan menggunakan domain www.nasyidkini.com.my, Nasyidkini dilihat bakal mencipta momentumnya sendiri dalam industri nasyid tanahair.
Nasyidkini menzahirkan hasrat untuk menjadi medium terbaik para peminat untuk mengetahui perkembangan terkini industri nasyid tanahair khususnya dan nasyid antarabangsa amnya.
Membariskan editor-editor yang cukup berwibawa, Nasyidkini berharap agar dapat meluaskan empayar dakwah dalam bentuk hiburan dan membantu para penggiat nasyid dalam membuat hebahan kepada orang ramai mengenai perkembangan industri nasyid ke peringkat global. -MUNSYEED.COM
p/s: Alhamdulillah, selepas kemunculan pertama Portal Fenomena Nasyid, industri nasyid Malaysia terus dihiasi dengan kewujudan portal-portal hiburan Islami yang unggul seperti Portal Studiokini, Portal Nasyid2U, Nasyid Cafe dan yang terbaru Nasyidkini. Semoga industri nasyid semakin berkembang dan maju kehadapan. Allahu akbar!
sumber:
munsyeed.com
No comments:
Post a Comment