FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, March 23, 2011

SALAAM – Sebar Nasyid Tanpa Sempadan Budaya

Penyampaian dakwah melalui nasyid di tanah air tidak menjadikan persoalan bahasa penghantar sebagai yang diterjemahkan melalui lagu. Sifat universal agama Islam itu sendiri membawa kepada penyebaran dakwah kepada segenap pelusuk bangsa, yang sudah tentu berlainan bahasa dan budaya.

Atas dasar universal itu, beberapa penasyid dengan bantuan peminat nasyid telah menubuhkan sebuah kumpulan yang cukup unik. Kumpulan yang dinamakan sebagai Salaam, ditubuhkan oleh empat penasyid yang rata-ratanya mempunyai bakat dan pengalaman luas dalam industri nasyid Malaysia.

Apa yang menarik, kumpulan yang berformasikan ahli ala ‘Supergroup’ ini menggabungkan Zaidie Rustam (Wildan), Ahmad Fadzli Bakar (FarEast), Azwan Ibrahim (FarEast) and Mu’adz Dzulkefly sebagai ahlinya itu menjadikan bahasa Tamil sebagai medium dalam lagu-lagu mereka.

Kesemua ahli-ahli yang menyertai projek Salaam ini mampu berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan ada dikalangan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang taranum Al-Quran. Malah, kebolehan mereka untuk menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Hindi dan Tamil membuatkan kumpulan ini lebih versatile dalam penyampaian dakwah mereka.

Menurut mereka, idea untuk menubuhkan kumpulan ini telah bermula pada tahun 2000, namun hanya dapat direalisasikan sejak setahun dua kebelakangan ini. Dengan membawa maksud Salaam sebagai aman, mereka mengadaptasi muzik sebagai medium untuk member motivasi dan sentuhan spiritual kepada para pendengar.

Album sulung mereka, Oli Thedium dijangka akan menjengah pasaran tidak berapa lagi. Menurut mereka, album sulung tersebut memuatkan lagu-lagu nasyid berbahasa Tamil. Proses penerbitan album tersebut dilakukan di Malaysia dan India, dengan mendapat kerjasama dengan beberapa penerbit dan pengkarya berbangsa India.

Kumpulan ini juga aktif membuat persembahan di merata tempat. Terbaru, mereka telah terbang ke Chennai, India untuk menjayakan beberapa persembahan di sana, bersama beberapa delegasi dari Malaysia yang turut membuat lawatan kerja kesana.

Dengan harapan untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak yang berobjektif sama seperti mereka untuk menyebarkan mesej keamanan dan penyatuan masyarakat, mereka juga mengharapkan agar dapat menaikan lagi martabbat industri nasyid ke peringkat antarabangsa dengan kepelbagaian medium bahasa seperti Tamil, Hindi, Mandarin dan sebagainya. MUNSYEED.COM


sumber:

munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...