FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, March 1, 2011

Al Farabi Band Buktikan Pejuang Dakwah Boleh

Meriah dan bersemangat! Hanya itu kata-kata mampu diungkapkan ketika menghadiri konsert Al Farabi Band.Konsert yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 26 Februari 2011, merupakan sebahagian daripada aturcara yang terkandung dalam Konvensyen Transformasi Muzik dan Kemanusiaan 2011 anjuran Unimas, Aqsa Syarif dan Al Farabi Band sendiri.

Hampir 600 orang telah menghadiri konsert ini.

Al Farabi Band membuka tirai konsert
Konsert dimulakan dengan kemunculan awal Al Farabi Band. Mereka tampil dengan imej yang sememangnya brutal. Gaya mereka seperti pejuang ala-ala Star Wars. Sebagai membuka tirai, lagu instrumental Never Turn Back telah didendangkan oleh mereka. Muzik metal ini nyata memukau hadirin yang hadir.

Persembahan diteruskan lagi dengan lagu Seruan Itu, Selawat AFB, instrumental 313-I, dan beberapa buah lagu lain yang dipetik dari album mereka,The Album. Antaranya ialah Sunnah Berjuang, My Loving Child, serta lagu hit Al Farabi Band, Evolusi.

Hasbullah Najib, mantan YDP Unimas beraksi bersama Al Farabi Band
Beberapa kejutan telah berlaku pada malam konsert tersebut. Antaranya ialah persembahan gitar solo, keyboard solo serta dram solo oleh anggota-anggota Al Farabi Band, lukisan muzik, serta penampilan istimewa mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UNIMAS, saudara Hasbullah Najib yang menunjukkan bakatnya bermain gitar bersama Al Farabi Band.

persembahan akustik
mantap!
Al Farabi Band bersama tetamu kehormat

Konsert yang mantap,dengan petikan muzik yang benar-benar segar, ditambah pula dengan pencahayaan yang menarik, membuktikan pejuang dakwah juga boleh buat yang terbaik. Konsert pada malam itu bukanlah satu konsert nasyid memandangkan Al Farabi Band bukanlah kumpulan bergenre nasyid.

Diharapkan Al Farabi Band akan terus memperkembangkan perjuangan mereka ke seluruh pelusuk bidang dalam industri hiburan. Siapa sangka jika suatu hari nanti evolusi akan berlaku dalam teater, dan dunia perfileman?

Persembahan pada malam tersebut berakhir lewat jam 12 tengah malam dengan persembahan terakhir Al Farabi Band menerusi lagu Inilah Jalan Kita.Buat Al Farabi Band, perjuangan tetap perjuangan. Ayuh laksana amanat dari Sang Pencipta. Dunia adalah alat,Allah adalah matlamat.- STUDIOKINI

sumber:
studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...