Studiokini Media telah mengadakan temu ramah secara online melalui laman sosial Facebook bersama salah seorang ahli kumpulan nasyid IQ-ONE,Firdaus. Temu ramah ini dibuat sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan kumpulan nasyid ini yang bergerak secara sendiri.
Bilakah IQ-ONE ditubuhkan? Kenapa nama IQ-ONE?
IQ-ONE ditubuhkan pada tahun 2006 dimana ia bermula di sebuah sekolah iaitu Sekolah.Menengah Agama Marang, Terengganu.Dengan semangat dan keazaman saudara Solahuddin dia terus berusaha mencari peluang dan ruang untuk terus memperjuangkan IQ-ONE dengan bantuan rakan-rakan yg lain. Hasil bantuan Sir Nasir dan juga bekas gitaris VISA, Ustaz Zul,IQ-ONE akhirnya berjaya menghasilkan album pertama yang berjudul Jangan Lupa Tuhan.
Berkenaan dengan nama kumpulan iaitu IQ-ONE, ia adalah hasil fikiran kreatif anggota IQ-ONE iaitu Luqman dimana IQ-ONE adalah singkatan kepada Islam,Quran,One Nation Exellent.Sebenarnya pada peringkat permulaan IQ-ONE bermula dengan nama IKHWAN dan tak berapa lama selepas itu IQ-ONE muncul. Maksud nama kumpulan kami ni menjadi asas dan tunjang utama perjuangan kami dimana ingin menyampaikan dakwah dan menyampaikan mesej bahawa kehidupan yang berlandaskan Islam dan al-Quran akan melahirkan satu bangsa yang berjaya bukan saja di didunia lebih2 lagi di akhirat..
Semua maklum pasaran album Malaysia sekarang terlalu banyak cabaran. Kenapa IQ-ONE sanggup ambil risiko tampil dengan album?
Memang betul pasaran sekarang banyak cabaran tapi kami berfikiran bahawa penjualan atau pulangan bukan agenda atau perkara utama kami tetapi selain ia menjadi satu tiket atau landasan kami unntuk berada di dalam dunia seni ini kami berharap semua bait kata dan lirik dan alunan muzik dan melodi dalam semua lagu-lagu kami dapat memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan dapat menarik semula masyarakat kita untuk berhibur dengan tidak melanggar syariat.
Bagaimana dengan jualan album Jangan Lupa Tuhan?
Alhamdulillah, walaupun tidak selaju seperti menjual bahan-bahan mentah (nada bergurau), album Jangan Lupa Tuhan selalu mendapat tempahan dan pembelian dan kami bersyukur dengan keadaan ini.Namun begitu kami sekarang sedang berusaha untuk meningkatkan lagi penjualan album dengan cara-cara tertentu dan juga dengan mendapatkan pandangan dari masyarakat luar, dengan niat semoga semua dapat mendengar dan hayati setiap lagu-lagu kami.Kami juga mempelawa secara terbuka sebarang kritikan dan nasihat untuk menjadi panduan kami kerana kami pun masih hijau dalam industri ini,masih banyak yang perlu dipelajari.
Promosi album tertumpu di Terengganu atau sudah di luar Terengganu?
Alhamdulillah promosi kini sudah pon keluar dari Terengganu,antara negeri yang kami telah pergi dan bakal pergi seperti Kelantan,Selangor,dan lain-lain lagi.Kami sekarang sedang merangka progran untuk lakukan konsert jelajah dengan nama Konsert Road Tour Family IQ-ONE bertujuan untuk memperkenalkan kumpulan kami di seluruh Malaysia dan jelajah ini bermula di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh Selangor.Kepada mana-mana agensi atau individu atau sesiapa yang berminat untuk menjayakan konsert ini di tempat mereka bolehlah menghubungi seperti di talian yang tertera di page IQ-ONE di Facebook.
Matlamat IQ-ONE?
Matlamat IQ-ONE tak lain tak bukan untuk mendapat sokongan dari masyarakat untuk terus perjuangkan irama nasyid ini serta berharap lagu-lagu kami dapat memberi impak yang baek di kalangan masyarakat.
Pandangan peribadi, tentang industri nasyid Malaysia
Berkenaan dengan industri nasyid negara,bagi saya badan-badan atau persatuan yang memperjuangkan nasyid perlu mencari satu langkah yang wajar dan berkesan untuk mengangkat industri nasyid agar boleh berada sebaris atau lebih dari artis-artis lain serta mencari jalan dan beganding bahu untuk memperhebatkan promosi di semua laluan media yang ada dalam negara kita sekarang.
Kepada yang berminat untuk membeli album sulung IQ-ONE,Jangan Lupa Tuhan atau ingin membuat tempahan persembahan, anda boleh melayari laman sosial Facebook IQ-ONE. Semoga usaha IQ-ONE akan berjaya.
sumber:
studiokini
No comments:
Post a Comment