FOLLOWERS NASYID2U

Saturday, January 29, 2011

Karnival Maher Zain

DI JEMPUT KEPADA SEMUA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN NASYEED SEMPENA DENGAN KARNIVAL "MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT"
http://karnivalmaherzain.nasyeed.com/aktiviti-utama/pertandingan-nasyeed/

Wednesday, January 26, 2011

ARTIS JORDAN BERDUET DENGAN MAHASISWA MALAYSIA DARI UNIVERSITI AL al-BAYT, MAFRAQ, JORDAN



SALAM ALAYK SEMUA..
HARI INI (26 JANUARI 2011) SEBELUM KEMBARA KE BUMI SYRIA MENINGGALKAN BUMI JORDAN ANA NAK KONGSIKAN SATU LAGU DARI ARTIS JORDAN, YAHYA HAWWA DENGAN LAGU MAWLAI.. APA ISTIMEWA LAGU INI? LAGU INI DIDUET DENGAN MAHASISWA UNIVERSITI AL al-BAYT, MAFRAQ, JORDAN (universiti ana sndiri).. IAITU Abu Bakar Mohamad Noor DAN AL-HAFIZ.. RUGI TAK DENGAR.. BEST NI.. BUKAN SENANG ARTIS LUAR NEGARA NAK DUET DENGAN PELAJAR MALAYSIA..



Nak download lagu ni? Klik sini ->
Download Now

sumber:
ibnuyusuf studio

Album Baru UNIC


Pelancaran Album UNIC – Hijrah, terbitan bersama HPA – UNIC. Album ini akan dilancarkan pada 5hb Feb 2011 sempena Konvek HPA Malaysia 2011. Album ini mengadungi 10 lagu dengan 6 lagu baru yang mana liriknya telah di tulis sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. Tunggu kemunculannya,Insya Allah

Kontroversi Itu Membunuh -Artikel:Munsyeed.com

KONTROVERSI MEMBUNUH

Assalammualaikum semua.

Sejak dari dulu, ada sahaja yang menjadi isu panas dalam industri nasyid ini. Ada yang membawa natijah positif, ada yang berimpak negatif, ada pula yang langsung dilihat kejam, mahu membunuh artis dan industri nasyid.

Berlegar beberapa persoalan. Adakah kontroversi demi kontroversi yang dicipta, baik daripada penasyid, atau hasil provokasi media, atau dicetuskan oleh peminat membantu menaikan nasyid? Jawapannya mudah sahaja, TIDAK!

Pengalaman saya berkecimpung dalam industri media selama beberapa tahun, apa yang saya amati ialah kontroversi ini dicipta hanya untuk menaikan rating dan circulation media terbabit. Hujahnya mudah, apabila sesuatu timbul, maka ramailah yang akan merujuk pada sumber yang mengeluarkannya. Rating naik, circulation naik, untung pun naik.

Ada juga kontroversi yang sengaja dicipta atau tidak oleh para penasyid, atau peminat nasyid. Walaupun ia tak tersiar secara umum, namun perkara itu tersebar dari mulut ke mulut. Molekkah begitu, bila isu kurang sedap didengar, dijaja kesana kemari.

Inilah sikap yang amat dikesali. Mencipta kontroversi adalah ibarat mahu mencari kesalahan orang lain. Terutama media, ada sahaja modal cerita yang mahu diperbesarkan. Apakah kita mahu dilihat orang mengata bahawa, nasyid itu sama sahaja ‘perangainya’ macam industri mainstream yang lain.

Namun di pihak nasyid dan penasyid itu sendiri, apa natijahnya? Ada yang berkelahi sesama sendiri, rasa tak puas hati, marah dan seribu satu mazmumah bersifat dalam diri. Lebih buruk, bila para peminat sama berantakan, bermusuh dan mengata sesama sendiri. Kesudahannya, fans berbecah, ukhwah islamiah dan silaturahim terputus. Adakah itu yang kita mahu lihat?

Memang saya akui, kontroversi itu adakala mampu membantu menengahkan artis dan menaikkan artis itu sendiri. Namun, kadangkala, bila ‘over exposure’ berlaku, lain pula ceritanya nanti. Siapa yang akan tanggung rugi nanti?

Ada banyak kontroversi nasyid yang saya sudah dengar. Paling popular yang menjadi perdebatan hangat, isu imej dan lagu yang dibawa penasyid. Mungkin isu itu satu yang boleh dikawal. Namun yang memalukan, bila cerita kisah peribadi artis, masalah disiplin dan keluarga dijadikah wadah kontroversi. Bukankah ia terang-terangan mahu ‘menjahanamkan’ nasyid itu sendiri.

Masing-masing perlu berpesan sesama sendiri. Baik media, baik penasyid, baik peminat. Tak ada guna kalau kita asyik mencipta kontroversi. Orang akan mengata dan terus mengata, dan hasad dengki akan timbul.

Nasyid terbentuk atas dasar dakwah Islamiyah. Molek benarlah kira ia dipupuk dengan akhlak dan cerita-cerita yang sedap didengar. Kita adalah salah satu wadah dalam menyebarkan Islam, tapi kita dilitupi dengan kontroversi yang tak sudah. Apa kata yang mahu mendekati Islam itu nanti. Dakwah tak sampai, sudahnya, syok sendiri

sumber:

munsyeed.com

Motivator Rakam Album

Kita sering mendengar artis-artis baik nasyid mahupun artis genre biasa menjadi motivator selepas merakamkan album namun amat jarang sekali seorang motivator terjun ke bidang nyanyian. Namun dalam dunia, segalanya tidak mustahil.

Pendekatan itulah yang digunakan Akhwan Afandi Zulkifli, seorang motivator yang kian meningkat naik namanya.

Akhwan atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Akhwan telah mengambil langkah berani dengan menghasilkan album sulungnya, Dia Pencipta.

Album yang diterbitkan oleh syarikat Adnin Management & Training Centre memuatkan 5 buah lagu iaitu:
  1. Dia Pencipta
  2. Sinar Kedamaian
  3. Marilah Solat
  4. Hasrat
  5. Pesan Abang
Uniknya tentang Ustaz Akhwan ialah beliau mempunyai muka seiras juara Akademi Fantasia 3, Mawi. Kepada yang ingin memiliki album Dia Pencipta, hubungi kakitangan Adnin Management segera.

Pn Norhafiza Mohamad Noor 0139330474
Cik Nor Shafidah Shari 0199710474
Pn Norafzanizah Karim 0196990474
Berhiburlah sambil mendidik jiwa!

sumber:
studiokini

Saturday, January 22, 2011

Rabbani Ajak Peminat Melancong Dengan Rabbani Travel & Tours

Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Rabbani dalam perjuangan mereka di bidang seni dakwah yang telah mereka ceburi sejak sekian lama. Penglibatan mereka di dalam bidang perniagaan juga membuahkan hasil apabila syarikat Rabbani Production Sdn Bhd saban tahun dilihat aktif menganjurkan konsert-konsert mega dan mengeluarkan produk-produk Islami. Terbaru, Rabbani membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan kepada umum sebuah lagi syarikat milik mereka, Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd.

Idea disokong oleh Allahyarham Ustaz Asri

Syarikat usahasama diantara Rabbani dan beberapa orang rakan niaga mereka ini telah mula beroperasi sejak 13.Januari.2011 di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Mengimbau kembali sejarah penubuhan syarikat ini, Mohd Asri Ubaidillah, salah seorang ahli Rabbani menyatakan bahawa idea asal penubuhan syarikat ini tercetus hasil sembang santai antara Mazlan Omar, Azadan Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan beberapa orang rakan mereka.

Perbincangan yang diadakan di sebuah resort di Sungai Merab ini berlaku dengan cukup harmoni namun belum diperbincangkan secara serius. Dua hari sebelum pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, Rabbani bersama Mazlan Omar dan beberapa orang rakan niaga Rabbani telah duduk berbincang secara serius mengenai penubuhan Rabbani Travel & Tours.

Pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sedikit sebanyak memberi kesan kepada Rabbani. Namun, Mazlan Omar tetap dengan tekad yang satu, meneruskan idea penubuhan Rabbani Travel & Tours yang telah mendapat sokongan padu daripada Allahyarham Ustaz Asri sendiri.

Usaha keras secara berjemaah

Gerak kerja yang serius kearah penubuhan Rabbani Travel & Tours telah dimulakan sejak Jun 2010. Masing-masing berusaha keras mendapatkan lesen, menjalinkan kerjasama bersama beberapa buah syarikat agensi pelancongan luar negara, mendaftarkan syarikat dan sebagainya. Pejabat urusan yang tersergam indah di Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi dihias indah dengan dekorasi yang cukup menarik, telah siap sepenuhnya pada bulan September 2010. Akhirnya, Rabbani Travel & Tours diperkenalkan kepada umum pada Januari 2011.

Pakej percutian Rabbani Travel & Tours

Menurut Mohd Asri Ubaidillah, walaupun pada dasarnya Rabbani Travel & Tours merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, tetapi syukur ke hadrat Allah swt, Rabbani Travel & Tours telah diterajui oleh tenaga penggerak yang berpengalaman di dalam bidang pelancongan. Ada diantara mereka yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam bidang pelancongan ini. Disamping itu, Rabbani Travel & Tours juga turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat agensi luar negara bagi memudahkan urusan percutian dan umrah di luar negara nanti.

Rabbani Travel & Tours menyediakan perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara khas untuk para pelanggan. Antara negara yang tersenarai di dalam pakej-pakej percutian kendalian Rabbani Travel & Tours adalah Jordan, Syria, Palestin (Baitul Maqdis), Saigon, Indonesia dan juga Singapura. Disamping itu, pakej pelancongan dalam negara juga turut disediakan dengan fokus kawasan-kawasan pelancongan menarik di serata tanahair. Juga terdapat pakej Umrah Bersama Rabbani yang memberi peluang kepada para peminat untuk mengerjakan umrah bersama ahli kumpulan Rabbani untuk tahun 2011.

Dengan tagline ‘Musafir Penuh Erti’, Pengarah Urusan Rabbani Travel & Tours, YM Engku Mohd azmi Bin dato’ Engku Hatim berharap agar semua pihak dapat menyokong usaha murni Rabbani Travel & Tours untuk menyediakakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan yang budiman. Beliau juga turut mengajak generasi muda untuk segera menunaikan Umrah atau Haji di usia muda supaya dapat menjalani ibadah dengan lebih baik dan bertenaga.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Rabbani Travel & Tours:

  • Pengurusan tiket dalam dan luar negara
  • Pengurusan Visa
  • Pakej percutian dalam negara
  • Pakej percutian luar negara bersama rakan niaga
  • Pakej Umrah dan Haji bersama rakan niaga.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Ustaz Zol Aznan Bin Harun

Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd. –‘Musafir Penuh Erti’

No 311G, Jalan Medan Bangi,

Kompleks Diamond,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

No tel: 017-3263843/0133513843 Email: zolaznan@rabbanitravel.com

Laman web rasmi: www.rabbanitravel.com

Nota: Berita bergambar akan menyusul. -MUNSYEED.COM

Wednesday, January 19, 2011

Album Sulung Motivator ADNIN




Motivator ADNIN
U.Akhwan Afandi Zulkifli


Akhwan Afandi b Hj. Zulkifli
Pengarah Adnin Management & Training Centre

ALBUM SULUNG UST AKHWAN
"DIA PENCIPTA"
Dapatkan Segera !!!

HARI INI MULA DIPASARKAN
DISEMBER 2010

Untuk Tempahan Sila hubungi segera :
Pn Norhafiza Mohamad Noor 0139330474
Cik Nor Shafidah Shari 0199710474
Pn Norafzanizah Karim 0196990474

Tuesday, January 18, 2011

Bicara Studiokini Bersama IQ-ONE

Studiokini Media telah mengadakan temu ramah secara online melalui laman sosial Facebook bersama salah seorang ahli kumpulan nasyid IQ-ONE,Firdaus. Temu ramah ini dibuat sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan kumpulan nasyid ini yang bergerak secara sendiri.



Bilakah IQ-ONE ditubuhkan? Kenapa nama IQ-ONE?

IQ-ONE ditubuhkan pada tahun 2006 dimana ia bermula di sebuah sekolah iaitu Sekolah.Menengah Agama Marang, Terengganu.Dengan semangat dan keazaman saudara Solahuddin dia terus berusaha mencari peluang dan ruang untuk terus memperjuangkan IQ-ONE dengan bantuan rakan-rakan yg lain. Hasil bantuan Sir Nasir dan juga bekas gitaris VISA, Ustaz Zul,IQ-ONE akhirnya berjaya menghasilkan album pertama yang berjudul Jangan Lupa Tuhan.

Berkenaan dengan nama kumpulan iaitu IQ-ONE, ia adalah hasil fikiran kreatif anggota IQ-ONE iaitu Luqman dimana IQ-ONE adalah singkatan kepada Islam,Quran,One Nation Exellent.Sebenarnya pada peringkat permulaan IQ-ONE bermula dengan nama IKHWAN dan tak berapa lama selepas itu IQ-ONE muncul. Maksud nama kumpulan kami ni menjadi asas dan tunjang utama perjuangan kami dimana ingin menyampaikan dakwah dan menyampaikan mesej bahawa kehidupan yang berlandaskan Islam dan al-Quran akan melahirkan satu bangsa yang berjaya bukan saja di didunia lebih2 lagi di akhirat..

Semua maklum pasaran album Malaysia sekarang terlalu banyak cabaran. Kenapa IQ-ONE sanggup ambil risiko tampil dengan album?

Memang betul pasaran sekarang banyak cabaran tapi kami berfikiran bahawa penjualan atau pulangan bukan agenda atau perkara utama kami tetapi selain ia menjadi satu tiket atau landasan kami unntuk berada di dalam dunia seni ini kami berharap semua bait kata dan lirik dan alunan muzik dan melodi dalam semua lagu-lagu kami dapat memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan dapat menarik semula masyarakat kita untuk berhibur dengan tidak melanggar syariat.

Bagaimana dengan jualan album Jangan Lupa Tuhan?

Alhamdulillah, walaupun tidak selaju seperti menjual bahan-bahan mentah (nada bergurau), album Jangan Lupa Tuhan selalu mendapat tempahan dan pembelian dan kami bersyukur dengan keadaan ini.Namun begitu kami sekarang sedang berusaha untuk meningkatkan lagi penjualan album dengan cara-cara tertentu dan juga dengan mendapatkan pandangan dari masyarakat luar, dengan niat semoga semua dapat mendengar dan hayati setiap lagu-lagu kami.Kami juga mempelawa secara terbuka sebarang kritikan dan nasihat untuk menjadi panduan kami kerana kami pun masih hijau dalam industri ini,masih banyak yang perlu dipelajari.

Promosi album tertumpu di Terengganu atau sudah di luar Terengganu?

Alhamdulillah promosi kini sudah pon keluar dari Terengganu,antara negeri yang kami telah pergi dan bakal pergi seperti Kelantan,Selangor,dan lain-lain lagi.Kami sekarang sedang merangka progran untuk lakukan konsert jelajah dengan nama Konsert Road Tour Family IQ-ONE bertujuan untuk memperkenalkan kumpulan kami di seluruh Malaysia dan jelajah ini bermula di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh Selangor.Kepada mana-mana agensi atau individu atau sesiapa yang berminat untuk menjayakan konsert ini di tempat mereka bolehlah menghubungi seperti di talian yang tertera di page IQ-ONE di Facebook.

Matlamat IQ-ONE?

Matlamat IQ-ONE tak lain tak bukan untuk mendapat sokongan dari masyarakat untuk terus perjuangkan irama nasyid ini serta berharap lagu-lagu kami dapat memberi impak yang baek di kalangan masyarakat.

Pandangan peribadi, tentang industri nasyid Malaysia

Berkenaan dengan industri nasyid negara,bagi saya badan-badan atau persatuan yang memperjuangkan nasyid perlu mencari satu langkah yang wajar dan berkesan untuk mengangkat industri nasyid agar boleh berada sebaris atau lebih dari artis-artis lain serta mencari jalan dan beganding bahu untuk memperhebatkan promosi di semua laluan media yang ada dalam negara kita sekarang.

Kepada yang berminat untuk membeli album sulung IQ-ONE,Jangan Lupa Tuhan atau ingin membuat tempahan persembahan, anda boleh melayari laman sosial Facebook IQ-ONE. Semoga usaha IQ-ONE akan berjaya.

sumber:
studiokini

Beli Album Nur One - Kau Terhebat secara ONLINE

Beli Album Nur One - Kau Terhebat secara ONLINE






HARGA:RM26.90
Kos Penghantaran: RM5.00

PROMOSI

PROMOSI Pre-Order (UNTUK TEMPOH TERHAD SAHAJA)
Kos: RM 26.90 sekeping TERMASUK kos penghantaran (MALAYSIA)
Untuk pembelian melebihi 50 unit: RM 21.90 sekeping termasuk kos penghantaran (MALAYSIA)
Untuk pembelian melebihi 100 unit: RM 18.90 sekeping termasuk kos penghantaran (MALAYSIA)

Cara dan pertanyaan untuk promosi pre-order: emelkan ke newmedia@arteffects.com.my


Sunday, January 16, 2011

NASYID 2011 – MAHU BANGKIT ATAU MASIH DISITU: Artikel munsyeed.com

Assalammualaikum semua.

Agak lama juga saya tidak mencoret sesuatu di ruangan saya ini. Kekangan masa dan kesibukan kerja menjadi penghalang. Namun, dicelah itu, tidak sedar rupanya sudah masuk tahun baru 2011. Seakan pantas masa berlalu meninggalkan kita

.Umum tahu, apabila masuk sahaja tahun baru, ramai yang akan pasang niat, memateri azam agar menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Bercerita tentang tahun baru ini, tertanya juga saya akan adakah satu sinar baru buat industri nasyid pada tahun ini.

Jangan dilupa, tahun ini kita akan menyambut ulangtahun ke 15 evolusi baru nasyid tanah air yang digerakkan Raihan pada 1996 dahulu. Bayangkan, bagaimana kumpulan tersebut Berjaya menjual hampir 600,000. Bertitik tolak daripada itu, nasyid melonjak naik sehingga menenggelamkan terus muzik lain seperti dangdung dan ‘rock leleh’

Tahun lepas menyaksikan industri nasyid seolah-olah cuba bangkit semula selepas turut sama terkena tempias kelembapan industri muzik Malaysia. Mungkin juga terbawa dek arus Maher Zain yang dilihat merancakkan semula industri nasyid.

Perlu diingat, zaman kini trendnya sudah berubah. Kita mahukan penasyid menjadi lebih progressif dalam menjalankan dakwah melalui hiburan Islam ini. Ya, kini kita bukan sahaja mahu menyasarkan peminat-peminat biasa yang mengaji di sekolah-sekolah agama, orang-orang masjid, tapi kita mahu sampaikan mesej itu ke segenap penjuru masyarakat. Ini bukan kerja penasyid sahaja, tetapi tanggungjawab semua orang.

Saya sendiri mengesan terlalu ramai bakat baru yang perlu diketengahkan. Banyak yang mempunyai semangat untuk berjuang sama dalam nasyid. Namun, ada yang mengeluh, factor kekangan dan ketiadaan platform membantutkan usaha mereka.

Saya tak melihat nasyid pada masa ini hanya bergantung pada penjualan album dan persembahan sahaja. Kita ada blog, Facebook dan sebagainya yang mampu menjadi wadah untuk kita berkarya.

Tiada alasan lagi mahu menunggu untuk disuap. Tiada jalan mudah yang boleh diambil, melainkan usaha sehabis mungkin untuk menaikkan kembali industri nasyid ini. Soal komitmen, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kurangkanlah perbalahan, mempertikai satu sama lain dan menembak kontroversi yang keterlaluan Moga impian ramai yang mahu nasid kembali meniti puncak pada tahun ini.

Lakukanlah semuanya, ikhlas, Kerana ALLAH Taala…

sumber:

munsyeed.com

Maher Zain Dan Imej Nasyid:Artikel munsyeed.com

Oleh: Herman.Mutiara (Singapura)

Gambar: Ihsan Maher Zain Malaysia Fan Club (MM-FC)

Apabila disebut penyanyi nasyid (munsyid), yang sering tergambar dalam fikiran kita ialah penyanyi berkopiah, berpakaian kemas berkemeja lengan panjang. Lagu-lagunya pula seringkali berentak qasidah atau balada.

Satu acuan yang ‘stereotype’ / klise, bukan?

Saya rasa sudah tiba masanya para munsyid merubah ‘stereotype’ nasyid ini agar muzik nasyid kembali segar dan dapat menambat hati penggemar muzik rentak terkini. Namun, apakah pembaharuan yang ingin diterokai ini bakal mendapat ‘restu’ dari peminat tegar muzik nasyid itu sendiri? Sebagai contoh, bolehkah seorang munsyid yang menukar penampilan, menjadi seperti rocker dan menyanyikan lagu-lagu kerohanian berentak rock (seperti Ramli Sarip) diterima masyarakat?

i.

Kali pertama saya mendengar lagu dan melihat imej Maher Zain, saya langsung tidak mengaitkannya dengan imej ‘nasyid’. Sebaliknya, apa yang saya lihat ialah seorang penyanyi R&B Barat yang menyanyikan lagu-lagu yang disuntik padu dengan ruh Islam. Mungkin disebabkan kelainan inilah maka masyarakat yang tidak menggemari imej ‘stereotype’ nasyid dengan mudah dapat menerima Maher Zain dan penampilannya.

Oleh itu, saya tabik apa yang dilakukan oleh penyanyi seperti Ramli Sarip, Yasin, Mel dan yang seangkatan dengan mereka yang sengaja tidak mengikut ‘acuan’ nasyid walaupun mereka membawakan lagu-lagu kerohanian dengan cara mereka sendiri.

Di Barat, terdapat penyanyi Muslim seperti Yusuf Islam dan Dawud Wharnsby (folk-rock), Kareem Salama (country/western), Outlandish (hip-hop) dan ramai lagi. Apakah muzik mereka boleh ditakrifkan sebagai nasyid?

Di S’pura, kami ada Ustaz Sofyan Yadi yang membawakan lagu-lagu selawat dengan rentak hip-hop dan rock. Kami ada kumpulan Sirrfillsirr (Tzi ‘Banjir’, Mohd Khair Mohd Yasin ‘Rausyanfikir’ & sasterawan Isa Kamari) dengan lagu-lagu puisi sufi mereka. Saya sendiri juga sedang dalam proses menyiapkan album sulung saya (secara D-I-Y) yang berisi lagu-lagu puisi kerohanian yang dibawakan dengan rentak rock. Nak kata kami penyanyi nasyid, jauh sekali. (Penyanyi nasyid tidak pikul gitar ke sana ke mari.) Tapi tujuan kami tetap sama, insya-Allah.

ii.

Walaupun berbeza cara dan penampilan, kita patut sokong tujuan murni satu sama lain. Apa saja usaha dan cara untuk mengajak manusia kepada Allah & Rasul-Nya, selagi caranya tidak bertentangan dengan adab atau melanggar syariat Islam, patut disokong. Kerana Islam adalah cara hidup yang sesuai untuk semua, untuk setiap suasana dan keadaan. Hingga ke akhir zaman.

herman.mutiara

13.01.2011

*Artikel ini adalah hakmilik penulis. Idea dan pendapat di dalam artikel ini adalah idea dan pendapat peribadi penulis dan ia tidak semestinya ia mencerminkan idea dan pendapat pihak Munsyeed.com. Selamat membaca. =)

sumber:

munsyeed.com

Rockers Dakwah [akhir]Artikel Studiokini

Siri-siri Rockers Dakwah sebelum ini hanya memaparkan sedikit-sebanyak para rockers yang sudah berubah namun masih tetap aktif dalam dunia seni dan menariknya mereka masih tetap menggunakan aliran rock dan balada sebagai medium dakwah. Banyak lagi insan-insan seni yang tetap rock tapi berdakwah.

Misalnya Dakmie (Barongan) yang masih aktif di belakang tabir terutama dalam penerbitan produk-produk keluaran Nasyeed Edutainment. Ezam (ex-AKAR) juga kini telah bergelar sebagai artis dakwah dan telah menerbitkan dua buah album dengan menggunakan nama SOLO.


Perjuangan rockers dakwah telah disambung oleh generasi baru. Misalnya, kemunculan Al Farabi Band yang memperjuangkan lagu rock tapi dakwah. Tak adil kalau AFB dilabelkan sebagai artis nasyid kerana muzik mereka boleh dikatakan 99% adalah metal. Kiranya boleh dikatakan mereka adalah rock dakwah.

Percubaan menggunakan elemen muzik rock juga turut dibuat oleh beberapa artis nasyid. Contohnya, Mestica yang pernah tampil dengan lagu Badar 313 (rock gothic) dalam album ketiga mereka, 313. Dan banyak lagi artis-artis nasyid yang cuba menyelitkan elemen rock dalam album mereka.

Kupasan mengenai rockers dakwah akan dikumpulkan dalam satu ebook. Nantikan kemunculan pada Mei 2011.

sumber:
studiokini

One-Deen


Artis: ONE DEEN
Ahli:1)NUR AFNAN
2)AHMAD HAFIZUDDIN
3)NIK MOHD FAUZI
4)MUHAMMAD RUSYDAN
Sebarang jemputan persembahan sila dail: 019-9945993(Nur Afnan-Manager)
Penubuhan:

Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2008 dengan keahlian 5orang iaitu afnan,hafizudin,fauzi,khairudin dan syakir.Penubuhan ini bermula di kolej poly-tech mara sebagai kumpulan nasyid yang mewakili kolej untuk pertandingan.Setelah hampir setahun mewakili kolej,kami mengambil inisiatif lain dengan bergerak luar dari kolej dengan menerima pelbagai jemputan persembahan.Semakin lama keahlian One Deen berkurang kepada 3orang dan kami bertahan sehingga bertemu dengan ahli baru iaitu Muhammad Rusydan.Sekarang ini kami kekal dengan 4orang ahli.Sepanjang kami berada dalam industri nasyid ini,kami telah banyak menerima jemputan dari kerajaan,badan-badan NGO,swasta dan lain-lain lagi.Kebanyakkan tempat kami bergerak di sekitar negeri kelantan.Apa yang penting adalah usaha dakwah kami ini sampai ke setiap hati-hati penonton kami.InsyAllah.
Perkembangan:

Album pertama kami akan dilancarkan insyAllah bulan januari 2011 ini.Dalam album ini
ONE DEEN akan bergabung dengan 3 lagi artis nasyid baru iaitu ELHAM,SUFFIAN DAN EILTIEZAM.Album ini diberi judul "SATU DESTINASI".

Saturday, January 15, 2011

Promo Album Ke-2 Fairuz-Eklusif

Preview secara eklusif di nasyid2u,menampilkan promo album ke-2 kumpulan Fairuz

http://permatanasyid.blogspot.com


Thursday, January 13, 2011

Azwan Ibrahim Bermunajat Kasih


Ahli-ahli kumpulan Far-East sememangnya berbakat besar, samada bersama Far East mahupun diluar. Contohnya, Fadzli merupakan seorang composer nasyid yang hebat, manakala Nabil Ahmad pula adalah seorang pengacara dan penyampai radio yang versatile.

Salah seorang ahlinya, Azwan Ibrahim juga tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini, beliau telah menghasilkan album berkonsep zikir, selawat dan nasyid dibawah terbitan syarikat Wahyu Suci Sdn Bhd.

Album yang diberi tajuk Munajat Kasih itu menampilkan 11 track himpunan zikir dan selawat dendangan ahli kumpulan Far-East yang terkenal dengan kebolehan bertaranumnya. Diantara yang terkandung dalam album tersebut ialah Munajat Kasih, Subahanallah, Syahdu dan Selawat Maulidurrasul. Selain itu, turut termuat di dalam album ini ialah doa dan qasidah yang dialun kemas oleh Azwan.’

Apa yang menarik, peminat juga boleh memuatkan lagu-lagu di dalam album ini sebagai caller ringtone pada telefon bimbit mereka dengan merujuk maklumat yang disertakan pada CD.

Album solo pertama ahli Kumpulan Far-East ini diterbitkan oleh label Wahyu Suci Sdn Bhd dan diedarkan oleh E-Rama Records ini boleh didapati dengan harga RM20.00 dan boleh didapati di kedai-kedai CD dan buku agama terpilih – MUNSYEED.COM

Monday, January 10, 2011

The Making Album "F I N E - Motivation for All"

Alhamdulillah pertama sekali kami ingin memohon kemaafan kepada semua kerana sudah lama tidak menceritakan tetang perkembangan terkini FME, untuk pengetahuan semua, FME sekarang sibuk menyiapkan album pengenalan F I N E - Motivation for All yang dijangkakan akan siap dalam bulan januarai nie juga.....sama-sama kita doakan.....Di sini kami pihak pengurusan FME akan menceritan tentang perjalan album ini, untuk pengetahuan semua, album ini merupakan hasil karya F I N E sendiri 100%, dari segi penulisan lirik dan juga penciptaan lagu, dari segi pengurusan artis, terbitan dan edaran dilakukan oleh Fine Music Entertainment sendiri.....Jom lihat sebalik tabir album ini satu persatu......


terus ke:

http://fmemusic.blogspot.com/2011/01/making-album-f-i-n-e-motivation-for-all.html

Album Baru Dari Penasyid Kedah

Setelah muncul dengan album pertama,Secebis Harapan, kumpulan nasyid Fairuz kini tampil dengan album kedua mereka,Ada Cinta Ada Rindu. Berbanding dengan imej dahulu, Fairuz kini telah bergelar sebagai remaja.

Album Ada Cinta Ada Rindu menampilkan 9 buah lagu.Antaranya ialah Ada Cinta Ada Rindu, Rindu Padamu, Hanya Padamu, Insan Bergelar Teman dan lain- lain lagi yang mana lagu-lagu dalam album kali ini hasil gabungan komposer Mohammad Din Hanifa, Muhammad Fikri, Puan Juraini, Muqsit dan Nazor.

Album ini diterbitkan oleh syarikat Sinar Permata Gemilang.

Dalam masa yang sama juga,syarikat Sinar Permata Gemilang turut menerbitkan sebuah lagi album baru. Kumpulan As-Soliheen tampil dengan album pertama mereka, Satu Tekad.


Album ini memuatkan 8 lagu, 1 keroncong 3 sajak dan doa. Album ini menjanjikan kepuasan kepada para pendengar dengan lagu-lagu yang pastinya memuaskan hati seperti Keluarga Bahagia, Hakikat Kehidupan, Buatmu Ibu dan istimewa dalam album ini sebuah lagu sejarah dalam mengimbau kejadian 25 tahun yang telah berlaku iaitu Darah Memali. Rakaman album ini juga turut melibatkan Ust. Rosli Azmi (S/U Dewan Pemuda PAS Kedah) yang mantap bersajak. Lagu-lagu di dalam album ini hasil gabungan Muhammad Fikri, Ismail Hasyim, Ustz. Sarina dan Muqsit.

Kedua-dua buah album ini dirakamkan di studio As-Salam,Pulau Pinang. Kepada yang berminat, anda boleh dapatkan album ini dengan melayari blog Permata Nasyid.

Saturday, January 8, 2011

Rockers Dakwah [bahagian 4]Artikel Studiokini

Mel (ex-Wings)

Siapa tidak kenal kumpulan Wings? Hampir 99% rakyat Malaysia kenal kumpulan rock ini. Walaupun sudah bertapak lama di arena muzik Malaysia,namun Wings tetap popular. Bagi peminat setia Wings,sudah pasti akan kenal para vokalis yang pernah menganggotai kumpulan ini.

Selain Awie,Wings pernah disertai oleh Mel dan Mus sebagai vokalis sebelum Awie kembali bersama Wings. Mel pernah mengangkat Wings melalui album Orang Asing. Menurut laman portal KL Pos pada tahun 2007, Mel menyatakan:

"Kerana saya anggap hiburan dan agama itu mesti dijadikan cara hidup.

Kita juga mesti ada strategi untuk mengembangkan ibadah, asalkan tidak menyakitkan hati orang. Bukankah Islam itu mesti ditunjukkan membangun, berkembang maju dan bertaraf dunia?

ketika bersama Wings
"Saya tidak nyanyi nasyid. Saya tetap dengan cara saya menyanyi rock. Cuma jika dulu saya tinggikan suara, tapi kali ini saya rendahkan suara. Ada sebabnya mengapa saya ubah cara nyanyian saya begitu kerana jika saya tinggikan suara tapi orang tidak faham, tentu, maksudnya tidak sampai, tidak ada gunanya.

Kata-kata ini jelas membuktikan rock tetap mampu menyampaikan dakwah jika caranya betul. Teringat lagu-lagu yang terkandung dalam album Dunia Baru-Mel. Nyata,mesejnya semua mengandungi unsur dakwah walaupun tidak nasyid.

Radzi (ex-Melissa)

Oh Nabila...Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila.... takkan lupa
Mengingatimu
Oh Nabila...Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Peminat rock era 90-an pasti kenal akan lirik lagu ini. Lagu berjudul Cinta Untuk Nabila ini dinyanyikan oleh kumpulan Melissa.Kini, vokalis utama Melissa,Radzi muncul dengan imej yang baru. Berbeza dengan imej semasa era kegemilangan Melissa, Radzi kini berimejkan seperti pendakwah.
Menceritakan tentang sejarah seninya, berikut adalah sedutan dari akhbar Utusan

"Selepas tamat mengaji di sekolah pondok, saya datang ke KL dan duduk di Kampung Pandan dengan tujuan mencari duit untuk mendapatkan modal perniagaan.

"Masa itu cita-cita saya hanya satu, nak jadi tauke ayam. Mulanya saya kerja kilang, kemudian saya bekerja sebagai konduktor bas mini.

"Semasa tinggal di Kampung Pandan, saya bercampur gaul dengan pendatang asing. Semangat kejiranan kami memang bagus kerana ketika itu kami sering menghadiri majlis berzanji dan marhaban.

"Pada waktu malam, saya dan penduduk Kampung Pandan bergilir-gilir bertugas di Rukun Tetangga demi keamanan penduduk setempat.

"Sementara menanti giliran, selalunya dengan menggunakan gitar tong saya akan menyanyi menghiburkan kawan-kawan yang sama bertugas dengan lagu Andainya Aku Pergi Dulu nyanyian Alleycats.

"Bermula dari situlah, apabila kawan-kawan Rukun Tetangga tahu saya boleh menyanyi, saya sering diundang menyanyi untuk majlis-majlis orang kahwin," cerita Radzi mengenai penglibatannya dalam bidang seni.

Sejak itu, Radzi meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi kelab malam di mana Wetspeed merupakan kumpulan pertama yang disertainya.

Setahun bersama Wetspeed, pada tahun 1988 Radzi menganggotai Steeler dan mencuba nasib menyertai pertandingan kumpulan rock yang dianjurkan oleh Box-Office kepunyaan Ali Bakar pada tahun berkenaan.

"Nasib menyebelahi saya. Percubaan saya bersama Steeler dalam pertandingan itu membuka lembaran baru dalam hidup saya.

"Dalam pertandingan itu, saya menyanyikan lagu Senja Merah yang merupakan lagu Steeler. Akhirnya lagu itu membawa tuah kepada kumpulan kami apabila kami memenangi tempat ketiga," kata Radzi menyingkap sejarahnya bersama kumpulan rock.

Melakar kejayaan pertama kali dalam satu pertandingan yang dianggap hebat oleh kumpulan-kumpulan rock yang baru mencuba nasib dalam bidang seni, telah membawa Radzi ke dunia rakaman album sebagai artis.

Razak, pemain gitar bass yang juga merupakan ketua Steeler, akhirnya menukar nama kumpulan itu kepada Melissa dan mengajak Radzi menjadi penyanyi mereka, setelah penyanyi asalnya, Hairi meninggalkan kumpulan itu.

Selain Razak, Melissa turut dianggotai oleh Kefli (gitar utama), Ozei (drum) dan Radzi pula sebagai penyanyi baru mereka.

"Sejak itulah bermulanya diari hidup saya sebagai penyanyi rock. Saya tidak pernah menduga album pertama kumpulan Melissa telah meletakkan nama kami di bibir para peminat rock tanah air.

"Malah yang lebih membanggakan, dengan lagu Cinta Untuk Nabila ia telah mempopularkan nama saya dan kumpulan Melissa," kata Radzi.

Menurut Radzi, daripada kejayaan album pertama itu telah membuatkan dia lupa seketika tujuan asalnya datang ke KL untuk mencari modal bagi memulakan perniagaan menjual ayam.

"Bayangkan ketika itu, tahun 1990, kejayaan album pertama itu telah memberikan saya pendapatan yang lumayan.

"Syarikat rakaman Varia Music Production memberi saya royalti secara pukal sebanyak RM16,000 untuk album pertama. Itulah royalti yang pertama dan terakhir yang saya dapat," cerita Radzi dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selepas kejayaan album pertama, Melissa muncul sekali lagi dengan album kedua mereka berjudul Kami Mat Rock dengan lagu hitsnya, Memikat Cahaya pada tahun 1991.

"Walaupun lagu ini sekali lagi melonjakkan nama kumpulan kami, tetapi saya tidak pernah mendapat royalti lagi.

"Saya tidak tahu di mana silapnya, tetapi mungkin kerana album ketiga Melissa berjudul Mistik (1993) saya tidak muncul selepas beberapa kali rakaman album itu dibatalkan.

"Pembatalan rakaman itu membuatkan saya balik kampung dan terus berkahwin. Sejak itulah, tamatnya perjuangan saya dalam bidang seni sebagai penyanyi rock," kata Radzi.

Radzi atas pentas dakwah
Selepas berhijrah ke arena dakwah,beliau masih aktif dalam bidang nyanyian. Album dakwah pertamanya ialah Penyesalan.


Beliau juga aktif dalam pelbagai persembahan alternatif dan tetap dengan imej rock dakwahnya.

sumber:
studiokini

Lagu Nasyid Pengaruh Dangdut

R-iF Muncul Dalam Utusan Malaysia

Oleh ABD. AZIZ ITAR

NASYID dan dangdut merupakan dua genre muzik yang bukan sahaja berbeza, malah ramai juga peminat yang tentunya tertanya-tanya bagaimanakah rentaknya apabila ia digabungkan dalam sebuah lagu.
Pendekatan berbaur eksperimen itu dilakukan oleh kumpulan nasyid baru yang menggelarkan diri sebagai R-iF menerusi lagu nyanyian mereka berjudul Insan Terulung yang menggabung dua genre muzik dalam lagu tersebut.

Menurut salah seorang anggotanya, Ridzuan Jaafar, lagu yang dipetik daripada album sulung mereka berjudul Percayalah itu kedengaran agak rancak kerana adanya suntikan elemen muzik dangdut di dalamnya.
"Lagu itu agak rancak dan bukan seperti lagu nasyid biasa. Rancak daripada segi rentak di mana ia juga menggunakan instrumen seperti gitar dan gendang. Kalau sekali dengar mungkin ada yang akan kata lagu itu berkonsepkan dangdut.

"Sedangkan pada melodinya kami selitkan juga kelembutan dalam kebiasaan lagu-lagu nasyid. Malah, lirik lagu Insan Terulung itu sebenarnya tentang diri Rasulullah," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Meskipun menyelitkan unsur-unsur irama dangdut dalam lagu Insan Terulung, tetapi jelas Ridzuan ia tidak keterlaluan sehingga boleh menenggelamkan mesej-mesej murni yang cuba diketengahkan menerusi lagu tersebut.

Malah, beliau yakin kombinasi dua genre muzik itu bukan setakat suatu pembaharuan yang cuba diketengahkan oleh R-iF di mana pada masa sama ia diharap mampu menarik perhatian para pendengar generasi muda.

"Apa yang penting ialah mesej di sebalik lagu itu. Tidak salah kami gabungkan dua genre muzik tersebut. Gaya penyampaian kami juga tidak melampaui batas. Cuma bezanya di sini muziknya rancak sedikit," ujarnya.
Selain Ridzuan, R-iF yang turut dianggotai oleh Mohd. Adham Yusof dan Khairul Azwar Ibrahim itu turut menampilkan 10 lagi lagu dalam album sulung terbitan mereka itu yang kebanyakannya berkonsepkan irama nasyid.

Irama seperti pop, balada, R & B dan pop Arab juga merupakan antara konsep muzik yang turut diselitkan dalam lagu-lagu dalam album Percayalah yang kebanyakan lagu serta liriknya ciptaan mereka sendiri.
Meskipun cuba menampilkan kelainan menerusi lagu seperti Insan Terulung, namun album yang dijual dengan harga RM25 seunit itu mendapat sambutan menggalakkan daripada para peminat irama nasyid tempatan.

"Setakat ini sudah 2,000 keping CD (cakera padat) album pertama kami dijual. Ia termasuklah jualan sewaktu kami mengadakan persembahan di merata-rata tempat dan juga melalui dalam talian di Internet sejak lebih sebulan lalu," katanya.

Bagi merancakkan lagi jualan album dengan kos rakaman berjumlah RM30,000 itu, R-iF yang bermaksud Remember Islam Forever (ingat Islam selalu), Ridzuan dan kumpulannya sedang merangka strategi promosi album tersebut.

Antaranya, kata Jurutera Sistem di Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini, promosi itu akan ditumpukan di politeknik-politeknik seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak.

"Kami memilih untuk mempromosikan album ini terlebih dahulu di politeknik-politeknik kerana kebetulan kami bertiga merupakan bekas pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Alam Shah, Selangor atau lebih dikenali sebagai PSA.

"Difahamkan terdapat hampir 20 politeknik di Semenanjung Malaysia sahaja. Selepas habis mengadakan promosi bergerak di seluruh politeknik kami akan meneruskannya ke universiti dan kolej pula," jelasnya.
Di samping Insan Terulung, lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album sulung R-iF itu antaranya berjudul Sepi Cinta, Percayalah, Oh Mama, Praise Allah, Bicara Cinta, Persona Dunia, Satu Ummah, Indahnya Dunia dan Inspirasi Cinta.

sumber:
studiokini

Wednesday, January 5, 2011

Konsert Simfoni Untukmu Palestin

MASUK PERCUMA! Mari berhibur sambil beramal.. bersama Rabbani, Devotees dan Saujana di Malam Untukmu Palestin. Kolej Keris Mas UKM 15 Januari 9mlm.

VN:F [1.9.6_1107]
Please rate this article

Konsert Malam Muhasabah Cinta 2011 – USMKK

SelengkapnyaKonsert – Malam Muhasabah Cinta yang menampilkan EDCOUSTIC , Bandung , Hasnul Jamal (Diwani) & Fika (Mupla) akan berlangsung di Dewan Utama , USM Kubang Kerian pada 6 Jan 2011 (8.30 mlm – 11.30 mlm) sempena Festival Kelestarian Islam (FESKI) . Penganjur bersama MPP USMKK & ShouHAR Event Mgmt.

Hubungi Sdri SHAIRAH FATIN (013-8786003) untuk tempahan tiket .

Konser Nasyid Kemanusiaan Milad Intifadhah Palestina

Ramaikan dan hadirilah !!!

Konser Nasyid Kemanusiaan Milad Intifadhah Palestina

Ahad, 16 Januari 2011
Pukul 13.00 – 15.30 WIB
Kelapa Gading Sport Mall
Tiket konser Rp 30.000,-

Dimeriahkan Oleh:

  • Izzatul Islam
  • Opick
  • Shoutul Harokah
  • Justice Voice
  • Edcoustic
  • Ebith Beat A
  • Drum Light

Bersama:

  • Tn. H. Ismail bin H. Ahmad
  • Dubes palestina
  • Dr. Hidayat Nur Wahid, MA
  • Dr. Muqoddam Cholil, MA

Contact Person:

  • Bazaar : Tri Handayani 08578.111.7488 / 02194104237
  • Acara : Ramdhan 0812.1985.171
  • Tiket : Pipink 08788.36.22845 – Yuli 02141651560
  • Sekretariat : IZIS PRO 021-7704919 – KNRP 021-7812311

Tuesday, January 4, 2011

Rockers Dakwah [bahagian 3]Artikrel Studiokini

RENGGO (ex-ARROW)


Kepada peminat-peminat rock jiwang,mesti ingat lagu Tak Suka Tak Apa dan Niat Hati Tak Nak Berpisah. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Arrow.Setelah sekian lama menyepi, vokalis Arrow, Renggo kini tampil semula ke dunia hiburan namun konsepnya ialah dakwah.

semasa menyertai PAS
Renggo lebih dikenali sebagai Raja Syahdu. Beliau telah membuat kejutan apabila menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada tahun 2009 semasa kempen Jom Sertai PAS.Beliau berhijrah kepada bidang dakwah setelah tertarik dengan ucapan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz yang penuh dengan mesej-mesej dakwah walaupun ringkas.

Sejak menyertai gerakan Islam, Renggo kian aktif memenuhi undangan bagi persembahan-persembahan kesenian Islam. Ketika melancarkan album dakwah pertamanya, Pesan Tok Guru, Renggo menyatakan untuk kekal dengan genre rock dan balada kerana yakin,dakwah perlukan muzik yang segar. Persembahan Renggo lebih tertumpu kepada anjuran-anjuran gerakan Islam dan beberapa buah kerajaan negeri sahaja kerana penglibatan beliau secara rasmi dalam dunia politik.

Hijrah beliau ke arena dakwah tidak memberikan kesan kepada sokongan peminat. Malah difahamkan,jualan album kedua Renggo selepas berhijrah, Raja Syahdu, cukup memuaskan.

Pelbagai jemputan persembahan dan sambutan hangat terhadap album-albumnya membuktikan bahawa walaupun menyertai gerakan Islam dan tidak lagi mementingkan zaman kegemilangan namun beliau masih mampu berdakwah.

Teringat kata-kata Renggo semasa pelancaran album Pesan Tok Guru, kita nak berjuang lagu pun kena semangat.Kata-kata ini jelas menggambarkan bahawa rock dan balada turut memainkan aspek penting dalam perjuangan dakwah

sumber:
studiokini

Rockers Dakwah [bahagian 2]Artikel Studiokini

Jom kita kenali rockers-rockers yang kini aktif dengan lagu-lagu dakwah.

AKHIL HAYY (ex-D'Riyadh)

Rasanya seantero Malaysia kenal siapa Akhil Hayy. Akhil Hayy merupakan bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh. Kumpulan ini pernah merakamkan 3 buah album iaitu Hikayat Rock (1988), Pancakaradia Cakarewala (1989) dan Media 88/89 (1990).D'Riyadh berpecah pada tahun 1991. Selepas berpecah, Akhil Hayy mula mendalami ilmu agama.

Hasilnya,beliau telah aktif dalam bidang dakwah. Namanya cukup gah di persada pentas ceramah agama,politik serta persembahan. Walaupun sering diuji dengan pelbagai kontroversi namun beliau tetap tabah mara ke hadapan.

Akhil Hayy semasa berceramah
Dalam kalangan pendokong Parti Islam SeMalaysia (PAS), Akhil Hayy sememangnya sudah dikenali malah sejak sebelum beliau tampil ke arena hiburan secara terbuka. Pendekatan ceramah dan diselitkan dengan nyanyian oleh beliau merupakan satu pendekatan baru. Hasilnya,ramai penceramah ikut cara beliau.

Sehingga kini,beliau masih aktif dalam bidang hiburan bercorakkan dakwah. Album yang diterbitkan sehingga kini ialah VC-1423H (secara indie), Nasyid Lagenda, Di Bawah Satu Cahaya, Kembara Sufi (album zikir), Nasyid Lagenda II dan Koleksi Terbaik.

Atas pentas persembahan, beliau aktif dalam memenuhi jemputan persembahan terutama yang dianjurkan oleh gerakan-gerakan Islam di Malaysia.Beliau juga pernah terlibat dalam rancangan Cafe Akhil Hayy.

Dan dalam bidang perniagaan pun,Akhil Hayy turut serta. Buktinya, penubuhan Akhil Network. Antara produk-produk keluaran Akhil Network ialah perfume, pakej umrah dan sebagainya.Selain itu, Akhil turut bekerjasama bersama HPA Industries bagi memasarkan produk Akhil Perfume.

sekitar majlis Akhil Hayy bersama HPA
Dalam bidang hiburan,cabaran dan kontroversi sememangnya tak dapat dielak. Dan kemelut yang dihadapi Akhil Hayy sedikit sebanyak menenggelamkan nama beliau.Namun atas kegigihan,beliau masih aktif dan bangkit dalam menyampaikan dakwah.

semasa pelancaran Akhil Network
Namun setelah kemelut rumah tangga selesai,beliau kembali bangkit untuk aktif kembali dalam arena dakwah. Ceramahnya masih mendapat sambutan.Buktinya,beliau kembali aktif pada awal tahun 2010 lalu dengan ceramah umum. Dan sambutannya amat menggalakkan.

ceramah di Kampung Kurnia,Johor Bharu (13 Disember 2009)
ceramah di Kampung Padang Tembak (awal 2010)
Pendekatan beliau tetap mendapat sambutan orang-orang muda. Beliau dilihat lebih memahami jiwa remaja dan cuba masuk dengan dunia remaja. Lihat sahaja penampilan beliau dengan gaya muda,berseluar jeans dan selamba rock.Dengan pendekatan inilah menyebabkan beliau dipanggil dengan gelaran Ustaz Rock.

kontroversi isu tauliah untuk berdakwah
Walaupun sering disekat untuk memberi kuliah atas alasan tiada tauliah namun dakwah tetap diteruskan. Secara mudah,boleh dikatakan Akhil Hayy sebagai rockers yang serba boleh.

sumber:
studiokini

Rockers Dakwah [bahagian 1]Artikel Studiokini

Hiburan adalah satu perkara yang tidak asing lagi dengan manusia.Semua manusia inginkan hiburan. Hiburan melalui muzik adalah medium utama manusia kerana muzik mudah didengar di mana saja sama ada di radio, komputer, pemain MP3, televisyen dan sebagainya.

Malah muzik juga turut mempengaruhi jalan cerita sesuatu drama atau filem.Bayangkan babak sedih tanpa latar belakang muzik sedih, sudah tentu babak terbabit tidak berkesan.

Muzik juga tidak dapat lari dari mendidik manusia. Menggunakan muzik untuk dakwah merupakan satu pendekatan yang tidak asing lagi. Ada penceramah menggunakan muzik untuk menimbulkan suasana keinsafan, muhasabah, ketakutan, atau keceriaan. Bila muzik dikaitkan dengan dakwah, ramai anggota masyarakat kita hanya nasyid sebagai medium untuk muzik dakwah.

Jika pembaharuan dibuat, ada yang mula berfikiran negatif. Bila nasyid sahaja dijadikan asas sebagai muzik dakwah, peminat-peminat yang tidak minat nasyid akan mula lari. Ada yang kata, "Kalau aku minat nasyid,aku kena berkopiahlah.Tak boleh pakai jean".

Malah ada yang menganggap,"Kalau aku minat nasyid, aku kena jadi alim sentiasa. Aku takut untuk jadi alim sebab aku tak suka hipokrit".

Dilema inilah yang melarikan insan-insan yang ingin berubah secara perlahan tanpa mengubah 100% dirinya kepada dunia lain.

Rockers dan Mesej

Ramai tak sedar bahawa para rockers telah lama membawa mesej dakwah kepada masyarakat. Cuma pendekatan dan akhlak mereka sahaja yang menyebabkan mesej dakwah tak sampai kepada masyarakat.

Cuba kita dengar lagu-lagu Wings,Search, Lefthanded, Amuk, Kembara dan banyak lagi. Hampir 70% terselit mesej dakwah. Tak dinafikan ada juga mesej lagha tapi cuba kita dengar dan faham liriknya. Ada yang menyeru kita berbuat baik, cintakan kedamaian, kembali kepada Tuhan dan sebagainya.

dari kiri: Radzi (Melissa),Ust. Akhwan, Akhil Hayy (D'Riyadh), Amy (Search), Renggo (Arrow), Muadz
Kita tidak sedar mesej ini terkandung dalam lirik lagu mereka kerana mereka tampil dengan imej rambut panjang, pergaulan bebas, dan sebagainya. Tapi bagi mereka yang cintakan seni berdasarkan kefahaman lirik,mereka akan faham mesej yang cuba disampaikan.

Namun sejak akhir-akhir ini, hasil mesej-mesej yang mereka sampaikan pada era kegemilangan rock dahulu,kini ramai rockers yang sudah kembali pada jalan dakwah yang sebenar. Ada yang hidupnya terus berubah 90% ke arah Islam, ada yang kian mendekati Islam dan ada yang terus menukar konsep rock kepada nasyid rock.

Siapa tidak kenal Mel (Wings), Radzi (Melissa), Renggo (Arrow), Akhil Hayy (D'Ryadh), Nash (Lefthanded), Amy (Search) dan banyak lagi. Ada antara mereka sudah jauh tinggalkan dunia populariti dan meneruskan hidup sebagai insan seni dakwah.

*bersambung. (akan datang: kupasan artis-artis rock)

sumber:
studiokini

Imbasan 2010: Artis Ke Persada Antarabangsa

Raihan

Raihan, satu nama besar yang acapkali mendapat pengiktirafan dalam dan luar Negara sering kali mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di luar Negara. Selaku perintis kegemilangan nasyid Malaysia, Raihan yang pernah termasuk dalam senarai 500 individu Muslim paling berpengaruh di dunia, tidak pernah sunyi dalam menyebarkan dakwah seni ke pelusuk dunia. Satu-satunya artis nasyid Malaysia yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall London, Raihan pada tahun ini menerima 2 jemputan mengadakan persembahan di Australia. Tidak cukup dengan itu, mereka turut diundang ke Indonesia sebanyak 4 kali pada tahun ini untuk mengadakan persembahan. Alunan gemersik dengan lantunan percussion yang seakan berpadu telah membawa Raihan seterusnya ke negara jiran, Thailand sebanyak 2 kali pada tahun ini. Semoga musafir dakwah Raihan mendapat bantuan daripada Allah swt.


Hafiz Hamidun

Tahun ini mungkin tahun terbaik buat Hafiz Hamidun mengembangkan bakatnya ke persada antarabangsa. Beliau yang menghadkan tugasan dalam bidang pengacaraan, banyak emmberi tumpuan kepada kariernya sebagai penyanyi, penerbit dan komposer di syarikat miliknya, Arteffect Production. Hafiz yang pernah mendapat jolokan ‘Sami Yusuf Malaysia’ ini telah menerima undangan untuk mengadakan persembahan di beberapa buah negara pada tahun ini.

Hafiz berpeluang ke Kota Istanbul, Turki pada awal tahun ini. Disana, beliau sempat bersama pihak radio tempatan Turki dan berkongsi beberapa material disamping bertukar-tukar pendapat. Tidak cukup setakat itu, Hafiz juga tidak melepaskan peluang untuk ke Singapura, Brunei dan Indonesia. Umum mengetahui keakraban komposer terkenal ini dengan rakan karibnya Imran Ajmain, penyanyi dari Kota Singa tersebut. Musafir dakwah Hafiz Hamidun di Indonesi juga membuka ruang kepada beliau bertemu dengan penyanyi paling ngetop di Indonesia, Rossa. Difahamkan, Hafiz ada berbincang beberapa perkara penting dengan Rossa untuk projek beliau bagi tahun hadapan, 2011.

Menamatkan musafir dakwahnya pada tahun ini, Hafiz berlepas ke Vietnam untuk mengadakan persembahan disana sempena Hari Raya Aidil Adha pada bulan November baru-baru ini.

Inteam

2010 membuka lembaran baru buat Inteam apabila mereka diundang untuk membuat persembahan di Shiefield, United Kingdom buat julung kalinya. Inteam pada tahun-tahun sebelumnya pernah membuat persembahan di Brunei, Mesir, Singapura, Indonesia dan acapkali menerima jemputan ke Thailand. Namun, peluang membuat persembahan di Shiefield, United Kingdom bertukar menjadi pengalaman pahit bagi mereka apabila 2 ahli kumpulan Inteam, Syah dan Rahim beserta PA rasmi mereka, Fairus Zainal di tahan di bahagian imigresen lapangan terbang United Kingdom. Setelah ditahan selama hampir 1 hari, akhirnya mereka dihantar pulang ke Malaysia. Amin Inteam yang kebetulan sudah sampai 2 minggu awal akhirnya terpaksa membuat persembahan secara solo di Shiefiled, United Kingdom.

Tahun ini juga, Inteam sekali lagi diundang ke Krabi, Pattani, Thailand untuk mengadakan konsert awal muharam disana. Pada kali ini, Inteam turut bergandingan dengan Unic dalam menyebarkan dakwah seni di tempat tersebut.

Unic

Unic semakin berani melangkah kehadapan. Optimis dengan masa depan yang semakin cerah, kali ini Unic melangkah ke persada antarabangsa dengan menerima jemputan mengadakan persembahan di Madrasah Al-Junied, Singapura. Tidak berhenti disitu, Unic berpadu tenaga bersama Inteam meredah wilayah bergolak dalam menyampaikan risalah dakwah apabila dijemput membuat konsert di Krabi, Pattani, Thailand. Di Thailand, Unic turut ditemuramah stesen radio tempatan disana bersama kumpulan Inteam.

Devotees

Musafir 4 orang anak muda yang menganggotai kumpulan Devotees ini begitu mencabar. Disaat orang lain meraikan Aidil Adha bersama keluarga tercinta di kampung halaman, mereka memilih untuk menjalankan kerja-kerja dakwah di bumi Kemboja. Devotees tidak keseorangan, mereka ditemani oleh krew EZ Qurban yang menjadi tunjang utama kepada penganjuran musafir dakwah ke negara Kemboja tersebut.

Seperti tahun sebelumnya, pihak EZ Qurban sekali lagi menjemput kumpulan Devotees untuk sama-sama mendekati penduduk Muslim Kemboja yang memerlukan. Menariknya pada tahun inii, disamping terlibat dalam ibadah qurban di sana, Devotees turut mengambil kesempatan mengadakan majlis pra-pelancaran album terbaru Devotees berjudul Berjalan Tanpa Henti.

Mu’adz Dzulkefly

Artis solo yang sangat popular dengan lagu Stand Up dan lagu-lagu nasyid berasaskan hadis ini begitu menyerlah pada tahun ini. Manakan tidak, persembahan bertenaga beliau begitu memukau dengan kemantapan vokal yang cukup menyerlah! Tahun ini, selain mengadakan persembahan duet dengan rapper dari Jepun, Kenji, beliau turut mendapat undangan persembahan dari negara luar seperti Singapura, Indonesia dan yang terbaru Kemboja.

Graduan ijazah undang-undang UIAM ini memiliki kelebihan tersendiri apabila beliau merupakan satu-satunya artis nasyid Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu berasaskan hadis. Dengan lagu yang mampu menaikkan semangat pendengar, persembahan Mu’adz setanding Soutul Harakah dari negara Indonesia. Justeru, penulis tidak terkejut apabila difahamkan Mu’adz begitu popular di negara jiran itu.

Disamping melebarkan sayap ke negara luar, Mu’adz juga turut terlibat dalam kumpulan Salam Nasyeed dan tim Studio Muallaf. Nantikan kupasan lanjut mengenai Salam Nasyeed dan Studio Muallaf dalam Imbasan 2010 Edisi Highlight 2010.

sumber:

munsyeed.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...