FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, October 18, 2011

Mirwana feat Altimet

Altimet

Kumpulan Mirwana yang cukup popular dengan imej stylish dan trendy muncul dengan lagu terbaru berjudul Itu Ini Begitu Begini. Lagu nyanyian Mirwana dan Altimet ini mengisahkan tentang keadaan masyarakat yang mempunyai pelbagai tafsiran dan andaian dalam memahami dan mendefinisi sesuatu perkara. Kepelbagaian pendapat ini dilihat positif oleh Mirwana dan Altimet menerusi lagu mereka- Itu Ini Begitu Begini.

Terbaru, kami dimaklumkan oleh Akmal Mirwana bahawa Mirwana dan Altimet kini dalam proses merakamkan MTV untuk lagu Itu Ini Begitu Begini. MTV ini akan disiarkan untuk tontonan umum sebaik sahaja selesai proses rakaman dan suntingan dilakukan.

Berikut adalah lirik lagu Itu Ini Begitu Begini:

Mirwana

Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet
(INTRO):

Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(Chorus)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(Chrous X2)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

sumber-Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...