Ibu ratu hatiku. Jasa dan pengorbanan ibu itu tidak terhingga. Sempena menghargai jasa dan pengorbanan ibu – ibu, Rabbani mengadakan majlis hi – tea bersama dengan artis undangan, Aisyah dan juga Dato’ Ustazah Siti Norbahyah pada 8 Mei 2011 bersamaan 4 Jamadilakhir 1432 H.
Majlis bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Majlis dihadiri oleh pengunjung seramai 300 orang yang terdiri daripada barisan ibu-ibu bersama keluarga, ibu – ibu tunggal dan juga peminat – peminat Rabbani. Turut hadir bersama ialah bonda kepada Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan seisi keluarga yang kelihatan cantik berpakaian sedondon.
Majlis bermula jam 2.30 petang dengan ketibaan tetamu dan bacaan doa oleh juruacara majlis Suffian Amrin . Pelbagai persembahan dan acara diadakan bagi meraikan tetamu yang hadir petang itu. Antaranya, persembahan Rabbani dengan lagu Ya salam, Ibu, Ibu oh Ibu dan Ibu Mithali , persembahan Dato’ Ustazah Siti Nur Bahyah yang dimulakan dengan pantun.
Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran ‘Aisyah yang menyampaikan lagu yang menusuk jiwa, “Syurga di telapak kaki ibu” dan lagu duet bersama Rabbani, “Berkorban apa saja” hingga membuatkn para hadirin mengalirkan air mata. Majlis petang itu turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah kepada para tetamu. Hadiah-hadiah ditaja oleh Ana Edar Sdn.Bhd., Kels Spirulina, Galeri Ilmu Sdn.Bhd., Uzai Marketing.
Penampilan istimewa Adik Mohd. Ilham Fikri anak kepada Almarhum Ustaz Asri, salah seorang anggota Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009. Beliau menyanyikan lagu “Untukmu Ibu” dan membacakan doa kesejahteraan ibu-ibu dan juga keluarga.
Antara acara yang di tunggu-tunggu hadirin yang hadir adalah pakej umrah tajaan daripada Rabbani Travel & Tour Sdn. Bhd. dan Adibah Noor. Insan bertuah yang memenangi pakej umrah pada petang itu ialah Puan Siti Haida binti Mansor dari Desa Pandan dan Y.M Tunku Maharon Tunku Mukhtar yang hadir bersama anak dan menantunya, Lah, salah seorang anggota V.E..
Tidak ketinggalan juga pemenang bertuah yang menerima satu dinar emas Rabbani yang akan mula berada di pasaran dalam waktu terdekat. Di samping itu, majlis turut diserikan dengan acara memotong kek oleh Dato’ Siti Norbahyah dan Aisyah. Majlis yang julung-julung kali dianjurkan oleh Rabbani Productions (M) Sdn.Bhd. ini diadakan bagi meraikan insan-insan bergelar ibu berakhir jam 5.30 petang. -MUNSYEED.COM
p/s: Gambar ihsan Rabbani Production Sdn Bhd.
sumber:
munsyeed.com
No comments:
Post a Comment