FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, November 29, 2011

VideoKlip: Refleksi - Asmaul Husna

Kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH Dimansuhkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Kategori Penyanyi Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah dimansuhkan oleh pihak sekretariat Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk tahun 2011. Berdasarkan senarai terbaru kategori-kategori yang dipertandingkan dalam ABPBH 2011, didapati tidak ada kategori Penyanyi Nasyid Popular yang lazimnya dipertandingkan di majlis anugerah tahunan ini.

Walaupun kategori tersebut dimansuhkan, ia tidak sekali-kali menutup jalan buat artis nasyid didalam majlis anugerah ini apabila pihak ABPBH turut menyenaraikan artis nasyid dalam kategori lain seperti kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.

Untuk rekod, pada tahun lepas, kumpulan Rabbani telah memenangi kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH 2010 yang telah diadakan di Arena World of Stars, Genting Highlands. InshaALLAH, pihak kami akan keluarkan senarai artis yang pernah memenangi anugerah kategori Penyanyi Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular sejak ia mula dipertandingkan hinggalah pada tahun 2010. -Munsyeed{Dot}Com.


Inteam Aktif Terokai Pasaran Buku

Inteam Publishing Sdn Bhd

Setelah menghiasi pasaran album dengan menerbitkan pelbagai jenis album nasyid, doa, zikir, selawat dan bacaan Al-Quran melalui syarikat Inteam Records Sdn Bhd, Inteam kini cuba menerokai pasaran penerbitan buku melalui anak syarikatnya, Inteam Publishing Sdn Bhd. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini merupakan sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran buku-buku agama, ilmiah dan pendidikan.

Antara buku yang berkonsepkan Baca, Dengar dan Amal - Mari Berdoa.

Inteam Publishing memulakan langkah pertama dalam bidang penerbitan buku dengan menerbitkan buku-buku berkonsepkan Baca, Dengar dan Amal. Melalui konsep ini, Inteam Publishing menerbitkan buku-buku agama dan pendidikan yang turut disertakan dengan CD sebagai alat bantuan. Ia akan lebih memudahkan para pembaca untuk membaca, menghafal dan mengamalkan apa yang diajar di dalam buku tersebut. Antara judul buku yang terdapat dalam Siri Baca, Dengar dan Amal ini adalah Amalan Ibu Mengandung, Ayat-Ayat Ruqyah, Mari Berdoa, Bijak Tajwid, Surah Yaasin dan banyak lagi. Berdasarkan info daripada Inteam Publishing, 2 judul untuk siri ini telah menjadi bestseller setakat hari ini iaitu Mari Berdoa dan Bijak Tajwid.

Tidak hanya tertumpu pada siri Baca, Dengar dan Amal, tahun 2010 dan 2011 menyaksikan Inteam Publishing semakin agresif dalam memacu perniagaan mereka. Hasil sinergi berkesan staff Inteam Publishing yang pernah terlibat dalam bidang penerbitan buku dan kebijaksanaan pengurusan Inteam Publishing, Inteam Publishing mula menerbitkan buku-buku dalam pelbagai genre.

Buku-buku terbaru Inteam Publishing

Selain novel inspirasi remaja; Setanggi Kalbu Harraz, Inteam Publishing juga turut menerbitkan buku-buku yang ditulis oleh penulis terkenal tanahair antaranya tokoh agama terkenal Dato Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Ghazali Ibrahim, Ustaz Taha Tan Sri Hassan Azhari dan ramai lagi.

Disamping itu, Inteam Publishing juga giat mempelajari selok belok perniagaan penerbitan buku dari syarikat penerbitan buku Malaysia dan juga dari Indonesia. Semoga usaha murni Inteam Publishing ini memberi manfaat yang besar dalam mendidik ummah seterusnya mengembalikan kegemilangan tamadun ilmu Islam yang pernah masyur di Baghdad satu ketika dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Inteam Publishing, layari Facebook Inteam Publishing Sdn Bhd. -Munsyeed{Dot}Com

RhaSoul Gabungan Guru-Guru Perlis


Semakin hari semakin banyak artis nasyid atau irama ketuhanan muncul dalam arena hiburan Malaysia. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, irama nasyid sentiasa mendapat tempat dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Atas faktor inilah,kumpulan nasyid terbaru, RhaSoul tampil ke hadapan dengan menerbitkan album pertama mereka, Seagung Namamu.

Sebelum ini kumpulan RhaSoul lebih dikenali sebagai Soutul Mualimin dan bergiat aktif sekitar negeri Perlis. Atas faktor tertentu termasuk memudahkan peminat menyebut nama kumpulan, mereka menukarkan nama Soutul Mualimin kepada RhaSoul.

Kenapa RhaSoul?

Menurut salah seorang anggota kumpulan ini,Irwan ketika bersiaran di Kedah.fm pada 24 November 2011, pemilihan nama RhaSoul disebabkan oleh maksud yang tersirat di sebalik nama tersebut. Sebutan 'Rasul' dalam bahasa Arab membawa maksud utusan manakala akronim RhaSoul itu bermaksud Rentak Hiburan Alternatif dan Soul pula membawa maksud jiwa. Kesimpulannya, RhaSoul membawa erti jiwa rentak hiburan alternatif.

Menariknya tentang kumpulan ini, mereka terdiri daripada gabungan guru-guru agama sekitar negeri Perlis.

Tentang album Seagung Namamu, album ini mengandungi beberapa buah lagu. Antaranya ialah Perpaduan, Adikku Berjiwa Besar, Harapan Keampunan, Seagung Namamu,Seruan Kesedaran dan Pancaroba Dunia.

Album terbitan RhaSoul Enterprise ini boleh didapati di sekitar Perlis atau melalui online di laman Facebook rasmi mereka.

sumber: studiokini

Kenali R-if


Industri nasyid sejak kebelakangan ini semakin di pandang sepi, dan penghasilan album nasyid juga semakin berkurangan. Ianya mungkin disebabkan oleh keadaan ekonomi yang belum stabil sepenuhnya. Semakin berkurangan syarikat yang mahu menerbitkan album nasyid kerana faktor kewangan. Namun ianya juga kerana faktor-faktor lain juga seperti perkembangan teknologi yang semakin pesat dan membuatkan para pendengar tidak lagi begitu berminat untuk membeli album dalam bentuk fizikal. Mereka lebih gemar membeli dalam bentuk digital iaitu seperti nada dering telefon bimbit.
Melihat kepada situasi yang berlaku, R-iF melihat industri nasyid juga perlu bergerak seiringan dengan kemajuan teknologi ini. Berbekalkan dengan sokongan modal yang tidak begitu tinggi dan pengalaman yang ditimba, R-iF cuba untuk menembusi pasaran yang agak lembab ini dengan menghasilkan suatu album yang mana teknik pemasarannya kelak akan menumpukan kepada direct dan indirect marketing channel.
Selain itu, R-iF juga ingin mempelopori pengwujudan kumpulan nasyid yang serius di dalam industri dari kalangan pelajar dan Alumni Politeknik. Ini kerana R-iF melihat sehingga ke hari ini belum ada lagi artis nasyid sama ada solo atau berkumpulan yang dilahirkan oleh Politeknik. R-iF berharap dengan adanya projek album ini maka ia akan mampu membuka mata semua pihak terhadap Politeknik dan seterusnya mampu untuk menarik lebih ramai lagi artis-artis nasyid Politeknik untuk tampil maju ke hadapan.
Sejarah
Januari 2005, R-iF diwujudkan. Hasil usaha dan kerja keras Ustaz Khairul Napisham Bin Abd Razak iaitu Penasihat Kelab Nasyid di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). R-iF menggabungkan beberapa orang pelajar dari pelbagai jabatan yang ada di PSA. R-iF mempunyai banyak generasi dan untuk album pertama ini ianya menghimpunkan generasi pertama R-iF. Nama R-iF merupakan singkatan kepada “Remember Islam @ Iman Forever”. Bagi sesetengah pihak ianya juga bermaksud ARIF yang membawa maksud bijaksana. Ketika ini R-iF selesa bergerak secara bertiga, ianya menjadikan R-iF unik kerana merupakan pelopor kumpulan nasyid TRIO yang ada di dalam industri nasyid.

sumber:R-if

Kenali RhaSoul


Kumpulan nasyid Rhasoul adalah sebuah kumpulan nasyid yang mula di tubuhkan pada tahun 2007.Ia terdiri daripada Guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF Jabatan Pelajaran Perlis dan juga staf JAIPs iaitu seramai 15 orang.Pada mulanya kumpulan ini bernama Soutulmualimin dan ia hanyalah sekadar menyertai Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan sempena Hari Anti dadah Peringkat Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun 2007 .
Namun begitu,kumpulan ini kembali aktif pada Disember tahun 2009 yang mana kini ia adaalah seramai 5 orang yang masih setia untuk terus memperjuangkan seni nasyid di Negeri Perlis walaupun kadangkala terdapat kekangan waktu dan sibuk dengan tugas seharian.Kumpulan ini telah menerima banyak undang di majlis-majlis rasmi dan majlis perkahwinan di sekitar Negeri Perlis dan juga Kedah.
Persembahan nasyid Rhasoul kini menggunakan muzik minus one daripada album pertama yang mana terdapat 7 buah lagu dan diselangi dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta terjemahannya dan juga sajak.Antara lagu-lagu hits dalam album ini adalah Perpaduan,Salawat Adnani,harapan keampunan dan seagung namamu di bawah naungan syarikat sendiri iaitu Rhasoul Interprise dan kesmua lagu ini dirakamkan di studio HH Production,Kangar.

Diantara guru-guru Pendidikan Islam yang masih aktif dalam kumpulan RhaSoul ini ialah Ustaz Mohd Irwan Bin Ibrahim dari SK Arau,Perlis yang merupakan pengurus dan ketua kumpulan RhaSoul buat masa kini.Vokalis utama ialah Ustaz Addy Mat dari SK Felda Rimba Mas,Padang Besar Utara,Ustaz Rohisyam Bin Abidin dari SK Guar Nangka,Ustaz Zaki Samsukamri dari SK Panggau.Manalaka suara backup terdiri daripada Ustaz Mohd Irwan Bin Ibrahim,dari SK Arau dan Ustaz Hazwan Bin Hasni dari Pusat Islam UUM,Sintok,Kedah.
Harapan kumpulan ini ialah semoga dengan terbitnya album pertama rhasoul yang berjudul “SEAGUNG NAMAMU” dapat di terima oleh semua masyarakat di Negeri Perlis dan seterusnya rakyat Malaysia sebagai sebuah kumpulan yang mampu memberi didikan kerohanian kepada murid-murid di seluruh sekolah di Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam seni nasyid yang digabungkan jalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di era yang penuh cabaran ini….

sumber: RhaSoul

Wednesday, November 23, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 20/11/2011 (Minggu 137)


CARTA NASYID IKIM.FM 20/11/2011 (Minggu 137)

1. Dengan KuasaMu – Nur One (-) (11)
2. Hadirnya Cahaya S.A.W – Devotees (+2) (3)
3. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-1) (20)
4. Istikharah – Mestica (-1) (8)
5. As-Syafi – UNIC (-) (5)
6. Pergilah Dunia – Varianz (-) (14)
7. Permata Hati – Nazrey Johani (lagu baru) (1)*
8. Perang Dah Tamat –Malique feat. Rabbani (-1) (4)
9. Segalanya Allah – Iwan Syahman (-) (4)
10. Seni Berjuang – Nowseeheart (-) (14)

Pencalonan Baru
Inang Kasih Berbudi – Dian
Doaku – Lufya Omar
Astaghfirullah Al Azim - Ery Ma'arof
Hidup Sementara - Akhdan*
Kekasih - Anuar Ariffin*

Lagu Terkeluar
8. HambaMu – Mawi & Akhil Hayy (16 minggu)
Dengan NamaMu – Ammar Hamdan (pencalonan baru)

***
Carta Ikim.fm akan berehat minggu hadapan sempena sambutan Maal Hijrah.

CARTA NASYID IKIM.FM 13/11/2011 (Minggu 136)


CARTA NASYID IKIM.FM 13/11/2011 (Minggu 136)

1. Dengan KuasaMu – Nur One (+6) (10)
2. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (+2) (19)
3. Istikharah – Mestica (-1) (7)
4. Hadirnya Cahaya S.A.W – Devotees (-1) (2)
5. As-Syafi – UNIC (+1) (4)
6. Pergilah Dunia – Varianz (-1) (13)
7. Perang Dah Tamat –Malique feat. Rabbani (-6) (3)
8. HambaMu – Mawi & Akhil Hayy (-) (16)
9. Segalanya Allah – Iwan Syahman (-) (3)
10. Seni Berjuang – Nowseeheart (-) (13)

Pencalonan Baru
Dengan NamaMu – Ammar Hamdan
Permata Hati – Nazrey Johani
Inang Kasih Berbudi – Dian
Doaku – Lufya Omar
Astaghfirullah Al Azim - Ery Ma'arof

Lagu Terkeluar

Ekspresi Dunia Muzik Halim

Halim Ahmad (Devotees)

Abdul Halim Ahmad atau lebih popular dengan nama Halim Devotees bukanlah nama baharu dalam industri muzik tanahair. Figura yang manis dengan senyuman ini sudah berada dalam industri muzik sejak tahun 2004 apabila tertubuhnya kumpulan Devotees secara rasmi pada tahun tersebut. Sebelum itu, beliau aktif bergerak sebagai penasyid sementara bersama kumpulan UNIC.

Tampil dengan album pertama berjudul Devotees pada tahun 2005, Halim dan Devotees tidak henti-henti dihujani dengan pelbagai rintangan dan cabaran dari segenap sudut. Ternyata, segala ujian dan cabaran yang dihadapi adalah satu pentarbiahan daripada ALLAH swt untuk mereka melangkah lebih jauh dalam perjalanan dakwah seni ini. Devotees berjaya menyerlahkan diri mereka daripada samar kegelapan hasil kesatuan hati Adi Akmal Sehrom, Abd Halim Ahmad, Muhammad Mat Tawil dan Shauqi Kassim. Impaknya dapat dilihat dengan kemunculan album terbaik mereka- Berjalan Tanpa Henti yang berjaya tercalon dalam anugerah muzik paling berprestij Malaysia- Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ke 18.

Neurotic Studio
Halim yang merupakan mahasiswa jurusan Kejuruteraan di UIAM, memulakan eskperimentasi muzik beliau dengan menubuhkan Neurotic Studio pada penghujung tahun 2006. Melalui Neurotic Studio, beliau dan rakan-rakan di dalam Devotees menghasilkan sebuah mini album motivasi yang diterbitkan secara underground bersama D’Voice Entertainment pada ketika itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa mini album motivasi yang dihasilkan Neurotic Studio dirakamkan di bilik asrama Halim di UIAM Gombak dengan peralatan rakaman yang begitu terhad.

Album Sofieya

Tetapi, Halim bijak dalam memanipulasi. Dengan bakat dan pengetahuan yang ada dalam bidang rakaman, Halim menyuntik magis dalam mini album motivasi Devotees hingga ia kelihatan seperti dirakam di studio biasa. Album itu kemudiannya mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan peminat apabila ia diterbitkan pada tahun 2007. Tidak terhenti disitu, Halim meneruskan sentuhan magisnya pada album Sofieya, sebuah kumpulan nasyid wanita yang pernah menyertai Akademi Nasyid anjuran TV9. Melalui Sofieya, Halim menerbitkan mini album untuk kumpulan tersebut yang berjudul Teman Terlalu Akrab. Album mini dengan 6 track lagu baharu ini adalah hasil kerjasama Halim melalui Neurotic Studio dengan Sofieya Edutainment milik kumpulan Sofieya.

Album Nasyid Indie Vol 1

Kredibiliti Halim Melonjak Melalui Nasyid Indie
Nama Halim dan Neurotic Studio menjadi bualan ramai apabila munculnya album pertama yang menyatukan kumpulan-kumpulan nasyid underground berjudul Koleksi Nasyid Indie Vol 1 – Nasyeed Underground pada tahun 2009. Kejayaan album ini sedikit sebanyak melonjakkan nama Halim sebagai seorang komposer muda paling berbakat dan bijak memahami selera muzik remaja. Langkah pertama ini telah menyuntik semangat beberapa kumpulan nasyid underground untuk tampil dengan muzik mereka secara agresif.

Dengan kejayaan album Nasyid Indie Vol1, Halim dilihat mengambil sedikit masa untuk muncul dengan album Nasyid Indie Vol 2- Nasyid Semesta. Melalui album Nasyid Semesta, Halim melakukan beberapa penambahbaikan daripada segi mutu vokal penyanyi, susunan muzik dan pelbagai lagi. Hasilnya, album ini bukan sekadar mencuit perhatian pendengar Malaysia, malah ia berjaya memikat pendengar-pendengar dari luar negara seperti singapura, Brunei dan Indonesia.

Seumur Hidup - Halim Ahmad , bakal muncul pada 2012

Seumur Hidup
Kini, Halim dalam proses mengumpul bahan untuk album Nasyid Indie Vol 3 berjudul The Signs. Disamping itu, Halim juga sedang ‘bertapa’ di studio miliknya yang terletak di Batu Caves Centrepoint, untuk menyiapkan buah tangan terbaru beliau- Seumur Hidup – sebuah album solo pertama Halim yang bakal diterbitkan pada tahun 2012. Dalam pertemuan yang pernah diadakan sebelum ini, Halim telah memperdengarkan beberapa lagu yang bakal dimuatkan dalam album ini kepada pihak Munsyeed{dot}Com dan secara peribadi kami sangat teruja menantikan kemunculan album solo Halim ini!

Tercalon Dalam AIM 18
Tahun 2011 terus mewarnai landskap kerjaya seni Halim apabila beliau tercalon dalam Top 5 anugerah muzik paling berprestij Malaysia- Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ke 18. Lagu dan lirik ciptaan Halim, Hadirnya Cahaya S.A.W nyanyian Devotees melalui album Berjalan Tanpa Henti berjaya disenaraikan dalam Top 5 Lagu Nasyid Terbaik AIM 18. Halim juga sebenarnya turut terlibat dalam pembikinan album Castury – Seharum Castury, Wangian Syurgawi yang mana lagu Santun Berpesan karya Muhammad Devotees dan Adi Akmal Devotees nyanyian Castury dan Ayati Tasrip turut tersenarai dalam Top 5 Lagu Etnik Kreatif Terbaik AIM18.

Menurut Halim, beliau menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat ALLAH swt di atas pencalonan lagu Hadirnya Cahaya S.A.W nyanyian Devotees. Ia satu pengiktirafan buat dirinya dan juga kumpulan Devotees atas kerja keras yang telah disumbangkan dalam album Berjalan Tanpa Henti.

Yang pasti, Halim kini semakin optimis melihat masa depan yang lebih cemerlang, mencorak eskpresi hati dalam nota-nota muziknya dan bijak menyusun langkah untuk memberi kejutan demi kejutan buat peminatnya.

Soal Jodoh?
Jawapannya hanya ada pada Halim sendiri. Mungkinkah ‘Message masih Undelivered’? Biar Halim yang menjawabnya. -Munsyeed{Dot}Com


Rahmat BerHijrah

Oleh HARYATI KARIM

LELAKI bernama Engku Rahmat Engku Ismail atau nama komersialnya Rahmat Ekamatra cukup popular bersama band rock, Ekamatra sekitar penghujung tahun 1980-an dan 1990-an.

Lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan antara lagu sinonim dengan Rahmat meskipun selepas dia keluar daripada band Ekamatra dan muncul bersama band yang diberi nama RAHMAT. Band RAHMAT tidak bertahan lama, akhirnya, Rahmat bergerak secara solo pada tahun 1993.

Rahmat muncul kali terakhir bersama album adalah pada tahun 2006 menerusi album Antologi. Sejak zaman band Ekamatra sehingga bergerak solo, imej Rahmat tidak banyak berubah.

Dia masih setia dengan berkemeja-T dan seluar jeans koyak serta rambut panjang mengurai yang menjadi identiti wajib setiap penyanyi rock ketika itu.

Bagaimanapun bertemu dengannya baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan perubahan 360 darjah bapa kepada tiga orang anak itu.

“Saya sedar ramai yang terkejut dengan penghijrahan imej serta diri saya termasuk rakan terdekat serta peminat tetapi penghijrahan ini ke arah kebaikan.

“Sejak berubah dan mendalami ilmu agama, jiwa saya lebih tenang dan tenteram,” ujar Rahmat.

Ditanya, bagaimana boleh berlaku penghijrahan terhadap dirinya, jawabnya, semuanya berlaku secara kebetulan dan tidak dirancang.

“Semuanya bermula di sebuah kedai buku pada tahun lepas. Saya terpandang sebuah buku yang menceritakan kisah Rasullullah S.A.W.

“Ketika itu saya tidak ambil kisah, tetapi apabila pulang ke rumah, fikiran saya asyik teringatkan buku itu sahaja. Dalam hati saya terdetik yang saya mesti dapatkan buku itu. Setelah membeli buku itu, timbul perasaan kagum terhadap Rasullullah S.A.W.

“Orang di kedai buku itu juga ada memberitahu saya, bahawa Yayasan Sofa ada menganjurkan kelas agama setiap hujung minggu jika saya berminat,” katanya.

Sambung Rahmat lagi, bermula dengan sebuah buku, kemudian hatinya terus terpaut untuk mendalami agama selepas menghadiri kelas agama yang diadakan oleh Yayasan Sofa.

“Pengalaman pertama saya mengikuti kelas agama Yayasan Sofa telah membuka pintu hati saya untuk mempelajari lebih lagi tentang ilmu agama .

“Selain menimba ilmu, apa yang saya sedar, jiwa saya lebih tenang. Pertuturan saya menjadi lebih lembut dan terkawal. Alhamdulillah, seluruh keluarga termasuk anak-anak menyambut baik penghijrahan saya.

“Anak-anak saya juga sering bertanya bermacam perkara mengenai Rasulullah S.A.W. Bila saya sudah ada ilmu, saya juga jadi seronok untuk berkongsi kehebatan Rasulullah S.A.W bersama mereka,” balas Rahmat.

Meskipun tampil dengan imej yang berbeza, tegas Rahmat dia masih lagi Rahmat yang sama, cuma yang berbeza adalah penampilan luaran serta pertuturan.

“Walaupun saya berjubah, tetapi hari-hari biasa, saya masih Rahmat yang sama. Jika ada permintaan untuk saya nyanyikan kembali lagu-lagu rock Ekamatra, saya masih boleh memenuhi permintaan itu.

“Tetapi dalam masa yang sama saya akan turut menyelitkan karya terbaru saya yang ke arah Islamik,” jawabnya.

Rahmat kini muncul dengan album solo terbaharu berjudul Semarak Cinta Rasullullah yang kini telah terjual sebanyak 10,000 unit meskipun tanpa publisiti yang meluas.

Album yang dirakam pada bulan Jun tahun ini mengandungi lima qasidah yang memuji Rasulullah S.A.W dan diterbitkan sendiri oleh Rahmat.

"Saya benar-benar merasakan ini adalah buah tangan yang bakal menyentuh hati dan jiwa pendengar.

“Respon yang diterima juga memberansangkan. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkarya kerana Allah," kata Rahmat .

Walaupun sudah bertukar arah daripada rock ke Islamik tidak mustahil buat Rahmat untuk muncul dalam sebuah album rock Islamik atau bergandingan dengan mana-mana kumpulan nasyid popular tanah air.

“Perancangan itu ada, tetapi belum dapat direalisasikan lagi. Saya tidak menolak sebarang cadangan, walaupun menyanyi lagu rock tetapi kalau isi lagunya mengajak pendengar ke arah kebaikan, apa salahnya untuk saya mencuba.

“Inilah masa dan peluang saya untuk berbakti dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada peminat saya,” ujarnya yang kini berusia 43 tahun.

Sebahagian wang yang dikutip daripada album yang dijual pada harga RM25 seunit itu akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Sofa untuk tujuan dakwah, pendidikan, penyelidikan dan kebajikan Islam.-KOSMO

Review Album: Sentuhan Qalbu Al-Quran


Bukanlah menjadi satu kebiasaan buat Rabbani Production untuk mengeluarkan album bacaan ayat Al-Quran serta zikir. Namun, menyedari pasaran album sebegini mempunyai targetnya tersendiri, maka tiada sapa mahu ketinggalan menerbitkannya dengan cara masing-masing.

Terbaru, Rabbani menerbitkan sebuah album bertajuk Sentuhan Qalbu Al-Quran –Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa. Album tersebut adalah bacaan daripada Ustaz Surur Shihabuddin An-Nadwi. Beliau merupakan pensyarah Tilawah Al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa.

Istimewanya album ini, Ustaz Surur membuat kelainan dengan membaca bacaan secara Murratal menggunakan qiraat riwayat Hafs’an Asim melalui Tariq Asy-Syatibiyah. Secara tidak langsung, pendengar juga boleh mendengar dan membelajari bacaan berqiraat.

Selain surah Yasin, terselit juga surah-surah lazim, bacaan tahlil dan doa. Bacaan merdu guru Al-Quran ini menambah tarikan album ini.

Album berharga RM 19.90 ini adalah terbitan Rabbani Production dan edaran Warner Music.

Sumber-Munsyeed{Dot}Com

Tuesday, November 1, 2011

VideoKlip: Demascus - Kita Berbeza

VideoKlip: Nazrey Johani - Muslimah

Pot Amir tampil solo dengan album EP

Suatu ketika dahulu Innuendo pernah popular dengan lagu Belaian Jiwa. Kumpulan yang berentak R&B itu bagaimanapun tidak mampu bertahan lama. Tahun 2005 menyaksikan anggota kumpulan acapella terkenal tanah air, Innuendo berpecah selepas lebih 10 tahun mereka bersama. Sejak saat itu, setiap anggota kumpulannya termasuk Pot Amir membawa haluan masing-masing.

Sejak dari itu, haluan seni Pot Amir sentiasa berubah. Pot pernah menubuhkan kumpulan Radiostar dan seterusnya Rosin namun hidup secara berkumpulan sukar untuk bertahan dalam dunia seni ini.

Bersama Radiostar, mereka pernah menerbitkan album Dua.Manakala bersama Rosin, mereka pernah tampil dengan album Bijau.

Dan kini setelah Pot Amir tampil dengan album solo,Alkaline Jazz. Album ini nyata berbeza dengan album yang lain kerana ia lebih berkonsepkan jazz ketuhanan.

Hijrah Pot Amir ke arah kebaikan tidak menghalangnya untuk aktif dalam dunia hiburan. Selain tampil dengan album solo, Pot juga aktif bersama kumpulan Almawlid yang menggabungkan bekas-bekas anggota Innuendo, VE dan Ruffedge.

Untuk album Alkaline Jazz, album ini merupakan album EP. Ia mengandungi 5 tracklist iaitu Keroncong Hybrid Untuk Bidadari,Belaian Jiwa 1432 (Acapella) feat Al-Mawlid, Kaseh feat Rosin & Orkes Bapak, Satu (Versi Crayon OST),dan Keroncong Hybrid Untuk Bidadari versi LP.(review album klik sini).

sumber: studiokini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...