FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, November 7, 2012

ISU PANAS Artikel Bila Penasyid Makan Pasir



Gambar Ehsan Jamal Rafaie
Seringkali saya terdengar ungkapan “Alah apa berkira sangat download2 ni, kira fisabillilah la. Kan nasyid itu dakwah”. Kata-kata yang sangat tak beretika ini menjadi alasan biasa bagi yang gemar mendownload album nasyid di internet.
Ya, memang betul nasyid itu wadah dakwah. Ia memerlukan keikhlasan dan iltizam yang tinggi supaya dapat sampai ke tahap sasarannya. Akan tetapi, alasan diatas bagi menghalalkan cetak rompak dan download sangat tidak munasabah.
Kecanggihan teknologi membuatkan  lagu-lagu boleh didapati ni mana sahaja. Youtube, download di blog, copy dari CD kawan…. Banyak sangat cara untuk menghalalkan duit penasyid yang ‘sampai botak kepala’ nak memikirkannya.
Satu pengetahuan yang wajib semua orang tahu, kos untuk menerbitkan sesebuah album bukannya murah. Sebuah lagu sahaja boleh berharga daripada RM 2000-RM5000.  Manakala untuk membikin full album, kosnya mungkin mencecah RM30,000-RM50,000 termasuk kos cetakan dan promosi. Ya, itu harga yang perlu dibayar oleh artis nasyid kita… Err, macam harga sebiji kereta kan?
Bagaimana untuk menampung kembali kos pembikinan album? Ya, dengan jualan album. Tapi, macamana nak balik modal, andai album yang dihasilkan penat lelah, bukan main senang nak didapati di internet, di pasar malam… Nak harapkan persembahan, itu kalau ada. Kalau yang jenis nak bayar macam taknak bayar?
Nak salahkan lanun cetak rompak? Saya tak fikir isu ini releven. Jika tiada yang membeli, makanya tiadalah permintaan. Hatta sekarang pun rasanya isu download lebih besar daripada jualan cetak rompak. Boleh download tak perlu bayar pun. Kalau nak lagi senang, dengar sahaja di Youtube. Album dah beli?
Zaman sekarang bukan zaman 15 hingga 20 tahun lepas, dimana artis-artis Malaysia ni senang-senang jualannya boleh berdesup sehingga 200,000 unit. Angkara aktiviti haram ini, ada artis nasyid yang keluarkan modal sampai berpuluh ribu, tapi jualannya hanya dapat 3,000 unit sahaja. Itupun, mencungap juga nak jual.
Dakwah pun dakwah juga. Tapi jangan kerana alasan itu, sanggup kita bersikap sambil lewa dengan memberikan alasan yang diibaratkan ‘menabur pasir dalam periuk nasi’ para penasyid.
Sebab itulah tidak ramai penasyid yang sanggup menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam dunia nasyid. Jika ada pun, pastinya mereka juga melakukan aktiviti lain yang berlingkar dengan syarikat mereka seperti penerbitan buku, motivasi, jadi duta sana sini dan sebagainya. Selebihnya, perlu keluar makan gaji untuk sara anak bini.
Jika anda tidak mahu artis kegemaran anda ‘makan pasir’, maka sokonglah mereka. Karier mereka terletak pada penyokong mereka.

sumber: Aizat Ikhwan,Munsyeed.com

Album Terbaru bakal terbit Muharram 1434H ini



The Best of Zain Bhikha. Sumber: Inteam Records
Inteam Records Sdn Bhd bakal menerbitkan sebuah album kompilasi seorang lagi artis nasyid luar negara yang terkenal dari Afrika Selatan, Zain Bhikha. Album yang diberi judul The Best of Zain Bhikha bakal menghimpunkan beberapa track lagu terbaik Zain Bhikha di dalam 1 album khas untuk peminat Zain Bhikha di Malaysia.
Inteam Records yang telah mendapat hak edaran eksklusif album ini dikhabarkan bakal menerbitkan album ini di bulan Muharram 1434H. Jadi, kepada peminat Zain Bhikha, nantikan kemunculan album kompilasi terbaik ini.
GarisanMu - Izzat Mahadi. Sumber: Arteffects International

Bekas vokalis kumpulan Mirwana, Izzat Mahadi bakal muncul dengan sebuah album sulung pertama beliau yang berjudul GarisanMu. Judul album ini diambil dari single pertama beliau yang sedang popular dimainkan di radio, laman sosial Facebook dan Youtube. Difahamkan, 8 track lagu bakal menghiasi album sulung Izzat Mahadi ini.
Disamping itu, Izzat Mahadi turut menyediakan satu hadiah istimewa buat peminat yang mengikuti perjalanan karier seni beliau sejak bersama Mirwana dahulu apabila beliau menyanyikan semula lagu hits Mirwana, Aku Tanpa CintaMu dengan susunan muzik baharu olahan Hafiz Hamidun. Nantikan kemunculan album sulung Izzat Mahadi pada bulan Muharram ini. Terbitan Arteffects International.

Sumber - Munsyeed{Dot}Com

Syah Inteam dimasukkan ke Hospital


Mohd Syahril Ab Khalid atau lebih dikenali sebagai Syah Inteam, yang merupakan vokalis kumpulan Inteam, telah dimasukkan ke hospital pada hari ini.
Menurut sumber, beliau dipercayai mengalami bengkak serius di kaki dan menyebabkan demam, serta ditahan di wad untuk didiagnos di hospital sekitar Lembah Klang.
Team NasyidKini mendoakan semoga saudara Syah Inteam pulih sepenuhnya dan kembali ke rutin harian seperti sediakala.
Sumber : Munsyeed.com,nasyidkini

Tuesday, November 6, 2012

Promo Pencarian Himpunan Bakat Nasyid Edisi ke-2

Rabbani Duta Misi Hospital For Gaza


Rabbani di majlis sidang media Makan Malam Amal H4G
Kita sering mendengar dan melihat penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin akibat kekejaman tentera zionis yang tidak henti-henti memberi tekanan dan menzalimi rakyat Palestin. Lebih teruk, wilayah Gaza yang dikuasai oleh Hamas menjadi sasaran utama kezaliman dan kerakusan tentera zionis laknatullah dalam memerangi Palestin.
Atas rasa tanggungjawab sesama Islam, Rabbani, selaku kumpulan nasyid paling popular di Malaysia ingin mengajak semua umat Islam di Malaysia untuk bersama dengan mereka dalam misi membangunkan sebuah hospital khas di wilayah Gaza, Palestin. Rabbani telah bekerjasama dengan MAPIM (Majlis Perundingan Islam Malaysia) dan mendapat restu dari bahagian kesihatan OIC, akan membuka tabung khas untuk mengumpul dana bagi pembinaan hospital di Gaza.
Selaku Duta Hospital For Gaza (H4G), Rabbani akan memainkan peranan memberi kesedaran dan mengajak umat Islam di Malaysia untuk sama-sama mengumpul dana bagi tujuan pembinaan hospital yang dijangka akan disiapkan pada tahun 2017.
Mengulas mengenai perkara ini, Rabbani menganggap usaha ini sebagai satu peluang untuk Rabbani berkhidmat dan menyumbang untuk kesejahteraan saudara seIslam di Gaza, Palestin.
“Alhamdulillah, selaku kumpulan nasyid yang berdakwah melalui cabang seni, kami bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada kami untuk menyumbangkan kudrat dan apa yang termampu untuk Gaza. Ia adalah peluang terbaik untuk kita semua meraih pahala dan kasih sayang daripada ALLAH SWT.” jelas Azadan Rabbani.
Tambah beliau lagi, “Rabbani akan mengadakan beberapa siri jelajah di beberapa tempat terpilih di seluruh Malaysia untuk menggerakkan usaha ini. Dana yang diperolehi nanti bakal digunakan untuk membangunkan hospital, menyediakan kelengkapan di hospital dan menanggung segala kos operasinya kelak. Kami juga maklum akan kemungkinan hospital ini dibom oleh pihak zionis. Namun, kewujudan sebuah hospital di Gaza merupakan satu keperluan penting untuk penduduk Gaza.”
ajlis Makan Malam Amal Hospital For Gaza (H4G)
Selain dari siri jelajah, Rabbani juga akan mengadakan sebuah Majlis Makan Malam Amal H4G pada 26 Januari 2012. Majlis makan malam amal ini akan menampilkan 2 ikon utama industri muzik Malaysia, kumpulan Rabbani dan Datuk Sharifah Aini. Ia akan diuruskan sepenuhnya oleh Rabbani Production (M) Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa pihak yang akan diumumkan dari masa ke semasa.
Kutipan jualan tiket majlis makan malam amal ini nanti akan disumbangkan kepada Tabung H4G. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Rabbani Production di 03 6272 1225.
Sumber -Munsyeed{Dot}Com

PELANCARAN ALBUM "SAMI YUSUF – SALAAM" DI ASIA TENGGARA


 SIARAN MEDIA


SAMI YUSUF – SALAAM


Pelancaran Album Di Asia Tenggara


3 November 2012



 

 The Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA. 



Dialu-alukan sebagai pencapaian beliau yang terbesar secara artistik,
 kepadatan dan kepelbagaian dalam kandungan dan seni suara;  Sami Yusuf: 

Album Salaam... hening subuh yang menyelimuti segala ufuk.





Dengan berjuta-juta jualan, Sami Yusuf, tiba di Malaysia pada 3 
November 2012 untuk pelancaran peringkat Asia Tenggara album studio 
beliau yang keempat, Salaam. Album ini dilesenkan secara eksklusif 
kepada Arteffects International (Arteffects Sdn. Bhd.) yang akan menjadi
 tuan rumah kepada Sami Yusuf dan peminat-peminat beliau untuk 'Hi-Tea 
Eksklusif Album dan Sesi Bertemu Peminat’ pada tarikh pelancaran di The 
Royale Bintang Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, 
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.


 

 
Album ke 4 berjudul   " Salaam " 

Salaam, yang bermaksud keamanan dalam bahasa Arab, akan memberikan 
satu pengalaman yang unik dari sudut ketenangan dan kepuasan; yang 
bertunas dari hubungan di antara pendengar dan Pencipta mereka.


  


Mengandungi enam belas buah lagu, Sami menyampaikan secara bersilih 
ganti, dan menyatukan secara indah dua peranan iaitu penyair dan 
komposer.


Album ini menampilkan duet popular bersama Dato' Siti Nurhaliza 
melalui lagu "You Came To Me", yang membuai pendengar dengan gabungan 
yang indah vokal penuh perasaan dan seruling bambu.

sumber:fenomenasyid

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 04/11/2012 (Minggu 37)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 04/11/2012 (Minggu 37) 

1. Di Suatu Masa – Mizie Kamis (-) (6)
2. Kunci Syurga – Muhibbain (+5) (11)
3. Doa – Nora (-1) (10)
4. Ujian Hidup – Imam Muda 1 (lagu baru) (1)* 
5. Saat Terindah – Firdaus (-2) (10)
6. Kurnia – Nowseeheart (-) (37)
7. Pejuang Agama – Imam Muda 2 (lagu baru) (1)* 
8. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid (-) (6)
9. Sentiasa BersamaMu – Menhajj (-5) (8)
10. Kau Di Mana – Nowseeheart (lagu baru) (1)* 

Pencalonan Baru 
Muhammad Al-Ameen – Rabbani & Dato’ Siti Nurhaliza* 
Rasul Terakhir – Du’a* 
Cinta Sepi Indah – Destiny* 
Seiring Sehaluan – UNIC* 
Kau Idola – Iq-One* 

Lagu Terkeluar 
5. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (35 minggu)
9. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (36 minggu)
10. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (27 minggu)
Semakin Hari Semakin Sayang – Access (pencalonan baru)
Pusaka – Mohram (pencalonan baru)

Tetamu Minggu Ini: Mizie Kamis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...