FOLLOWERS NASYID2U

Monday, July 30, 2012

Jas AIDIL Terlibat Dalam Kemalangan


Jasminor AIDIL
Ketika semua umat Islam sedang sibuk beribadah di bulan Ramadhan, Jasminor Abdullah dari kumpulan nasyid Aidil telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Melaka baru-baru ini. Beliau yang sedang memandu kereta Toyota Caldina telah dirempuh oleh sebuah motor yang ditunggangi oleh seorang India yang dikatakan mabuk. Kemalangan itu telah menyebabkan kereta yang dipandu Jasminor remuk agak teruk.
Namun begitu, beliau bersama 3 orang penumpang yang ada bersamanya selamat dan hanya mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan kaca cermin kereta yang pecah setelah dirempuh oleh motor tersebut.
Apa pun, semoga Jas  sentiasa tabah dan kuat untuk menghadapi ujian di bulan Ramadhan ini dan segera sembuh dari sebarang kecederaan ringan.
Kereta Jasminor yang terbabit dalam kemalangan jalanraya
 sumber: nasyidkini

FarEast makin Berkilau


Siapa tidak kenal dengan kumpulan nasyid Far East yang terkenal dengan lagu-lagu yang berunsurkan tarannum Al-Quran dan Qasidah? Setelah mengeluarkan beberapa buah album sebelum ini, kini Far East kembali semula dengan album kompilasi lagu-lagu terbaik  mereka yang masih lagi mengekalkan konsep qasidah, doa, zikir dan tarannum dari Al-Quran yang berjudul Kilauan Khazanah. Album ini memuatkan 17 buah lagu termasuk 2 buah lagu baru iaitu Lawkana Bainana (duet bersama Raqib AF9) dan Jilbab Putih. Pelancaran album Kilauan Khazanah ini telah dilancarkan pada 12 Julai 2012 baru-baru ini bersama produk terbaru Far East iaitu Fareast Gold. Untuk maklumat lanjut mengenai Fareast Gold bolehlah layari di www.fareastgold.com.
Album Terbaru Fareast
Lagu-lagu yang terdapat dalam album
Kenapa Far East telah memilih Raqib AF9 untuk berduet bersama mereka? Ianya bermula melalui satu pertemuan yang tidak dijangka dalam satu majlis persembahan. Menurut Far East, Raqib dipilih berdasarkan bakat dan kemampuan beliau dalam bidang Tarannum yang bersesuaian dengan konsep lagu-lagu Far East. Selain daripada itu, faktor pemilihan Raqib  dinilai setelah melihatkan suasana dalam keluarga Raqib yang juga secara lahirnya mahir dalam dunia Tarannum Al-Quran.
Far East bersama Raqib AF9
Sempena di bulan Ramadhan ini, Far East telah mendapat undangan persembahan daripada hotel-hotel, jabatan kerajaan dan juga komuniti masyarakat awam di seluruh negara.  Selain daripada itu, ruang yang ada juga diisi dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti tazkirah Ramadhan, nasyid serta azan dan juga imam solat tarawikh di masjid-masjid yang terpilih.
Jom ramai-ramai kita mendapatkan album Kilauan Khazanah di pasaran atau hubungi Far East untuk mendapatkannya sekarang.
sumber: nasyidkini

Doa Haji & Umrah IMAM MUDA HASSAN


HADIAH IMAM MUDA HASSAN 
 
 

Nama Imam Muda Hassan, 27, mula mendapat perhatian sejak menjuarai program Imam Muda musim ke-2, Astro Oasis 106 pada tahun lalu. Sejak itu, beliau mendapat pelbagai undangan dari pelbagai pihak. Bertindak sebagai Pengarah Urusan Persada Oasis Travel & Tours dan juga Naqib dalam program Imam Muda 3, anak muda kelahiran Kg. Sungai Wangi, Ayer ini tidak pernah kenal erti penat dalam kesibukan aktiviti yang sangat padat.


Kini bersandarkan pada pengenalan itulah, Imam Muda Hassan tampil dengan ‘hadiah’ istimewa buat semua yang banyak mendorong beliau untuk merekodkan produk audio sulung. Album yang bertajuk telah mula berada di pasaran sejak 25 Julai 2012.

 
 
Album yang memuatkan bacaan doa, koleksi niat ibadah haji & umrah, serta bacaan ayat suci Al-Quran ini tampil dengan konsep yang istimewa. Alunan berlagu dilihat sebagai cara terbaik untuk menjadikan album ini pelengkap kepada bakal haji & umrah. UNIC Records sebagai penerbit album, telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Imam Muda Hassan untuk memastikan album ini menepati kehendak pasaran dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat. 
 

Antara doa-doa yang terdapat dalam album ini adalah, Doa Menuju Hajarul Aswad, Doa Dibaca Di Mulazam, Doa Minum Air Zam-Zam, Doa di Makam Ibrahim dan Doa di Arafah.

Untuk permulaan, pihak UNIC Records dengan kerjasama UNICMySHOP (www.unic.my) akan mengadakan PROMOSI sebanyak 10% dari harga RM19.90 kepada pembeli online mereka. Promosi ini akan berlangsung sehingga Nuzul Al-Quran 6 Ogos 2012. Inteam Records bertindak sebagai pengedar kepada album ini.
 

Untuk pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi pejabat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 / +6019-428 9986 atau email keorder@unic.my. Website UNIC : www.unic.my Facebook : UNIC  | Imam Muda Hassan


sumber:fenomenasyid

Thursday, July 26, 2012

Iftar Ramadhan bersama nasyidfm


Program IFTAR RAMADHAN BERSAMA NASYIDFM kini kembali lagi! Seperti tahun lalu, Nasyidfm Media Network masih mengekalkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menjayakan program ini. Turut tidak ketinggalan, adalah usaha sama dengan Rumah Anak-anak Yatim Al-Kausar,Bangi.
IFTAR RAMADHAN NASYIDFM 2012
Butiran mengenai program ini adalah seperti berikut : -
Hari : Sabtu
Tarikh : 11 Ogos 2012 (22 Ramadhan 1433H)
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bandar Baru Bangi
Masa : 6.00 petang – 10.00 malam
Yuran Penyertaan:  RM35 (Dewasa) dan RM17 (Kanak-kanak 4 -12 tahun)
Program “IFTAR RAMADHAN NASYIDFM” ini akan diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan Damai dan Ustaz Hasnul Diwani. Ayuh, mari kita bersama-sama menyertai program ini bagi meraikan anak-anak yatim dan juga beramah mesra bersama krew serta pendengar NasyidFM. Anda juga berpeluang untuk memiliki Sampul Raya Eksklusif NasyidFM.
Untuk penyertaan dan pendaftaran, boleh berhubung dengan Cik Syifaa (019 – 494 1050), Puan Ina (013 – 308 0456), Encik Adam (019 – 477 8986), Puan Hazlinda (013 – 665 4813 ) dan Encik Muhammad di talian 019 – 432 8774 atau layari FACEBOOK NASYIDFM untuk sebarang maklumat lanjut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos 2012. - NK
sumber:nasyidkini

Hijjaz bersama HPA


2 JULAI 2012 -  Kali terakhir kumpulan Hijjaz muncul dengan album studio adalah pada tahun 2010 iaitu album Permata Hijjaz.  Selepas dua tahun menyepi, kini Hijjaz tampil dengan album ke-15 mereka yang berjudul Susah Senang Kita Bersama.
Uniknya, album ini merupakan kerjasama antara Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) dengan syarikat HPA Industries Sdn Bhd. Sebelum ini, HPA turut menjalinkan kerjasama dengan kumpulan Raihan menerusi album Musafir Perjuangan dan UNIC dengan album Hijrah.
Album ini telah pun dilancarkan pada 01 Julai 2012 bertempat di Menara  HPA International Centre di Shah Alam oleh Pengarah Urusan HPA, iaitu Tuan Haji Ismail bin Ahmad sempena Karnival 1000 Anak Radix yang diadakan baru-baru ini.
10 buah lagu yang dimuatkan di dalam album ini merupakan antara seleksi lagu baru dan lama yang diberi nafas baru. Antaranya Berkorban Demi Cinta, Serambi Madinah, Susah Senang Kita Bersama, Ayuh Pejuangku, As-Syafi, Sudah Sunnah Orang Berjuang II, Sumayyah, Lawkana Bainana serta lagu  Satu Pilihan Kurnia yang merupakan lagu tema untuk salah satu produk keluaran HPA iaitu Radix Fried Chicken (RFC) .  Hijjaz juga turut berduet dengan seorang artis veteran, Othman Hamzah menerusi lagu Renungkanlah.
Buat semua peminat Hijjaz, pastikan anda memiliki buah tangan terbaru ini. Album ini telah pun berada di pasaran dan dijual pada harga RM25.90 . – NK

sumber: nasyidkini

Wednesday, July 25, 2012

Pra dengar album HBN Edisi Pertama

Mawi melaungkan Asma ALLAH


AsmaulHusna - Asmawi
Sebelum ini, NasyidKini pernah mewar-warkan mengenai desas-desus tentang penyanyi Mawi yang bakal terlibat dan bekerjasama dengan komposer terkenal, Hafiz Hamidun. Kini ianya terjawab dengan kemunculan album terbaharu beliau yang berjudul Asmaul Husna – Asmawi.
Sudah agak lama Mawi menyepi tanpa album baharu. Kemunculan album ini bakal mengubat rindu peminat setia beliau yang telah lama menantikan buah tangan darinya.
Preview Album Asmaul Husna – Asmawi 
Album hasil kolaborasi sulung antara Arteffects International & MW Entertainment Sdn Bhd ini, bakal diedarkan oleh Warner Music. Menurut Hafiz Hamidun, selaku penerbit bersama, perancangan untuk album ini sudah lama iaitu sejak tahun lalu.
“Album ini juga mengekalkan konsep zikir terapi seperti sebelum ini ” ujar Hafiz Hamidun ketika ditanya apakah kelainan dan konsep baharu yang dilakar melalui kerjasama ini.
Sebelum ini Hafiz Hamidun telah menerbitkan beberapa album Irama Terapi seperti Zikir Terapi Diri (Hafiz Hamidun) , Zikir Terapi Munajat (Fitri Haris) dan Zikir Terapi Selawat yang dialunkan oleh Imam Muda Najdi.
Dijangka, album Asmaul Husna-Asmawi ini akan berada di pasaran pada awal Ramadhan. Bagi yang berminat untuk mendapatkan album ini, boleh menghubungi Arteffects International di talian 03 – 7727 1297 @ 03 – 7496 1297. Dengan harga RM19.90, pembeli terawal boleh mendapatkan album ini berserta tandatangan eksklusif daripada Mawi. Jadi tempahlah segera! – NK

sumber: Nasyidkini

Karya Terbaru Firdaus


Saat Terindah tampil membawa perubahan besar buat Firdaus.

Kemunculan album kelima FirdausSaat Terindah ibarat satu hadiah istimewa kepada  para peminat mereka dan juga kepada kumpulan Firdaus sendiri. Hal ini lantaran melihatkan kepada usaha kumpulan ini yang berusaha gigih  menyuntik nafas baharu melalui perubahan besar yang  disinergikan melalui penghasilan album ini.
Walaupun menyepi hampir enam tahun, namun kumpulan yang dianggotai oleh lima orang anak muda ini kembali dengan buah tangan terbaru yang terbukti lebih  sarat dengan eksperimentasi muzik. Kali ini, Firdaus ternyata berani berdiri membawa pendekatan berbeza apabila muncul dengan imej dan genre muzik baharu yang lebih bertenaga dan menekankan mesej lagu yang lebih universal.
Saat Terindah tampak berbeza berbanding penghasilan album-album Firdaus yang terdahulu. Firdaus mula bertapak kukuh dengan penghasilan album pertama mereka iaitu Keampunan (1998) dengan konsep nasyid kontemporari, Fisabilillah (2000) dengan konsep etnik kreatif, seterusnya album ketigaCinta dan Harapan (2002) dan Dunia Yang Lebih Indah (2006) pula muncul dengan konsep pop dan seterusnya diikuti Saat Terindah (2012) yang disusun menarik dengan mempersembahkan pelbagai elemen muzik kontemporari. Gabungan lagu-lagu daripada pelbagai mood serta genre seperti pop alternatif, ballad dan juga hip hop yang diketengahkan mampu memukau dan memikat para pendengar.

Firdaus kini tampil berani dan berbeza.

Uniknya, album ini memuatkan sembilan buah lagu yang hampir keseluruhannya mendapat sentuhan kolaborasi vokal beberapa artis tempatan yang tidak kurang hebatnya. Firdaus bertindak menampilkanCat Farish, Zizan Razak, Noh Hujan, Sheila Abdull, Neves Pretty Ugly dan juga Zahid AF sebagai paduan kolaborasi mereka.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album istimewa yang diterbitan oleh De Firdausi Entertainment ini ialah Sabar Sajalah, Pahlawan Patah Hati, Kerna-NYA Aku Menolakmu, Haluanku, Masihkah Ada Cinta, Laksana Impian, Semua Milik Kita, Ku Bersaksi dan Saat Terindah.
Penghasilan album yang menekankan  kepelbagaian genre muzik ini telah mendapat sentuhan komposer tanah air yang terkenal seperti Cat Farish, Faizal Tahir, Aiman Neves Pretty Ugly, Yasin, Haris Isa dan juga kumpulan Firdaus sendiri.
Terdahulu, album Saat Terindah ini telah dilancarkan pada 30 Mei 2012 yang lalu oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia di Restoran Seri Melayu.
Kepada para peminat Firdaus di luar sana, tidak salah untuk  saya katakan bahawa Saat Terindah memang patut menjadi album wajib yang anda perlu miliki segera. Miliki album ini dan anda nilai sendiri kualitinya bagaimana ya!
Buat Firdaus, tahniah dan syabas atas penghasilan album ini.
Perlu anda tahu, kami juga sedang menantikan Official MTV album Saat Terindah anda release !


Teaser MTV lagu KernaNya Aku Menolakmu

Jangan lupa untuk mendapatkan album Saat Terindah dan ikuti perkembangan kumpulan ini di Fan Page Facebook  mereka, Firdaus -NK
sumber:nasyidkini

KEM UNICNYA RAMADHAN KALI KE 3 BERSAMA UNIC


KEM UNICNYA RAMADHAN KALI KE 3 BERSAMA UNIC
 
Klik Gambar diatas untuk paparan yang lebih jelas 



Bulan Ramadhan kini semakin tiba untuk disambut oleh Ummat Islam di seluruh dunia. Menjadi kebiasaan apabila tibanya Ramadhan kumpulan-kumpulan nasyid di Malaysia akan sibuk dengan jemputan-jemputan majlis berbuka puasa dan program yang memerlukan kepakaran mereka.


Tidak terkecuali dengan kumpulan nasyid remaja popular UNIC, tahun ini merupakan kali ke 3 berturut-turut mereka menganjurkan Kem UNICnya Ramadhan. Kem yang bakal diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat bertarikh 4 -5 Ogos 2012 ini adalah anjuran anak syarikat UNICDOTMY Pro Sdn Bhd di bawah kelolaan UNIC sendiri iaitu UNIC Nasyeed & Training Consultants (UNTC) dengan kerjasama Famili UNIC dan Nur Eco-Resort.

Melalui kem yang terbuka untuk semua golongan ini, peserta akan berkampung beramai-ramai untuk merasai keindahan bulan Ramadhan dengan diselitkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Mesra Bersama UNIC, Bengkel Al-Fatihah bersama Johan Akademi Al-Quran, BBQ dan Mini Show UNIC serta tidak ketinggalan aktiviti kerohanian seperti Terawikh Berjemaah, Tadarus Al-Quran serta Qiyammullail.

Bagi memudahkan pergerakan para peserta yang mendaftar, pihak UNTC akan menyediakan kemudahan pengangkutan bas dari Stesen Komuter Kajang. Yuran yang dikenakan juga sangat berpatutan dengan hanya RM120.00 (termasuk juadah berbuka&bersahur, penginapan, pengangkutan, nota), serta diskaun untuk ibubapa yang ingin menghantar anak-anak lebih dari seorang dan diskaun istimewa untuk ahli berdaftar Famili UNIC sendiri. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Ogos 2012

 

Untuk pertanyaan atau pendaftaran, boleh menghubungi pejanat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 / +6019-428 9986 atau email keunicnasyeed@gmail.com. Website UNIC : www.unic.my Facebook : UNIC
 
 sumber: FN

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 15/07/2012 (Minggu 27)


Musim Kelima: Minggu 27

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 15/07/2012 (Minggu 27)

1. Kurnia – Nowseeheart (+1) (27)
2. GarisanMu – Izzat Mahadi (-1) (12)
3. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (-1) (26)
4. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (+3) (27)
5. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (+1) (27)
6. Sejadah Keinsafan – Akhdan (+2) (2)
7. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (+2) (18)
8. Kunci Syurga – Muhibbain (lagu baru) (1)*
9. Hadirmu – Demascus (lagu baru) (1)*
10. Fadhilah Shalawat – Iwan Syahman (-5) (2)

Pencalonan Baru 
Sentiasa BersamaMu – Menhajj
Kau Di Mana – Nowseeheart*
Saat Terindah – Firdaus*
Doa – Nora*
Semakin Hari Semakin Sayang – Access*

Lagu Terkeluar 
4. Lagu Cinta – Varianz (9 minggu)
10. Lagu Untuk Ummi – Du’a feat. Al-Kautsar (Alam Band) (4 minggu)
Ya Rabbi – Seveneightsix feat. In Heart & Irwan of Ruffedge (pencalonan baru)
Cuba Berikan – Ammar Hamdan (pencalonan baru)

Tetamu Minggu Ini: -
Carta minggu ini diacarakan oleh DJ Erwan dan DJ Farouq sempena Karnival Sambutan 20 Tahun Ikim di Kompleks Ikim Jalan Duta, Kuala Lumpur.

- Dikemaskini (17/07/2012)

JME terbit album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama


Setelah beberapa bulan menjalani proses rakaman,akhirnya album Himpunan Bakat Nasyid (HBN) Edisi Pertama berjaya dilancarkan. Album ini merupakan produk terkini terbitan Jaringan Masry Enterprise (JME), sebuah syarikat milik kumpulan nasyid Masrie.

Album HBN Edisi Pertama ini menampilkan 12 artis,terdiri daripada artis-artis nasyid indie dari Malaysia dan Indonesia.Barisan artis tersebut ialah Naim Darus, Alif Sobry, Masrie, Zayyan, Rafzan, Brothers Voice, Forheart, Aremean, Adli Hashim, Irham dan Maidany (Indonesia).

Ketika ditanya mengenai proses rakaman album, Hafiz Azizan (Masrie) selaku orang kuat JME menyatakan rakaman album ini bermula sejak Mac 2012 hingga Mei 2012. Beliau turut menyatakan penerbitan album ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

"Idea timbul apabila apabila melihat perkembangan industri nasyid yang semakin rancak sekarang. JME ingin mencuba nasib membantu para munsyid yang belum mempunyai album, memperkenalkan diri mereka dalam arena nasyid melalui album ini," kata Hafiz Azizan yang juga merupakan anggota kumpulan Masrie.

Album HBN telah dilancarkan secara rasmi pada 14 Julai 2012 yang lalu di Rumah Anak Yatim Bedaya,Kulim,Kedah. Menariknya, album ini turut mendapat khidmat kerjasama dari Ilham Cipta Production (ICP) milik Din As-Salam, yang merupakan komposer terkenal di Utara Semenanjung Malaysia.

Tracklist: Bisakah Aku Sujud -Naim Darus, Inikah Kebahagiaan - Alif Sobry, Kini - Masrie feat, Mizie, Tasbih Persahabatan - Zayyan, Kekasih Sepanjang Zaman - Rafzan (ex-Baiduri), Sayang Abi Sayang Ummi - Brothers Voices,Setiap Hela Nafasku - Forheart, Duhai Isteriku - Aremean, Penentu Cinta - Adli Hashim, Kasih Sayang TUHAN - Irham dan Kaca Yang Berdebu - Maidany.

ADA RADIO ONLINE SENDIRI

Selain album HBN, JME juga turut memperkenalkan radio online mereka sendiri. Masry.fm merupakan radio online nasyid terbaru yang wujud,dan dikendalikan sendiri oleh DJ Hafiz,DJ Muhayrieyz dan DJ Yusuff.

"Masry.fm mula beroperasi sejak 3 minggu lepas (awal Julai) dan beroperasi dimana saja menggunakan talian internet,bertujuan untuk mempromosikan artis-artis nasyid Malaysia dan Nusantara,"ujar Hafiz lagi.

Radio Masry.fm boleh didengar melalui laman web http://masryfm.caster.fm/.

Jangan lupa untuk mendengar Masry.fm dan beli album HBN yang original dipasaran sekarang. Album HBN boleh dibeli dengan menghubungi Hafiz 0195139837- STUDIOKINI


sumber- studiokini

VideoKlip: Halim - Message Undelivered

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...