FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, May 13, 2012

CARTA IKIM. FM Musim Kelima - 13/05/2012 (Minggu 18)




CARTA IKIM. FM Musim Kelima - 13/05/2012 (Minggu 18) 

1. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (+1) (17)
2. Kurnia – Nowseeheart (-1) (18)
3. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (-) (9)
4. Penerang Hati – 6ixth Sense feat. Saujana (-) (18)
5. GarisanMu – Izzat Mahadi (-) (3)
6. Aku Percaya – Aidil feat. Bob Yusuf (-) (14)
7. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (-) (18)
8. Sesungguhnya – Juril Jumali (+2) (2)
9. Wahyu – Anuar Ariffin (-) (4)
10. Lagu Cinta – Varianz (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru 
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow
Seruan – Al-Farabi Band
Ya Rabbi – Seveneightsix feat. In Heart & Irwan of Ruffedge
Cuba Berikan – Ammar Hamdan
Insan Yang Mulia – Voice of Ummi* 

Lagu Terkeluar 
8. Rindu – Nur One feat. Hafiz Hamidun (9 minggu)

Tetamu Minggu Ini: Kumpulan Duta

VideoKlip: Akhdan -Doa Untuk Ibu

Album Devotees 336 : Cipta Dimensi Seni Positif




Selepas kejayaan album Berjalan Tanpa Henti (2011) yang banyak mengangkat nama kumpulan ini di pentas industri muzik tanah air, kumpulan Devotees terus merancakkan landskap karier mereka dengan kemunculan album bersinergi dan magis, Devotees 336.
Berani bangkit dengan konsep unik, Devotees yang mewakili Devotees Music Works bersama-sama Al Bahgdadi Method Sdn Bhd telah menghasilkan sebuah album berasaskan pelajaran al-quran  yang menggunakan teknik Al Baghdadi.
Album berbentuk pendidikan ini menghimpunkan 336 sebutan asas bagi 29 huruf hijayyah yang merangkumi bunyi mad, tanwin, sukun, sabdu dan sebagainya.
Album Devotees 336  memuatkan 11 track lagu istimewa yang diadun bersesuaian dengan muzik kontemporari telah disusun sendiri oleh kumpulan Devotees di samping menyuntik kelainan dengan  menampilkan Devotees Junior yang bertindak sebagai suara latar.
Devotees Junior diwakili oleh adik Muhammad Izzi Jalaluddin, 10 tahun, Muhammad Irfan Jalaluddin, 8 tahun, Muhammad Ilman Jalaluddin, 8 tahun dan  Muhammad Aqil Jalaludddin, 12 tahun.



Terdahulu, majlis pelancaran album Devotees 336 yang diadakan pada 6 Mei 2012 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Majlis pelancaran yang diadakan di Pentas Utama, Pusat Dagangan Putra Malaysia (PWTC) tersebut telah dirasmikan oleh Y Bhg Datuk Haji Hasbullah Bin L Isa, Penasihat Yayasan Al Baghdadi.
Menurut Ustaz Jalaluddin, Penerbit Eksekutif merangkap Pengerusi Yayasan Al Baghdadi dan Pengasas Teknik Al Baghdadi, matlamat utama album ini dihasilkan adalah untuk memberi pengukuhan yang mantap kepada anak-anak mahupun orang dewasa terhadap bunyi-bunyi asas yang perlu dikuasai di dalam proses mempelajari al-quran.
Dalam sidang media yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, Ustaz Jalaluddin turut menzahirkan kerisauannya dengan mengatakan bahawa berdasarkan kajian di peringkat universiti, purata 38.2 peratus pelajar adalah buta al quran. Peratusan ini menjadikan hampir 200 ribu pelajar  berdepan dengan krisis serius ini.
Mengakui selesa bekerjasama dengan Devotees, usaha sama yang dicetuskan oleh kedua pihak ini membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial.
Bersejajar dengan kemunculan album unik ini, pihak Al Baghdadi dan Devotees telah menyusun strategi dengan mengadakan ‘road tour’ untuk memperkenal dan mempromosi album pendidikan ini. ‘Road tour’ tersebut  akan bermula di dalam negara dan seterusnya akan menyusul ke luar negara seperti Brunei dan Kemboja.
Selain itu, Devotees juga akan bertindak menerbitkan VCD Devotees 336 dan akan terlibat dengan sebuah lagi album pendidikan menerusi kerjasama bersama Al Baghdadi.
“Ada kesinambungan yang telah disusun selepas pelancaran album ini secara rasmi pada hari ini,” jelas Ustaz Jalaluddin yang juga bertindak sebagai pemantau bagi keseluruhan lagu di dalam album tersebut.
Setiap lagu yang dihasilkan akan diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan kesalahan tajwid, harakat dan makhraj huruf.
Kelahiran album Devotees 336 ini berpotensi menjadi batu loncatan kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak ke arah budaya penghayatan dan celik al quran. Ternyata album ini berjaya mencipta satu dimensi seni daripada sudut yang berbeza dan membawa pencerahan istimewa kepada industri muzik tanah air.
Tahniah Devotees dan Al-Baghdadi !
Peminat nasyid di luar sana, jangan lupa dapatkan album ini. -sumber: NK

Di sebalik nama dan konsep nasyid - Studiokini

Pada awal kebangkitan nasyid,nama-nama kumpulan nasyid boleh dikatakan semuanya mengandungi unsur Arab. Antaranya yang cukup gah pada era al-Arqam ialah Nada Murni, Nahwan Nur, Al-Anwar, Soutus Sofwa, Mirwana (generasi awal) dan lain-lain lagi. Malah banyak sekolah menengah mula menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid sendiri serta menerbitkan album secara sendiri.

Antara nama-nama nasyid peringkat institusi pengajian termasuk sekolah yang ada ialah Ukhwatul Muslimin, Mirwana, All For Ummah, dan sebagainya.


NAMA DAN ARTIS NASYID

Pada awal kemunculan nasyid,hampir 90% nama kumpulan-kumpulan nasyid adalah Arab. Kecuali beberapa saja yang menggunakan nama Inggeris seperti The Zikr, dan All For Ummah (maaf jika ada yang tak disebut).

Tapi pada waktu tersebut,jika ada artis nasyid atau dakwah menggunakan nama Inggeris, tiada pula yang mempersoalkan. Mereka diterima seadanya malah menjadi role model kepada masyarakat. Malah pada zaman awal kemunculan awal Raihan, kumpulan Brothers turut muncul.Tiada pula suara-suara membantah.



Pada awal tahun 2000, trend menggunakan nama-nama Inggeris kian hebat apabila Inteam muncul.Disusuli pula dengan UNIC, Mestica (ejaan Melayu:Mestika), Devotees, DeHearty, dan lain-lain lagi. Tujuan utama menggunakan nama Inggeris ialah mengkomersialkan lagi artis-artis nasyid.

Rasanya tak salah kalau gunakan nama Inggeris pun.Hakikatnya,masyarakat kita memang suka nama-nama pelik. Tapi biarlah pelik itu ada makna tersirat.Jika artis-artis konvensional boleh menggunakan nama-nama Inggeris malah tak tahu apa maknanya,mengapa artis-artis dakwah tidak boleh? Meet Uncle Hussien (Jumpa Pakcik Hussien), Grey Sky Morning (Kabus di Pagi Hari), dan sebagainya boleh,kenapa NowSeeHeart, Devotees,Castury,Saff One dan sebagainya tak boleh?

Jika ingin menggunakan nama Arab atau Melayu,tiada halangan. Kalau nak guna bahasa lain pun,dipersilakan asalkan maknanya positif.

KONSEP LAGU

Isu konsep lagu yang dibawa artis-artis nasyid @ dakwah turut diperkatakan. Pada awal kemunculan,nasyid hanya menggunakan muzik percussion sebagai alat muzik utama. Pada waktu itu, gitar, dram dan alat-alat tiup dianggap haram. Kalau muzik moden pun,hanya keyboard saja digunakan.

Namun evolusi demi evolusi berlaku dalam nasyid. Isu alat muzik bertali dan bertiup yang dikatakan haram,diselesaikan melalui perbincangan para ulama. Khilaf antara ahli agama usah diperbesarkan.Maka pada awal kemunculan UNIC,penggunaan gitar diperluaskan dalam nasyid.

Lumrah alam,apabila perubahan nak dilakukan,ada yang menyokong,ada menentang. Namun evolusi demi evolusi tetap diteruskan. Hip hop, dangdut, sehinggalah rock digunakan dalam nasyid sehingga kini.

Evolusi ini memberi peluang kepada nasyid untuk lebih ke depan. Misalnya, kejayaan artis-artis dakwah masuk ke Muzik-muzik. Sehingga tahun 2010, hanya Firdaus.Nice dan Mirwana yang berjaya ke separuh akhir. Tapi apabila berjaya saja masuk, ada yang menentang. Artis-artis ini ditekan bagai besar sungguh salahnya.

Hasilnya,Mirwana umumkan mereka bukan artis nasyid tapi artis vokal. Nasyid atau vokal, jika mesejnya berunsur positif dan Islam, maka mereka tetap artis dakwah. Jangan kita terlalu tutup minda kita dengan sejuta tuduhan negatif.

Kalau sasaran kita budak 'surau', rasanya cara dakwahnya berbeza. Namun jika budak 'konvensional' sasaran kita, cara kita kena ikut perubahan masa.

KESIMPULAN

Nama dan konsep usah dijadikan isu besar. Apa yang penting,sasaran dakwah kita. Kurangkanlah berbincang perkara kecil. Jangan terlalu menyerang nasyid atau hiburan alternatif dakwah kita. Terimalah kebaikan dan kelemahan dengan terbuka. - STUDIOKINI

* artikel ini pernah diterbitkan dahulu namun diubah suai atas beberapa faktor

Friday, May 11, 2012

VideoKlip: Maher Zain - Number One for Me

VideoKlip: Destiny - Arah

Konsert Salaam Sami Yusuff

Sami Yusuf Luah Rasa Bimbang Persengketaan Manusia 

Sami Yusuf berharap muziknya dapat membawa kepada penyatuan manusia sejagat. - Foto oleh LIM CHENG KIAT
KUALA LUMPUR: Bintang kerohanian antarabangsa popular, Sami Yusuf tidak bimbang atau hanyut dengan sanjungan atau populariti yang dikecapnya selama hampir 10 tahun bergelar artis.
Sebaliknya, penyanyi dan komposer dari Britain ini berkata, perkara yang paling menakutkannya adalah kekacauan dan persengketaan yang boleh menjurus kepada perpecahan manusia sejagat.
"Saya tidak takut atau bimbang dengan kesan populariti dan sanjungan orang terhadap saya. Ia tidak menggugat siapa diri saya, jati diri dan keperibadian saya sebagai manusia.
"Apa yang membimbangkan adalah sikap manusia sejagat yang tidak memahami banyak perkara sehingga menjurus kepada salah faham, perselisihan dan perbalahan yang akhirnya membawa kepada perpecahan," katanya.
Penyanyi berusia 31 tahun itu ditemui selepas pengumuman konsert sulungnya di sini bersempena pelancaran album keempat iaitu Salaam.
Konsert Salaam Sami Yusuf bakal diadakan pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sami berkata sebagai penggiat muzik yang memperjuangkan genre kerohanian, dia mempunyai tanggungjawab dan impian untuk menyatukan manusia tanpa mengira batas agama ke arah perpaduan.
"Impian terbesar saya adalah menyatukan manusia sejagat menerusi muzik saya. Terlalu kuat pengaruh dan impak dari Barat sehingga menjejaskan jati diri dan pemikiran manusia khususnya umat Islam.
"Kepincangan ini wajar diperbetulkan terutamanya di kalangan generasi muda pada hari ini," katanya.
Sami menandatangani replika poster Konsert Salaam.
Mengenai album terbarunya yang akan dilancarkan pada Julai depan, Sami berkata album yang memuatkan 18 trek itu turut menampilkan lagu duet bersama penyanyi tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
"Dia (Siti) seorang penyanyi yang hebat dan dinamik. Saya akan merakamkan lagu You Came To Me ciptaan saya dengannya tidak lama lagi. Lagu itu dalam bahasa Inggeris dan Malaysia.
"Lagu-lagu lain dalam album ini juga mempunyai pengertian dan cerita yang melangkaui kehidupan manusia di atas bumi ini. Ia cukup besar ertinya," katanya.
Populariti penyanyi kelahiran Tehran ini melonjak di peringkat global selepas dia muncul dengan album sulung Al Mu'allim pada 2003.
Sami yang mempunyai jumlah peminat mencecah 2 bilion orang mendapat jolokan 'Bintang Muslim Terbesar' oleh majalah Time dan 'Muslim British Paling Popular Di Dunia' oleh The Guardian.
Konsert tersebut dianjurkan Offshore Entertainment Production.
Tiket-tiket konsert hanya akan mula dijual pada 2 Mei depan. Harga-harga tiket akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Sumber : MSTAR

Hafiz Hamidun kompos 8 Lagu dalam masa Sebulan utk Sirah Teragung

PENYANYI nasyid, Hafiz Hamidun, hanya diberi masa sebulan untuk menyiapkan album Sirah Teragung yang juga judul buku terbaru mengenai kehidupan Rasulullah s.a.w iaitu Sirah Teragung Muhammad SAW: Rujukan Lengkap Hidup Rasulullah SAW Dari Sebelum Kelahiran Hingga Detik-Detik Terakhir.

Buku sirah itu adalah terbitan Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd di mana menerusi anak syarikat mereka, Humaira Book Store, mereka mengedarkan album Zikir Terapi Hati yang disampaikan dan diterbitkan oleh Hafiz sendiri.
“Saya terjumpa dengan pihak Maghfirah Pustaka ketika mereka menyertai Pesta Buku Islam yang diadakan di Putrajaya pada Februari lalu dan dengan arah serta tujuan yang sama untuk menyebarkan syiar Islam menerusi kemahiran yang ada pada pihak masing-masing maka terhasillah kerjasama di antara kami.

“Pemilik syarikat itu, Mohd Sahrularifin Ab Manan, tertarik dengan lagu bonus yang terdapat dalam album zikir itu, Lawkana Bainana yang menceritakan mengenai Rasulullah s.a.w, lalu dia memberikan buku sirah asal yang masih dalam versi bahasa Indonesia untuk saya baca, kaji dan memahami keseluruhan kandungannya.


“Lawkana Bainana bertepatan sekali dengan kandungan buku sirah yang mereka ingin pasarkan. Sementara mereka mahu menterjemahkan buku itu dalam bahasa Melayu, saya pula diminta untuk menghasilkan beberapa lagu lagi yang liriknya mengenai perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.


“Mereka melancarkan buku sirah itu pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung dari 27 April hingga semalam. Bagi menambah daya tarikan kepada bakal pembeli buku itu, mereka mahu sertakan CD album khas itu,” katanya.

Menurut Hafiz, dari tarikh pesta buku itu akan diadakan, dia diberi masa sebulan untuk menyiapkan album itu dan dek kerana tertarik dengan tawaran berkenaan, Hafiz terima cabaran itu lagi pun jelasnya ia adalah untuk tujuan yang sangat baik.

“Dengan tempoh yang pendek itu saya tumpukan perhatian kepada projek khas itu dan dalam masa yang ditetapkan, saya berjaya menyiapkan lapan lagu. Album itu turut memuatkan lagu Lawkana Bainana, menjadikannya sembilan lagu kesemuanya.

“Mujurlah saya fasih berbahasa Indonesia, jadi tiada masalah untuk saya memahami kandungan buku itu. Saya belajar bahasa Indonesia daripada kenalan dan rakan bisnes di negara itu. Saya juga kerap ke sana memenuhi undangan nyanyian,” katanya yang turut memuatkan lagu Marilah Memuji, Dialah Rasulullah, Kasih Padamu, Hijrah Padamu, Penyeri Dunia (Khadijah RA), Takbir Fisabilillah, Muhammad Mustofa dan Pemergian Rasul.

Hafiz juga gembira kerana penerbit asal buku sirah di Indonesia mahu menyelitkan album itu untuk pasaran di sana.

“Saya akan ke Indonesia untuk mempromosikan album ini dan juga Zikir Terapi Hati tetapi kepada mereka yang ingin mendapatkan album ini mereka kena beli buku sirah itu kerana CD album nasyid ini adalah bonus kepada pembeli. CD itu tidak dijual berasingan.

“Buku sirah ini adalah rujukan lengkap mengenai kehidupan Rasulullah s.a.w dan anda mesti memilikinya. Ia antara koleksi paling berharga yang perlu ada dalam simpanan anda serta boleh ‘diturunkan’ kepada anak cucu pula. Sebagai umat Rasulullah s.a.w, kita mesti tahu dan mengenalinya untuk menerbitkan rasa cinta yang mendalam terhadapnya.

“Penerbitan CD itu juga bagi menarik minat kanak-kanak dan golongan muda terhadap junjungan kita itu. Kanak-kanak biasanya suka mendengar lagu dan oleh itu ia antara langkah awal untuk mendidik mereka. Seni hiburan jika kita dapat meletakkannya pada tempat yang sepatutnya, ia pasti akan mendatangkan manfaat pada kita semua,” katanya.

Tambah Hafiz, dia akan menggunakan platform itu untuk mencipta nama dan mencari tapak dalam industri hiburan di sana terutama dalam lagu yang berbentuk ketuhanan.

“Pada kesempatan itu juga saya akan perkenalkan produk saya yang lain di Indonesia,” katanya.

Buku sirah setebal 600 muka surat itu boleh dijadikan panduan hidup kita terutama anak-anak yang baru mahu mengenal dunia dan erti hidup yang sebenarnya.

Sabda Nabi Muhammad: “Ajarkanlah kepada anak-anakmu mengenai tiga perkara - Cinta kepada Nabimu, cinta kepada keluarga baginda dan cinta membaca al-Quran, di hari kiamat nanti mereka akan berada dalam naungan Allah s.wt di mana pada hari itu sama sekali tiada naungan melainkan naungan-Nya berserta Nabi dan orang pilihan-Nya saja.’ - (Hadis riwayat ad-Dailami)

Kehidupan Rasulullah s.a.w adalah sebuah sirah teragung. Walaupun kehidupan baginda terjadi 14 abad yang lalu, kisah hidupnya tidak pernah usang. Bahkan sebaliknya, kisah baginda terus relevan dalam kehidupan masa kini dan juga masa hadapan kerana baginda adalah contoh qudwah yang diutuskan Allah s.wt, sebagai rasul akhir zaman untuk membimbing umat manusia seluruhnya.

Oleh kerana itu, buku ini cuba menyajikan sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w dalam bentuk baru, menggunakan segala deria yang dimiliki manusia agar kehidupan Rasulullah SAW sentiasa berada di jiwa.

Antara keistimewaan buku ini kerana penyusunan kisah yang sistematik dan tersusun mengikut urutan peristiwa di dalam kehidupan Rasulullah s.a.w seolah-olah kita merasakan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w sendiri dari sejak kelahirannya sehinggalah kepada kewafatannya.

Selain itu, setiap helaian kertas berwarna dan dilengkapi dengan gambar eksklusif berkaitan Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya yang ditulis oleh Ustaz Dr Ahmad Hatta dari Palembang, Indonesia.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai buku itu layari www.facebook.com/maghfirahgroup atau lawati www.sirahmuhammad.com.

CARTA IKIM. FM Musim Kelima - 06/05/2012 (Minggu 17)


CARTA IKIM. FM Musim Kelima - 06/05/2012 (Minggu 17) 

1. Kurnia – Nowseeheart (+6) (17)
2. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (+1) (16)
3. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (-1) (8)
4. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (-3) (17)
5. GarisanMu – Izzat Mahadi (+3) (2)
6. Aku Percaya – Aidil feat. Bob Yusuf (-2) (13)
7. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (-2) (17)
8. Rindu – Nur One feat. Hafiz Hamidun (+1) (9)
9. Wahyu – Anuar Ariffin (-3) (3)
10. Sesungguhnya – Juril Jumali (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru 
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow
Seruan – Al-Farabi Band
Ya Rabbi – Seveneightsix feat. In Heart & Irwan of Ruffedge
Cuba Berikan – Ammar Hamdan
Lagu Cinta – Varianz*

Lagu Terkeluar 
10. Cabaran Hidup – Akhdan (5 minggu)

Tetamu Minggu Ini: Izzat Mahadi

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 29/04/2012 (Minggu 16)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 29/04/2012 (Minggu 16) 
1. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (-) (16) 
2. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (+2) (7) 
3. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (-1) (15) 
4. Aku Percaya – Aidil feat. Bob Yusuf (+1) (12) 
5. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (+1) (16) 
6. Wahyu – Anuar Ariffin (+2) (2) 
7. Kurnia – Nowseeheart (-4) (16) 
8. GarisanMu – Izzat Mahadi (lagu baru) (1)* 
9. Rindu – Nur One feat. Hafiz Hamidun (-2) (8) 
10. Cabaran Hidup – Akhdan (-1) (5) 
Pencalonan Baru 
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow 
Seruan – Al-Farabi Band 
Sesungguhnya – Juril Jumali 
Ya Rabbi – Seveneightsix feat. In Heart & Irwan of Ruffedge 
Cuba Berikan – Ammar Hamdan*
Lagu Terkeluar 
10. Shalat Dulu – Iwan Syahman (11 minggu) 
Tetamu Minggu Ini: Anuar Ariffin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...