FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, February 28, 2012

Akan Datang Anugerah NC

Selamat Pengantin Baharu Wan Najran Saujana

Wan Najran dan isteri, Adlina Aini Afifi

Selamat pengantin baharu buat Wan Najran dan isteri, Adlina Aini Afifi yang telah selamat diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah pada bulan lepas, 22 Januari 2012.

Wan Najran yang merupakan ahli kumpulan Saujana telah bertunang dengan Adlina Aini pada 2011 dan memilih 20 Januari 2012 sebagai tarikh untuk mereka mengikat ikatan cinta mereka sebagai suami isteri.

Saujana dan Shahir AF bergambar bersama rakan mereka, Wan Najran yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini

Majlis Perkahwinan pasangan bahagia ini telah berlangsung dengan cukup meriah dengan dihadiri oleh ramai rakan artis dan sahabat handai. Turut tidak ketinggalan, semua ahli kumpulan Saujana bersama Shahir AF yang pernah menyertai Saujana satu ketika dahulu turut hadir menyerikan suasana.

Kepada Wan Najran dan isteri, kami di Munsyeed{Dot}Com ingin mengucapkan:

Barakallahu lakuma wa barakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.

sumber -Munsyeed{Dot}Com

Sumber gambar: Adlina Aini Afifi.


Monday, February 27, 2012

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 26/02/2012 (Minggu 7)

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 26/02/2012 (Minggu 7)

1. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (+1) (7)
2. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (-1) (6)
3. Kurnia – Nowseeheart (-) (7)
4. Shalat Dulu – Iwan Syahman (+1) (4)
5. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (-1) (7)
6. Aku Percaya – Aidil feat. Bob Yusuf (-) (3)
7. Mengejar Sempurna – Demascus feat. Ikram Mirwana (-) (6)
8. Ya Salam – Alwi Mustapha (lagu baru) (1)*
9. Segalanya Allah – Iwan Syahman (-1) (7)
10. Perang Dah Tamat – Malique feat. Rabbani (-1) (7)

Pencalonan Baru
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow
Seruan – Al-Farabi Band
Cabaran Hidup – Akhdan
Rindu – Nur One feat. Hafiz Hamidun
Sesungguhnya – Juril Jumali*

Lagu Terkeluar
10. Muslimah – Nazrey Johani (3 minggu)

Tetamu Minggu Ini: 6ixth Sense & Saujana

Thursday, February 23, 2012

VideoKlip: Nordin Jaafar- Alastu Bi Robbikum

Native Deen di Malaysia

25 Februari konsert kumpulan nasyid Native Deen dari Amerika Syarikat akan membuat persembahan di UIA. Konsert tersebuat bakal berlangsung di dewan Cultural Activity Centre.

Untuk maklumat lanjut :

Poster Native Deen di Malaysia


Dapatkan tiket di www.tickethotline.com atau klik SINI pada harga RM55, RM75, RM105.
Hubungi Saba Islamic Media atau Saofan+6016 276 6420 dan Kamal +6012 315 3988
Anjuran Nizal.com, Raudhatus Sakinah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Tambahan Nota : Kumpulan Nasyid Demascus akan membuat persembahan pembukaan nanti di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.. Jangan lepaskan peluang ini ye!!
KM: teringin nak tengok orang Islam Amerika buat persembahan.
sumber:kapakmerah

Tuesday, February 21, 2012

Bazar Sinar Sejahtera@Pekan rabu

Ulfah Pilihan Hati Imam Muda Hassan

Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan, Juara program realiti Imam Muda Oasis musim kedua kini sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Fadatul Ulfah Jamali selepas diijabkabulkan pada 17 Februari 2012 yang lalu.

Difahamkan, Imam Muda Hassan juga menyambut ulang tahun yang ke-27 pada tarikh yang sama.

Anak kelapan daripada sembilan beradik yang berasal dari Perak ini telah diijabkabul di Masjid Maarufiah, Parit Baru, Sabak Bernam pada jam 9.55 malam selepas solat Isyak.

Memperlengkapkan hantaran lelaki sebanyak sembilan dulang berbalas 11, Imam Muda Hassan telah dinikahkan oleh ayahanda Ulfah sendiri.

Majlis penyatuan dua hati ini menggunakan wang hantaran sebanyak RM 9999 dan RM666 sebagai mas kahwin.

Ulfah yang sedang menanti panggilan memulakan tugas sebagai pendidik kini sedang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya.

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai yang sama cantik dan sama padan ini.

Didoakan semoga pernikahan yang dibina berkekalan dan sentiasa diberkati Allah SWT. Moga-moga ikatan cinta yang terjalin dapat melahirkan baitul muslim yang sakinah dan mawaddah. InsyaAllah.

Selamat Pengantin Baru!

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair. –NK

Gambar : Studio Mukmin Fotovideo & Wafa Mukminah

sumber-nasyidkini

Allahyarham DJ Razak Selamat Dikebumikan


DJ Razak IKIM.FM

DJ Radio IKIM.FM, Abdul Razak Arbain yang meninggal dunia awal pagi tadi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bahol, Kinrara. Allahyarham yang berusia 46 tahun, telah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Pihak kami dimaklumkan, kemalangan tersebut berlaku apabila motorsikal yang ditunggang oleh allahyarham telah bertembung dengan sebuah lagi motorsikal dari arah bertentangan. Allahyarham pada ketika itu baru sahaja selesai menghantar anak bongsunya ke sekolah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosnani Binti Haji Dali dan 3 orang cahaya mata, 2 perempuan dan seorang lelaki.

Ramai rakan artis, warga IKIM.FM dan personaliti yang hadir menziarahi allahyarham antaranya Rabbani, Duan Saufee, Hafiedz Udu, Suffian Saujana, Azalinor Saujana, Hafiz Hamidun dan staff Arteffects International, penulis lirik terkenal Mohd Radzi Sulaiman (Ito Lara) dan isteri, Razin Mestica, Halim Devotees, Firdaus NasyidFM dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, beberapa orang pendengar setia IKIM.FM dan individu-individu yang popular dikalangan peminat nasyid seperti Mamazana dan suami, Ridhuan Husin wakil GAMIS, Kak Ina Sepang dan ramai lagi.

Halim Devotees, Hafiedz Udu, Firdaus NasyidFM, Firdaus EZ Qurban dan Ridhuan Husin GAMIS antara yang hadir

Suffian Saujana, azadan Rabbani, Ito Lara dan pihak IKIM.FM

Untuk rekod, allahyarham merupakan Juruhebah Sambilan di IKIMfm dan telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006. Sebelum berkhidmat di IKIMfm, beliau merupakan anggota tentera dan pernah ditempatkan di beberapa kem tentera seperti di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Rasah, Kem Wira Waja Janda Baik dan lain-lain. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah Radio Kementah (Mindef) di Cawangan Perhubungan Awam(PR).

Arwah Razak cukup disenangi peminat kerana begitu mesra melayan setiap panggilan dan permintaan pendengar. Beliau seorang yang tidak lokek senyum dan amat mesra dengan setiap orang ditemui. Di kalangan rakan sekerja, beliau merupakan rakan yang suka menolong dan membantu orang lain, walaupun ada ketikanya menyusahkan diri beliau sendiri. Setiap kali pertolongan diperlukan dari beliau, jarang beliau membantah atau memberi alasan tidak mampu melaksanakannya melainkan beliau menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya.

Gambar terakhir allahyarham bersama rakan sekerja sewaktu program Bonanza Hope 2 Walk.

Arwah juga sentiasa ikut serta turun padang bersama para penyampai IKIMfm yang lain. Terbaharu dan terakhir ialah apabila beliau bersama dalam program Bonanza Amal Hope 2 Walk di Muzium Negara, program anjuran Islamic Aid Malaysia dan IKIMfm dalam mencari dana membantu adik Annur yang mengidap Celebral Palsy.

Munsyeed{Dot}Com merakamkan ucapan takziah buat keluarga allahyarham dan seluruh warga kerja IKIM.FM. Marilah sama-sama kita berdoa semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan hamba-hamba ALLAH SWT yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.


sumber -Munsyeed{Dot}Com.

Sunday, February 19, 2012

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 19/02/2012 (Minggu 6)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 19/02/2012 (Minggu 6)

1. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (+1) (5)
2. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (-1) (6)
3. Kurnia – Nowseeheart (-) (6)
4. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (-) (6)
5. Shalat Dulu – Iwan Syahman (-) (3)
6. Aku Percaya – Aidil feat. Bob Yusuf (+1) (2)
7. Mengejar Sempurna – Demascus feat. Ikram Mirwana (-1) (5)
8. Segalanya Allah – Iwan Syahman (+2) (6)
9. Perang Dah Tamat – Malique feat. Rabbani (-1) (6)
10. Muslimah – Nazrey Johani (-1) (3)

Pencalonan Baru
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow
Seruan – Al-Farabi Band
Ya Salam – Alwi Mustapha
Cabaran Hidup – Akhdan
Rindu – Nur One feat. Hafiz Hamidun

Lagu Terkeluar

Tetamu Minggu Ini: Iwan Syahman

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 12/02/2012 (Minggu 5)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 12/02/2012 (Minggu 5)

1. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (-) (5)
2. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (-) (4)
3. Kurnia – Nowseeheart (-) (5)
4. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (-) (5)
5. Shalat Dulu – Iwan Syahman (+2) (2)
6. Mengejar Sempurna – Demascus feat. Ikram Mirwana (+4) (4)
7. Aku Percaya – Aidil feat. Bob Yusuf (lagu baru) (1)*
8. Perang Dah Tamat – Malique feat. Rabbani (-3) (5)
9. Muslimah – Nazrey Johani (-3) (2)
10. Segalanya Allah – Iwan Syahman (-1) (5)

Pencalonan Baru
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow
Seruan – Al-Farabi Band
Ya Salam – Alwi Mustapha
Cabaran Hidup – Akhdan
Rindu – Nur One feat. Hafiz Hamidun*

Lagu Terkeluar
8. As-Syafi – UNIC (4 minggu & 9 minggu dalam musim ke-4)

Tetamu Minggu Ini: Demascus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...