FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, July 26, 2011

Masrie terbitkan Album single Ramadhan

Bermulanya Ramadhan tahun ini,Kumpulan nasyid MASRIE bakal mengedarkan album single Ramadhan mereka dengan harga yang berpatutan,mengandungi 11 Track termasuk Single Ramadhan Mulia dengan 3 versi,versi asal,versi live percussion dan versi acapella,diselangi zikir dan terjemahan Hadis dan BONUS lagu Rasul Junjungan dan lagu Di Suatu Masa menampilkan penasyid solo Mizie,bakal berada dipasaran ramadhan ini,jualan hanya melalui pos..untuk tempahan album hubungi Hafiz 0195139837 ,harga cd audio hanya RM15.90 termasuk Pos.

Album Baru Nazrey Johani Permata Hati

Karya Terbaru Nazrey Johani




MESKIPUN sudah lama meninggalkan kumpulan nasyid popular, Raihan, Nazrey Johani tetap aktif berdakwah menerusi lagu nasyid dengan merantau hampir ke seluruh dunia.

Sejak bergerak secara solo, Nazrey sudah menghasilkan dua album, Syahadah dan Nasyid Nostalgia Memori The Zikr. Kini Nazrey tampil dengan album baru berjudul Permata Hati.


Menurut Nazrey, walaupun dia kini bergerak secara solo, usaha dakwahnya tetap diteruskan malah dia bekerja lebih keras lagi kerana terpaksa melakukannya secara bersendirian.


“Apa pun yang berlaku, perjuangan dalam Islam mesti diteruskan, tanpa mengira di mana, saya akan teruskan selagi Allah SWT berikan kudrat kepada saya untuk melakukannya.

“Alhamdulillah, meskipun kini saya bergerak solo sega�lanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Saya juga berharap dengan kelahiran album Permata Hati ini dapat memberi manfaat kepada peminat dan pencinta lagu nasyid tanah air,” katanya.

Permata Hati sesuai untuk didengar seisi keluarga kerana keluarga yang bahagia akan melahirkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni serta membentuk masyarakat yang penyayang.


Sepuluh lagu yang terdapat dalam album itu, Permata Hati, Muslimah, Kenali Nabi Cintai Nabi, Asmaul Husna, Kasih Mesra, Ya Nabi, Suara Kebenaran (duet bersama Salleh Brotherz), Yang Dicari, Nikmat Ujian dan I’tiraf.

Keistimewaan album ini terserlah pada kelunakan vokal Nazrey dengan gubahan muzik yang jelas dan sedap didengar. Di sebalik tabir album Permata Hati ini, ia membariskan nama besar seperti Salleh Brotherz dan semua ahli kumpulan Inteam bertindak sebagai penerbit.

Manakala pemuzik yang terbabit dalam pembikinan album ini termasuk Eddie Marzuki, Along Exist, Eddie Slam, Ramli Rebana, Steve Hassan Thornton dan Mohar.

Untuk menyempurnakan lagi keseluruhan pembikinan album ini, Zairi dan CL Teoh telah diamanahkan untuk menjadi juruadun dan mastering untuk album ini.

Dapatkan album Permata Hati di pasaran seluruh negara atau beli secara on-line di www.inteammobile.com pada harga RM22.90. Album itu adalah terbitan dan edaran Inteam Records Sdn Bhd.

Sumber :Harian Metro

fenomenasyid

Hijjaz terbitkan Album Nadamurni Ramadhan

Release Date: 25/07/2011
NADAMURNI 3 - Ramadhan Satu Anugerah
Penampilan Istimewa : IM Nuri
RM 25.90

1. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (Versi Baru)
2. Surah Al-Baqarah Ayat – 183
3. Naration Ramadhan
4. Amalan Ramadhan
5. Hakikat Ramadhan
6. Nasihat Ramadhan (Versi Baru)
7. Hormatilah Ramadhan
8. Rahsia Ramadhan
9. Ramadhan Bulan Berkat (Versi Baru)
10. Puasa
11. Harapan Di Bulan Ramadhan
12. Hikmah Ramadhan
13. Rahmat Ramadhan (Versi Baru)

Jika ingin mendapatkan album-album terbaru dan lama keluaran HIJJAZ RECORDS SDN BHD,
Sila hubungi bahagian pemasaran HIJJAZ RECORDS SDN BHD:
Pejabat : 03-77259676 begin_of_the_skype_highlighting 03-77259676 end_of_the_skype_highlighting | Encik Suhaimi : 019-2582899 begin_of_the_skype_highlighting 019-2582899 end_of_the_skype_highlighting | Encik Os Khir : 019-2996441 begin_of_the_skype_highlighting 019-2996441 end_of_the_skype_highlighting

Sidang Media Konsert Ana for Gaza dan Ramadhan Bersama Rabbani 2011

Berlangsung di Hotel Singgahsana jam 3 ptg semalam (20 Julai 2011), adalah Majlis Sidang Media Konsert Ana for Gaza dan Ramadhan Bersama Rabbani. Majlis ini juga disebut sebagai sidang media “4 dalam 1” kerana ia bertujuan untuk merasmikan Konsert Ana for Gaza dan Pelancaran Tabung gaza, melancarkan Produk Terbaru Ana Edar Sdn Bhd, melancarkan Ramadhan & Kesejagatan Iftar Hotel Singgahsana dan upacara Menandatangani Memorandum Persetujuan antara Hotel Singgahsana dan Kumpulan Rabbani.

Antara yang hadir dalam sidang media ini adalah En. Luqman Othman, Pengarah Urusan Ana Edar Sdn Bhd; Tuan Haji Rohizan Zainal, Pengurus Besar Hotel Singgahsana PJ; Pn. Nik Aziah, Timb. Pengarah Galeri ilmu, Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin, Pengerusi Haluan Palestin; Ust Sohibul Fadhil dan wakil-wakil dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nasyeed.com dan IKIM fm.

Penganjur utama Konsert Ana for Gaza iaitu Rabbani Productions Sdn Bhd dan Ana Edar Sdn Bhd berkata, konsert in bertujuan untuk mengutip dana sumbangan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza. Konsert ini akan menampilkan barisan kumpulan nasyid terkemuka tanah air seperti Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Aisyah, Dato’ Ustazah Norbahyah Mahmud, dan Datuk Dr. Ibrahim Ghafar.

Konsert Ana for Gaza akan diadakan pada 30 Julai 2011 di Stadium Terbuka Kajang. Bayaran masuk adalah percuma. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk Karnival Ana for Gaza yang akan berlangsung sepanjang 29 hingga 31 Julai 2011 di tapak stadium tersebut.

Penonton yang bakal hadir akan dipersembahkan dengan nyanyian, sketsa, pendeklamasian sajak dan puisi, serta penceritaan pengalaman dan perasaan sukarelawan misi bantuan keamanan ke Gaza yang diserang rejim Zionis baru-baru ini. tabung-tabung untuk mengutip dana akan diedarkan semasa persembahan sedang diadakan.

Mengenai Ramadhan bersama Rabbani pula, pihak Hotel Singgahsana Petaling Jaya berbesar hati mengadakan promosi berbuka puasa (iftar) dengan tema “Ramadhan dan Kesejagatan Iftar di Singgahsana”. Sambil berbuka, pengunjung akan didendangkan dengan irama nasyid “live” oleh Rabbani dan juga beberapa kumpulan nasyid terkemuka tanah air.

Selari dengan temanya iaitu “kesejagatan” atau “universal”, pihak hotel akan menghidangkan 200 jenis hidangan istiemewa dari pelbagai negara iaitu Moroco, Pakistan, Rusia, Cina, Jepun, Palestin, Itali dan tak lupa juga pelbagai hidangan istimewa tempatan. Selain itu juga, pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Sebanyak 10 cabutan bertuah akan dibuat setiap hari sepanjang Ramadhan.

Rabbani mempersembahkan lagu Intifadha’

Pelancaran Tabung Gaza

Pelancaran produk terbaru Ana Edar Sdn Bhd, susu kambing Power Goat.


Rabbani menandatangani memorandum persetujuan bersama Hotel Singgahsana Petaling Jaya


sumber:

Munsyeed.com

Hijjaz Pelawa Nash Lefthanded Rakam Single Ramadhan

Kebiasaannya, apabila Ramadhan menjelang, lagu-lagu raya akan berkumandang di radio-radio tempatan dan juga pusat membeli belah. Menyedari hal ini, kumpulan nasyid terkemuka tanahair, Hijjaz mengambil inisiatif mempelawa vokalis kumpulan Lefthanded untuk merakamkan sebuah lagu single berjudul Anugerah Ramadhan.

Pelawaan Hijjaz ini disambut baik oleh Nash Lefthanded yang bersetuju merakamkan single tersebut. Single Anugerah Ramadhan yang dinyanyikan oleh Nash merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Isman dari kumpulan Hijjaz. Lagu ini juga adalah terbitan Hijjaz Records Sdn Bhd.

sumber

MUNSYEED.COM

CARTA NASYID IKIM.FM 24/07/2011 (Minggu 122)


CARTA NASYID IKIM.FM 24/07/2011 (Minggu 122)

1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (5)
2. Kau Terhebat – Nur One (-) (10)
3. Keinsafan Diri – Fursan (-) (19)
4. Kita Berbeza – Demascus (-) (9)
5. Didakap Cinta – Aidil (+1) (3)
6. Hijrah – UNIC (+1) (4)
7. Hamba Mu – Mawi & Akhil Hayy (+3) (2)
8. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (-3) (14)
9. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (19)
10. Tragis – Fiq (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru
Iftitah – Instinct
Sujud Yang Damai – Rawiyani feat. Hurul Ain
Pergilah Dunia – Varianz
Seni Berjuang – Nowseeheart
Kembara – Fursan*

Lagu Terkeluar
8. Kembali Pada Mu – Mirwana (7 minggu)

EYE,Iwan & Rahmat (Ekamatra) Berubah Angin

Gelombang perubahan terus melanda dunia hiburan negara. Ada saja artis yang berubah angin ke arah negatif selepas melalui zaman kegemilangan masing-masing. Perubahan angin artis-artis tersebut bukan hanya melibatkan golongan rockers sahaja malah turut membabitkan penyanyi genre balada serta dangdut.

Itulah realiti yang terjadi terhadap kumpulan EYE, Iwan, dan Rahmat (Ekamatra).

Kumpulan EYE pernah menempah zaman populariti pada era 1980-an dan 1990-an melalui genre balada (jiwang).EYE telah menghasilkan 5 buah album sebelum ini iaitu Mekar, Satu Nukilan Abadi, Semakin Menjadi-jadi, Lebih Hebat Lagi dan Mahkota Impian. Namun setelah sekian lama menyepi, EYE tampil dengan satu konsep yang berlainan dengan sebelum ini.


EYE akhirnya muncul dengan album ketuhanan pertama, Nama Mu. Album ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Thaif, Alpa, Keikhlasanmu, Arah,Agung Cintaku dan sebagainya. Album ini diterbitkan oleh Otai Studio dengan mengekalkan 4 ahli asal EYE iaitu Izam, Amir, Bard dan Arbi. Album ini boleh didapati melalui laman rasmi Facebook mereka.

Iwan Syahman dengan album barunya
Bagi Iwan pula, perubahan yang dilakukannya turut berlainan dengan sebelum ini. Iwan sudah mencipta nama sebagai penyanyi dangdut terkenal namun kini beliau ingin dikenali sebagai Iwan Syahman. Berbekal dengan nama baru, Iwan Syahman kini tampil dengan album barunya,Segalanya Allah.

Album ini merupakan album terbaru keluaran Hijjaz Records. Lagu Segalanya Allah cukup syahdu jika dihayati.Tapi cara lenggoknya tetap sama seperti Iwan yang dahulu.


Rahmat (Ekamatra) turut melakukan perubahan. Sebelum ini beliau cukup terkenal sebagai penyanyi balada slow rock tapi kini,beliau menampilkan kelainan dengan membawakan konsep ala mawlay. Album berjudul Semarak Cinta Rasulullah tersebut menampilkan lagu-lagu selawat yang memuji kebesaran Baginda. Album terbitan Sofa Production boleh didapati melalui wakil jualan Yayasan Sofa.

sumber:
studiokini

Tuesday, July 19, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 17/07/2011 (Minggu 121)


CARTA NASYID IKIM.FM 17/07/2011 (Minggu 121)

1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (+2) (4)
2. Kau Terhebat – Nur One (-1) (9)
3. Keinsafan Diri – Fursan (-1) (18)
4. Kita Berbeza – Demascus (+1) (8)
5. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (-1) (13)
6. Didakap Cinta – Aidil (+3) (2)
7. Hijrah – UNIC (+1) (3)
8. Kembali Pada Mu – Mirwana (-2) (7)
9. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-2) (18)
10. Hamba Mu – Mawi feat. Akhil Hayy (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru
Iftitah – Instinct
Sujud Yang Damai – Rawiyani feat. Hurul Ain
Tragis – Fiq
Pergilah Dunia – Varianz
Seni Berjuang - Nowseeheart*

Lagu Terkeluar
10. Tasbih Cinta – Rayyan (3 minggu)

Wednesday, July 13, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 10/07/2011 (Minggu 120)

CARTA NASYID IKIM.FM 10/07/2011 (Minggu 120)

1. Kau Terhebat – Nur One (-) (8)
2. Keinsafan Diri – Fursan (-) (17)
3. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (3)
4. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+2) (12)
5. Kita Berbeza – Demascus (-1) (7)
6. Kembali Pada Mu – Mirwana (-1) (6)
7. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (17)
8. Hijrah – UNIC (+1) (2)
9. Didakap Cinta – Aidil (lagu baru) (1)*
10. Tasbih Cinta – Rayyan (-) (3)

Pencalonan Baru
Iftitah – Instinct
Sujud Yang Damai – Rawiyani feat. Hurul Ain
HambaMu – Mawi & Akhil Hayy
Tragis – Fiq
Pergilah Dunia - Varianz*

Lagu Terkeluar
8. Peribadi Unggul – Fursan (3 minggu)

Sunday, July 10, 2011

Ihab Terbitkan Beyond The Norm

Kehadiran artis baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap masa artis baru muncul untuk mencuba nasib mereka dalam dunia hiburan Malaysia.

Muzik berunsurkan ketuhanan,nasyid,dakwah dan nasihat juga turut menerima ramai pendatang baru dalam menyerikan dunia hiburan dakwah. Ihab turut mengambil peluang untuk mencuba nasib beliau dalam dunia hiburan Malaysia.

Atas dorongan ahli keluarga dan minat yang mendalam,Ihab atau nama sebenarnya,Muhammad Ihab Ismail, tampil dengan album pertamanya, Beyond the Norm.

Beyond the Norm menampilkan konsep ethnic soul (ala etnik kreatif).Konsep ini memang unik kerana tak ramai penyanyi berunsur dakwah menggunakan konsep ini dalam lagu atau album mereka.

Album ini memuatkan empat tracklist iaitu:

Pengantin Baru
Lyrics & Song: Ihab Ismail
Music Arrangement: Khairul Daniel
Artist: Ihab

Beyond The Norm
Lyrics & Song: Ihab Ismail
Music Arrangement: Rosli Ahmad
Artist: Ihab

Alf Mabrook [Arabic version of Pengantin Baru]
Lyrics & Song: Ihab Ismail
Music Arrangement: Khairul Daniel
Artist: Ihab

Come What May
Lyrics & Song: Mubaraq Ahmad & Ihab Ismail
Music Arrangement: Bob
Artist: Saiful, Ihab & Ala Qadamaya

Walaupun sekadar album mini tetapi album ini mampu memberi kepuasan kepada pendengar. Album terbitan RADC Recording & Studios boleh didapati serendah RM15 sahaja. Untuk pertanyaan hubungi HP: 013-9606839 atau email: elamoun@gmail.com.

sumber:
studiokini

KTI Kembali Dengan Program Amal Kau Di Hatiku 4

Komuniti Teman Inteam (KTI) buat kali yang ke-4 akan menganjurkan Program Amal Kau Di Hatiku 4 pada 10 Julai 2011. Program yang bertemakan amal kebajikan ini akan berlangsung di Taman Botani Shah Alam dan Muzium Kesenian Islam Negeri Selangor.

Program Amal Kau Di Hatiku merupakan program yang memberi fokus kepada anak yatim, golongan OKU dan warga emas. Pada tahun ini, KTI telah memilih untuk meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Permata Hatiku, Jalan Gombak. Pihak kami difahamkan, anak-anak yatim ini akan dibawa ke Taman Botani Shah Alam untuk menikmati keindahan alam semulajadi disamping aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Berikut adalah butiran lanjut program amal Kau Di Hatiku 4:

Tarikh: 10 Julai 2011
Tempat: Taman Botani Negara (formerly known as Bukit Cerakah), Shah Alam
Masa: 8.30am – 5pm
Bayaran: RM30*
Artis terlibat: Inteam

———————————————————————————

Tentatif program:

8.30 – 9.00 am: Pendaftaran Ahli-ahli KTI
9.00 – 9.30am: Adik-adik angkat (anak yatim) tiba di Taman Botani
Sarapan pagi
9.30 – 10.00am: Taman Botani Mini Tour menaiki shuttle bus
10.00 – 10.15am: Briefing ringkas dan warm up
10.15 – 11.00am: KDH-Race
11.00 – 12.00pm: Rehat / persembahan
12.00 – 12.30pm: Makan tgh hari
12.30 – 1.00pm: Bergerak ke Masjid Negeri
1.00 – 2.00pm: Khidmat diri & solat Zohor
2.00 – 3.30pm: ke Muzium Kesenian Islam (Pameran Pedang Rasulullah)
3.30 – 4.00pm: Pengumuman pemenang KDH-RACE dan penyampaian hadiah
4.00 – 4.30pm: Minum petang
4.30 – 5.00pm: Solat Asar dan bersurai
5.00pm: Bersurai
Pendaftaran masih dibuka. Untuk pendaftaran, sila klik link berikut: (Klik Disini). -MUNSYEED.COM

Wednesday, July 6, 2011

Dhuha Belajar Kerana Ilmu :: Studiokini

Dalam mencapai kejayaan, kaedah pembelajaran sememangnya memainkan peranan penting. Keunikan dalam mencari ilmu memang tidak boleh dinafikan.

Bagi kumpulan Dhuha, konsep pembelajaran yang hanya memfokuskan kepada peperiksaan (exam oriented) bukanlah satu pendekatan yang bijak. Apa yang penting ialah pembelajaran yang benar-benar membina insan dengan menggunakan konsep pelajar kerana ilmu,bukan kerana peperiksaan.

Bagi pengurus Dhuha,Aidahaniza Abdul Wahab, dia dan suami, Shazly Abdullah ingin anak-anak mereka menggunakan teknik pembelajaran yang berbeza berbanding di sekolah.

"Bukan tidak percaya dengan pengajaran di sekolah tetapi kami mahu mendidik mereka belajar kerana ilmu bukan mahu lulus dalam peperiksaan," katanya yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah.

Selain konsep pembelajaran mencari ilmu, menurut Aidahaniza, Dhuha juga telah dibahagikan masa antara kerjaya sebagai artis dan pelajar.

Dhuha kini muncul dengan album terbaru Mari Belajar Bahasa Arab yang berkonsepkan pendidikan belajar sambil berhibur.

Dhuha dianggotai oleh tujuh orang adik beradik iaitu Nusaybah, 16, Nasihah, 14, Rumman, 12, Zaidan, 10, Ajwah, 8, Hamied Kishk, 5 dan Safinatunnaja, 3.

Jom Menyanyi Bahasa Arab memuatkan sebanyak 14 buah lagu popular yang mudah dihafal seperti Selamat Hari jadi, Di Rumah Kami, Hari-Hari, Tubuh Badan Saya dan Alatan Belajar.

"Dalam album ini, lirik pada setiap lagu-lagu tersebut sama sahaja seperti yang dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia, cuma ia dialih bahasakan ke bahasa Arab," ujar Aida.

Dalam pada itu, kumpulan tersebut turut didedahkan dengan penggunaan alatan muzik seperti gitar, piano dan biola.

"Sebelum ini suami saya pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir jurusan dakwah.

"Dia sendiri melihat keperluan hiburan untuk berdakwah mendidik masyarakat adalah cara yang paling efektif. Sebab itu kami ingin Dhuha turut mengusai ilmu muzik juga," katanya.

sumber:
studiokini

Sunday, July 3, 2011

Penjenamaan semula dari Masry ke MASRIE


Baru-baru ini kumpulan nasyid Masry telah mengalami pembubaran akibat dari permasalahan dalaman kumpulan dan syarikat,namun dengan semangat berjuang yang perlu diteruskan dalam bidang dakwah melalui nasyid ini,akhirnya pihak syarikat bersetuju untuk menubuhkan semula kumpulan ini dan mendapat kerjasama daripada syarikat Miftah Sound Enterprise milik penyanyi asal Masrie sejak tahun 2000 iaitu saudara Yusuff Nasurdin,akhirnya setelah persetujuan dibuat kini kmp nasyid Masry dijenamakan semula dengan menggunakan ejaan asal kump sejak tahun 2000 yang ditubuhkan oleh saudara Yusuff sendiri.iaitu MASRIE,kami berharap peminat2 nasyid yang keliru dengan pembubaran Masry yang berlaku baru2 ini dapat menerima penjenamaan semula kumpulan ini dengan ejaan MASRIE,masih bernaung di bawah syarikat JME dan blog masrymusic adalah milik syarikat jadi url blog tidak akan ditukar untuk memudahkan peminat mengakses, Jom LIKE facebook page terbaru mereka Masrie .

ahli terbaru Masrie ialah Yusuff,Hafiz,Rozairin

Facebook: http://www.facebook.com/pages/Masrie/127213660697011

Blog Masrie : http://masrymusic.blogspot.com/

Nota: Masrymusic merupakan blog yang menguruskan promo/aktiviti artis di bawah syarikat JME

Nasyid Adalah Dakwah – Along Safa :: Munsyeed.com

Kumpulan nasyid bertaraf antarabangsa, Raihan. -Gambar sekadar hiasan.

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di Harian Metro yang memetik pandangan seseorang berkaitan dakwah menerusi lagu. Insan yang memberi pandangan tersebut adalah Izam vokalis kumpulan E.Y.E. Sebagai seorang yang menyelosori dunia hiburan terutama menerusi nasyid, saya berasa seperti ‘dilempang’ oleh seorang yang saya anggap mengeluarkan kenyataan secara melulu.

Jika mahu mentafsir dan menterjemah maksud kata dakwah itu sendiri, ianya akan membawa ke satu pengetian yang luas. Konsep asas dakwah adalah mengajak. Apa yang dilakukan oleh kumpulan tabligh yang disertai Izam itu memang betullah. Mengajak orang pergi ke surau, mendengar ta’alim, keluar ‘di jalan Allah’, pergi rumah ke rumah. Persoalannya, itu sahajakah dakwah?

Sebagai seorang ‘ahli’ dalam jemaah tabligh, saya mengesyorkan agar beliau tidak terlalu merasakan hanya di pihak beliau sahaja yang benar segala-galanya. Saya yakin, ramai orang tidak mempertikai kaedah dakwah melalui tabligh, tetapi jangan sesekali melabel orang lain yang tidak menyertai tabligh dengan pandangan sinis dan asing.

Dakwah dewasa ini skopnya terlalu luas. Baginda Rasulullah memang kita tidak ada dengar riwayat yang menyatakan baginda berdakwah dengan menyanyi. Tetapi baginda tidak melarang berdakwah dengan nyanyian. Jika tidak, mengapa baginda membiarkan sahaja anak-anak muda yang menyanyi-nyanyi menyambut kedatangan awal baginda ke kota Madinah.

Nasyid adalah dakwah. Malah apa sahaja perkara yang mengajak ke arah kebaikan, itu juga dakwah. Ajak lah ke arah kebaikan, dia telah berdakwah. Seorang kawan mengajak kawan yang lain solat juga adalah dakwah. Dakwah tidak terlalu khusus hanya berjalan dari rumah ke rumah!

Rujukan:

KUALA LUMPUR: “Tidak pernah wujud dakwah menerusi lagu. Kalau kita boleh berdakwah dengan hanya menyanyi, sudah tentu Rasulullah s.a.w melaksanakannya terlebih dulu,” kata vokalis kumpulan E.Y.E, Izam mengenai segelintir penyanyi nasyid yang sering menggunakan kenyataan mereka berdakwah menerusi lagu ketuhanan.

Izam atau nama sebenar, Mohd Izam Mohd Arshad, 43, berkata ada dua hak yang perlu dilakukan pendakwah iaitu berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah mengajak melakukan ibadat dan kebaikan serta berdoa kebaikan pada sepertiga malam menerusi solat tahajud.

“Kemudian ia menjadi hak Allah untuk memberi hidayah, itu usaha dakwah tetapi saya dapati ada penyanyi yang mengatakan dia berdakwah melalui lagu dan ada yang mengeluarkan kenyataan menghina selepas meninggalkan dunia hiburan.

“Saya tidak pernah tinggal dunia hiburan dan masih menyanyi tetapi bukan lagi lagu bertemakan percintaan sesama manusia sebaliknya cinta hamba kepada Allah bagaimanapun ia bukan dakwah. Saya membuat album sebab saya seorang penyanyi dan saya berdakwah mengikut apa yang dilaksanakan Rasulullah iaitu berjumpa orang ramai,” katanya yang menyertai tabligh sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, untuk menarik orang kepada kebaikan memerlukan seorang pendakwah menggunakan pendekatan berlembut dengan menceritakan ganjaran Allah kepada hamba mengikut semua perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

“Tapi saya lihat ada artis yang sekarang ini menjadi pendakwah terus mengeluarkan kenyataan keras dan menghentam, perkara ini menyebabkan orang semakin jauh. Berdakwah kepada orang dilahirkan Islam tetapi tidak menurut ajarannya sangat sukar kerana mereka mempunyai ilmu tetapi lemah iman.

“Kita tidak boleh terus menghukum dengan menceritakan ancaman dan balasan buruk daripada Allah sebaliknya yakinkan orang Allah Maha Pengampun serta Maha Pengasih. Bila iman mereka meningkat baru kita ceritakan sedikit demi sedikit ancaman jika melakukan perkara mungkar.

“Selepas menyertai tabligh, jika saya berjumpa dan mengajak orang ramai melakukan kebaikan bukan untuk orang itu saja tapi menasihatkan diri sendiri supaya melaksanakan perkara sama,” katanya. Izam berkata, walaupun menyertai gerakan dakwah namun kumpulan E.Y.E menerbitkan album terbaru berjudul Nama Mu berkonsepkan ketuhanan yang dijual menerusi laman sosial Facebook.

sumber:

munsyeed.com

Artis solo Baru Ery Ma'arof

Enyi dan penghibur yang berjaya pada suatu hari nanti. Merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik beradik, Ery Ma’arof mula menceburkan diri ry Ma’arof atau nama sebenar DAING ZAIRI BIN MA’AROF, berasal dari Ayer Hitam Batu Pahat JOHOR, berusia 27 tahun.

Anak kelahiran Johor ini sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang berjaya pada suatu hari nanti. Merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik beradik, Ery Ma’arof mula menceburkan diri ry Ma’arof atau nama sebenar DAING ZAIRI BIN MA’AROF, berasal dari Ayer Hitam Batu Pahat JOHOR, berusia 27 tahun.

dalam bidang nyanyian pada usia seawal 11 tahun. dalam bidang nyanyian pada usia seawal 11 tahun.

Kelahiran single yang berjudul ”ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM” ini adalah cubaan pertama Ery Ma’arof di bawah bimbingan Saudara Saari Amri (pada tahun 2011) yang dicipta sepenuhnya oleh Saari Amri sendiri yang bergenre World Music . Dalam album ini juga turut dimuatkan lagu baru sentuhan sdr. Saari Amri berjudul “Tak Takut” yang bergenre Pop Rock. InsyaALLAH.


Berbekalkan tunjuk ajar dan bimbingan Saari Amri diharap lagu yang terdapat dalam single Ery Ma’arof ini dapat diterima oleh semua peminat muzik tempatan.



UNTUK JEMPUTAN PERSEMBAHAN DAN PROMOSI

HUBUNGI : Pengurus , Sara : H/P no : 0176490473




CARTA NASYID IKIM.FM 03/07/2011 (Minggu 119)

CARTA NASYID IKIM.FM 03/07/2011 (Minggu 119)

1. Kau Terhebat – Nur One (-) (7)
2. Keinsafan Diri – Fursan (-) (16)
3. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (+2) (2)
4. Kita Berbeza – Demascus (+4) (6)
5. Kembali Pada Mu – Mirwana (-2) (5)
6. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (-2) (11)
7. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-1) (16)
8. Peribadi Unggul – Fursan (+1) (3)
9. Hijrah – UNIC (lagu baru) (1)*
10. Tasbih Cinta – Rayyan (-) (2)

Pencalonan Baru
Didakap Cinta – Aidil
Iftitah – Instinct
Sujud Yang Damai – Rawiyani feat. Hurul Ain
HambaMu – Mawi & Akhil Hayy*
Tragis – Fiq*

Lagu Terkeluar
7. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (8 minggu)
Santun Berpesan – Castury feat. Ayati Tasrip (pencalonan baru)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...