FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, May 25, 2011

Mu’adz & Izzatul Islam Bakal Gegar Semangat Jihad di UIA

Masjid UIAM, Kelab Sukarelawan Masjid UIAM, Kelab Al-Salam UIAM dan Kelab Sahabat Al-Aqsa UIAM akan menganjurkan sebuah Konsert Amal yang bakal menemukan 2 ikon nasyid yang cukup popular- Mu’adz Dzulkefly dan Izzatul Islam.

Konsert Amal ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk segala kerja-kerja dakwah yang bakal dilaksanakan sepanjang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Butiran mengenai konsert adalah seperti berikut:

Hari: Ahad
Tarikh: 29.Mei.2011
Masa: 8malam
Tempat: Main Auditorium UIAM, Gombak.
Harga Tiket: RM5.00 sahaja.

Untuk pembelian tiket, sila hubungi
Syakir 013-6188611
Norli 013-2217096

Monday, May 23, 2011

Anuar Ariffin - Artis Nasyid Solo


Beliau merupakan seorang peminat irama lagu-lagu ketuhanan sedari zaman remajanya lagi. Dengan berkat kesungguhan dan kesabarannya selama ini didalam menunggu hari dan masa yang sesuai, akhirnya beliau telah berjaya terbit dengan single solo pertamanya yang berjudul "ANUAR ARIFFIN". Didalam single ini juga telah dimuatkan sebanyak dua buah lagu yang berkonsepkan Muzik Soul-Pop Ketuhanan.

"Kekasih" yang merupakan sebuah lagu berentak perlahan yang dijangkakan akan mendapat tempat dihati pendengar dengan teknik penyampaian lagu ini yang cukup segar dengan teknik Soul yang tersendiri. Bait-bait lirik yang berunsurkan ketuhanan juga turut diyakini akan berjaya membuatkan setiap pendengar merasai akan kebesaran pencipta yang maha agung.

"Wahyu" pula adalah sebuah lagu yang berirama "Melankoli" yang dimana cara nyanyiannya telah disampaikan dengan teknik nyanyian yang rancak dan bertenaga. Liriknya yang bercerita tentang "Wahyu" yang diturunkan kepada rasul terpilih untuk dijadikan panduan umat manusia didunia.

Sebagai mewarnai dan mempelbagaikan lagi irama lagu-lagu yang sedia ada pada masa kini, single yang telah dilahirkan oleh penyanyi ini diharapkan akan terus mendapat tempat dihati peminat dan pendengar muzik tanah air masa kini.

Bersandarkan moto "Ikhlas dan Bersangka Baik" didalam kehidupannya, penyanyi ini amat berharap single ini berjaya menjadi inspirasi kepada dirinya untuk menjadi seorang insan yang lebih bermakna dari masa ke semasa.

Insyaallah, dengan keizinan Allah s.w.t sama-samalah kita semua berdoa akan kejayaan sahabat kita ini didalam perjuangan seninya ini.





















KTI Anjur Outing Photography Bersama Firdaus Mahadi :: munsyeed.com

Komuniti Teman Inteam (KTI) akan menganjurkan sesi Outing Photography Bersama Firdaus Mahadi. Program berkonsep santai ini akan membantu para peserta mendalami ilmu fotografi dari aspek teori mahupun amali.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 Jun 2011 (Ahad)
Tempat : Kawasan berhampiran Masjid Besi, Putrajaya
Jumlah peserta : 30 orang
Yuran : RM30

Tentatif

7.30 pagi : Pendaftaran para peserta
8.30 pagi : Pembelajaran secara teori
10.30 pagi : Praktikal mengambil gambar (Sesi 1)
11.30 tghari : Makan tengahari
12.30 ptg : Rehat & Solat Zohor
2.00 ptg : Praktikal mengambil gambar (Sesi 2)
3.15 ptg : Sesi Soal Jawab
4.15 ptg : Solat Asar
5.00 ptg : Bersurai

Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Untuk maklumat lanjut, layari Komuniti Teman Inteam.

Untuk rekod, Firdaus Mahadi merupakan seorang photographer profesional yang terkenal dengan hasil sentuhan kreatif beliau. Beliau yang juga Sifu seni khat di USIM pernah terlibat dalam sesi fotografi untuk kulit album Hijjaz dan hasil kerja kreatif yang lain. Pada awal tahun ini, Firdaus Mahadi telah dilantik oleh Inteam Records dan para penganjur Maher Zain Live In Concert 2011 untuk menjadi photographer rasmi konsert bertaraf antarabangsa tersebut. Untuk melihat lebih dekat hasil sentuhan kreatif beliau, layari www.firdausmahadi.com. (Laman web rasmi Firdaus Mahadi). -MUNSYEED.COM

MZM-FC Lancar Tabung Bantu Mangsa Bencana

Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) menunjukkan keprihatinan mereka terhadap mangsa kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat dengan melancarkan Tabung MZM-FC semalam.

Kejadian tanah runtuh yang melibatkan penghuni Rumah Anak Al-Taqwa, Hulu Langat ini mendapat perhatian Pengasas MZM-FC, Saudara Fairuz yang kemudiannya menjalankan survey di Facebook MZM-FC sebelum melancarkan Tabung MZMFC tidak lama selepas itu.

Tabung yang baru dilancarkan semalam, mendapat respon positif daripada ahli MZM-FC yang berjumlah hampir 200,000 ahli apabila sehingga kini sudah mengumpulkan sebanyak RM1,160 dan jumlahnya semakin meningkat.

Tabung yang dilancarkan bermula semalam dijangka akan berakhir pada 31.Mei.2011. Walau bagaimanapun, menurut Fairuz, tempoh kutipan derma akan dilanjutkan bergantung pada keadaan.

Derma boleh disalurkan dalam bentuk wang ringgit melalui :
Bank : RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama : MUSLIM CARE

Bagi memudahkan urusan merekod, pihak MZMFC berbesar hati untuk meminta kepada para penderma untuk memberikan maklumat yang berikut sesudah bank in :

a) Nama penderma *(jika tidak diisi pun tidak mengapa)
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in

Maklumat di atas perlulah di emailkan ke :
tabungmzmfc@gmail.com.

Tabung MZMFC ini juga dibuka kepada mana-mana individu samada ahli MZMFC mahupun yang bukan ahli yang berminat untuk menyumbang bagi membantu meringankan mangsa kejadian tanah runtuh tersebut. -MUNSYEED.COM

Majlis Hi-Tea Untukmu Ibu Meriah :: munsyeed.com

Ibu ratu hatiku. Jasa dan pengorbanan ibu itu tidak terhingga. Sempena menghargai jasa dan pengorbanan ibu – ibu, Rabbani mengadakan majlis hi – tea bersama dengan artis undangan, Aisyah dan juga Dato’ Ustazah Siti Norbahyah pada 8 Mei 2011 bersamaan 4 Jamadilakhir 1432 H.

Majlis bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Majlis dihadiri oleh pengunjung seramai 300 orang yang terdiri daripada barisan ibu-ibu bersama keluarga, ibu – ibu tunggal dan juga peminat – peminat Rabbani. Turut hadir bersama ialah bonda kepada Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan seisi keluarga yang kelihatan cantik berpakaian sedondon.

Majlis bermula jam 2.30 petang dengan ketibaan tetamu dan bacaan doa oleh juruacara majlis Suffian Amrin . Pelbagai persembahan dan acara diadakan bagi meraikan tetamu yang hadir petang itu. Antaranya, persembahan Rabbani dengan lagu Ya salam, Ibu, Ibu oh Ibu dan Ibu Mithali , persembahan Dato’ Ustazah Siti Nur Bahyah yang dimulakan dengan pantun.

Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran ‘Aisyah yang menyampaikan lagu yang menusuk jiwa, “Syurga di telapak kaki ibu” dan lagu duet bersama Rabbani, “Berkorban apa saja” hingga membuatkn para hadirin mengalirkan air mata. Majlis petang itu turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah kepada para tetamu. Hadiah-hadiah ditaja oleh Ana Edar Sdn.Bhd., Kels Spirulina, Galeri Ilmu Sdn.Bhd., Uzai Marketing.

Penampilan istimewa Adik Mohd. Ilham Fikri anak kepada Almarhum Ustaz Asri, salah seorang anggota Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009. Beliau menyanyikan lagu “Untukmu Ibu” dan membacakan doa kesejahteraan ibu-ibu dan juga keluarga.

Antara acara yang di tunggu-tunggu hadirin yang hadir adalah pakej umrah tajaan daripada Rabbani Travel & Tour Sdn. Bhd. dan Adibah Noor. Insan bertuah yang memenangi pakej umrah pada petang itu ialah Puan Siti Haida binti Mansor dari Desa Pandan dan Y.M Tunku Maharon Tunku Mukhtar yang hadir bersama anak dan menantunya, Lah, salah seorang anggota V.E..

Tidak ketinggalan juga pemenang bertuah yang menerima satu dinar emas Rabbani yang akan mula berada di pasaran dalam waktu terdekat. Di samping itu, majlis turut diserikan dengan acara memotong kek oleh Dato’ Siti Norbahyah dan Aisyah. Majlis yang julung-julung kali dianjurkan oleh Rabbani Productions (M) Sdn.Bhd. ini diadakan bagi meraikan insan-insan bergelar ibu berakhir jam 5.30 petang. -MUNSYEED.COM

p/s: Gambar ihsan Rabbani Production Sdn Bhd.


sumber:

munsyeed.com

Pertandingan Nasyid Sketsa Untuk Gaza 2011

Shahiran Production dengan kerjasama Firqatu Az-Zahra, Leia Az-Zahra Justin Abdullah bakal menganjurkan sebuah pertandingan nayid yang diberi nama PERTANDINGAN NASYID SKETSA UNTUK GAZA 2011 bakal diadakan pada 4 Jun 2011.

Dengan tema Kemanusian, Palestin dan Gaza, pertandingan yang bakal diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam itu membuka penyertaan kepada semua bakat-bakat nasyid, dengan keutamaan kepada para pelajar Sekolah Menengah dan IPT

Menariknya, para peserta juga disyaratkan untuk membuat sketsa bertemakan Palestin yang perlu diselitkan dalam persembahan yang berdurasi 10 minit.

Untuk pertanyaan dan penyertaan, bolehlah menghubungi urusetia seperti yang tertera dibawah
1.Inbox Facebook Cahaya Sanubari atau Izzul Shuhada’ atau Faiz Insyirah.
Atau
2.Email: shahdam_19@yahoo.com atau syera.nami@gmail.com atau mawar_annisa89@yahoo.com.
Atau
3. Hubungi:

  1. saudari atyqa :- 017-9569786
    2. Cik Izzul Shuhada’:013-3119474
    3.Cik Faiz Insyirah: 017 9597135

Laman Facebook Event: http://www.facebook.com/event.php?eid=131828543562327

Tentatif Program:
2.00 petang: Pendaftaran.
3.00 petang: Saringan.
4.00 petang: deklamasi PUISI Bersama sahabat PENA
8.00 malam: Pertandingan Akhir.
9.00 malam: Persembahan ARTIS jemputan
10.30 malam: Penyampaian Hadiah dan Penutup.

Tarikh Tutup :-

1. Penyertaan: 25 Mei 2011.
2. Serahan maklumat kumpulan dan bayaran 28 Mei 2011.
3. Serahan Lirik lagu 1 Jun 2011.

Preview Munajat Kasih - Azwan

Melayan kelunakan suara Azwan Ibrahim sungguh mengasyikan. Gaya taranum penyanyi nasyid ini yang teralun dalam album solo pertamanya, Munajat Kasih tampak begitu meyakinkan, lantas menjadi tarikan utama album ini.

Dalam album yang mengandungi zikir, doa dan beberapa lagu nasyid, ternyata bakat yang ada pada beliau terlalu besar. Bermula dengan track Ana Al-abd’, Azwan konsisten dengan alunannya, dan ia menjadi sebahagian yang mewarnai album ini.

Antara lagu yang menjadi ‘killer song’ dalam album ini ialah Munajat Kasih dan Syahdu. Menariknya, album ini diwarnai dengan susunan muzik daripada music arranger yang sedang meningkat naik, Wan Salehuddin. Malah, nama Along Exist yang selalu terbabit dalam penerbitan album-album nasyid tempatan turut terbabit dalam produksi album terbitan Wahyu Suci ini.

Selain itu, sebuah lagu malar segar bertajuk Sifatullah turut termuat dalam album terbitan Ito Lara ini. Rangkaian zikir dan selawat yang dibawa, adakala terasa begitu menusuk kalbu, dek melayan kelunakan suara Azwan.

Sebuah album yang harus dimiliki pada tahun ini. Malah, tidak segan untuk kami katakan bahawa rilisan ini adalah antara rilisan nasyid terbaik setakat separuh tahun 2011!


sumber:

munsyeed.com

Al-Mawleed Beri Sinar :: Studiokini


PENGHIJRAHAN bekas ahli kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff kepada seorang pendakwah bebas menerusi penghasilan lagu-lagu berbentuk kerohanian diterima positif segenap pihak.

Malah, perubahan lelaki berusia 34 tahun itu turut memberi impak kepada rakan-rakan artis lain yang kini selesa duduk bersama Amer mendalami ilmu agama serta mendekatkan diri dengan Allah.

Bermula dengan mengikuti kelas agama dan menyertai beberapa majlis berbentuk keagamaan telah membuka satu dimensi baharu buat tujuh anak seni yang kini menjadi ahli kumpulan Al-Mawleed.

Apa yang menarik, Al-Mawleed dianggotai bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal suatu ketika itu iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo.

Penglibatan Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) dan Amer sendiri menjadikan Al-Mawleed satu gabungan unik dan mantap.

Bercakap bagi pihak Al-Mawleed, Pot memberitahu Al-Mawleed sebenarnya diasaskan daripada komuniti yang diwujudkan Amer yang banyak menganjurkan majlis-majlis selawat di masjid-masjid.

“Al-Mawleed dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai komuniti ini dan kami hanya bertindak sebagai duta sahaja bagi menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti yang komuniti kami jalankan.

“Kami telah merakamkan sebuah lagu berjudul Belaian Jiwa 1432 tetapi kami tidak mempunyai sebarang perancangan bagi merakamkan album di bawah nama Al-Mawleed.

“Lagu tersebut hanya akan dimuatkan di dalam album baharu saya, album Amer dan juga album Lah. Jadi orang ramai boleh memilih untuk membeli antara tiga album itu,” jelas Pot yang kini merupakan ahli kepada grup Rosin.

Kewujudan Al-Mawleed merupakan satu antara wadah bagi menarik lebih ramai anak muda menyertai komuniti mereka serta mengikuti kelas keagamaan yang diadakan setiap hari Jumaat (selepas solat Isyak) di surau Al-Hidayah, Keramat AU3.

Walaupun kini aktif dengan aktiviti dakwah, Pot tidak merasakan ia satu sekatan buat dirinya dan ahli yang lain meneruskan aktiviti seni lain seperti biasa.

“Kebanyakan daripada kami masih mempunyai kerjaya dalam grup masing-masing dan ada juga yang bergerak secara solo, jadi kami masih aktif dengan muzik seperti dahulu.

“Cuma kami akan mengosongkan segala aktiviti seni menjelang hari Jumaat bagi memberi ruang untuk kami semua berkumpul dan menumpukan kepada komuniti kami,” ujar Pot.-KOSMO


sumber:

studiokini

Tuesday, May 17, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 15/05/2011 (Minggu 113)


CARTA NASYID IKIM.FM 15/05/2011 (Minggu 113)

1. Kerana Doa – Nowseeheart (-) (23)
2. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (10)
3. Keinsafan Diri – Fursan (+1) (10)
4. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+1) (5)
5. Kau Terhebat – Nur One (lagu baru) (1)*
6. Seindah Bicara – Instinct (-3) (8)
7. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (+3) (3)
8. Insan Terulung – R-iF feat. Amar (-) (4)
9. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (-2) (6)
10. Pahlawan Gaza – Saujana (-4) (11)

Pencalonan Baru
Ya Robbi – Burn & Soul
Lumrah Kehidupan – Castury
Kita Berbeza – Demascus
Peribadi Unggul – Fursan*
Kembali Pada Mu – Mirwana*

Lagu Terkeluar
9. Anak – Aisyah (8 minggu)
Meniti Cinta – Nusrah (pencalonan baru)

sumber:
http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/

Album Baru In-Track

Anugerah Cinta-Nya (2010)


Album Pertama

Album pertama In-track berjudul Anugerah Cinta-Nya menampilkan lagu-lagu seperti:

  • Anugerah CintaNya
  • Perjuangan Hidup
  • Nilai CintaMu
  • Ku Cinta Islam

Sila lawati Preview Album Anugerah Cinta-Nya di laman Facebook In-track



Gazaku Menangis (2011)

Gazaku Menangis, album kedua In-Track, hadiah teristimewa buat teman-teman In-Track yang telah menunggu kemunculannya dengan penuh sabar buat sekian lama.

Album kali ini cukup istimewa buat In-Track kerana ini adalah album penuh pertama setelah kelahiran album EP yang pertama setahun yang lepas, Anugerah Cinta Nya (2010). Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album penuh ini adalah sepenuhnya ciptaan Mohd Zul Zamri dan In-Track.

Album yang berkonsepkan cinta universal ini mengangkat tema kemanusiaan untuk menjadi mesej utama untuk dipaparkan di kulit album. Secara keseluruhannya, album ini menyentuh aspek Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada ibu bapa, cinta kepada rakan dan saudara, cinta keamanan dan cinta kepada kecemerlangan dan kejayaan.

Berikut adalah review dan sorotan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Gazaku Menangis ini :

1. Cahaya Dinanti

Lagu yang menjadi pembuka kepada album ini membawa pendengar ke saat tibanya Rasulullah s.a.w di kota Madinah di dalam peristiwa hijrah dari Kota Mekah ke kota Madinah. Keriangan dan kegembiraan jelas digambarkan dalam susunan lagu dengan rentak yang rancak dan menghiburkan. Lagu ini menggabungkan konsep nasyid asli dan muzik moden seperti RnB dan hip hop beat dalam melodi dan susunan muziknya.

2. Gazaku Menangis

Lagu melankolik ini memaparkan kesedihan dan kesengsaraan saudara kita di Gaza, Palestin. Dengan iringan muzik orkestra dan vokal koir, lagu ini cuba menggamit hati dan perasaan pendengar kepada krisis yang berlaku di rantau sana. Lagu yang cukup istimewa ini diangkat menjadi tajuk album In-Track kali ini.

3. Anugerah Cinta Nya

Lagu yang menjadi tajuk album EP In-Track ini kembali dimuatkan dalam album penuh ini sebagai penampilan khas. Lagu yang dipersembah secara akustik ini bersifat sederhana dan santai tanpa disaratkan dengan komposisi yang terlalu penuh. Cukup dengan petikan gitar dan vokal harmoni, insyaAllah lagu ini antara track yang bakal menjadi pilihan anda.

4. Bisikan Taubat

Jika sebelum ini In-Track menampilkan 2 watak utama sebagai vokal solo (Zul Zamri & Ikrima), kali ini In-Track menampilkan vokal saudara Faizal,Fadzril dan Ajmal melalui lagu ini. Lagu munajat ini disampaikan dengan penghayatan dan penuh puitis bagi meninggalkan kesan keinsafan kepada pendengar. InsyaAllah.

5. Ku Cinta Islam

Lagu ini merupakan sebuah lagi lagu dari album EP In-Track yang turut dimuatkan sebagai penampilan khas di dalam album ini. Lagu nostalgia yang menyatukan In-Track ini bersandarkan pada melodi yang‘catchy’ dan susunan muzik rancak ala latin jazz untuk mengajak pendengar menghayati mesej yang mudah di dalam bait liriknya.

6. A.Y.A.H (Anugerah Yang Allah Hadiahkan)

A.Y.A.H merupakan sebuah lagu yang ditujukan khas buat insan yang sangat berjasa dalam hidup, ayah yang tercinta. Melalui lagu ini, In-Track cuba bereksperimentasi dengan genre melayu asli dan tradisional. Dengan susunan muzik tradisional, lagu ini turut dikukuhkan dengan vokal koir dan penampilan istimewa Syahrizan dari kumpulan Wildaniey.

7. Kejayaan

Album ini ditutup dengan sebuah lagu bercorak motivasi daripada In-Track. Lagu yang sudahpun diangkat sebagai lagu tema untuk pelbagai program motivasi sekitar Borneo ini merupakan adunan vokal berharmoni dan komposisi muzik yang rancak bercorak RnB. Dengan melodi yang menarik dan mesej yang jelas, lagu ini pasti akan menjadi antara favourite untuk album ini.

sumber:

http://www.intracknasyid.com/?page_id=22

Kenali Artis IN-TRACK


KENALI IN-TRACK

Menjengah dunia yang dilambung arus globalisasi, dunia semakin sarat dengan pancaroba yang menduga ketahanan fizikal, mental mahupun spiritiual. Ujian terhadap spiritual dan rohani inilah yang kita bimbangi kerana datangnya ia tanpa disedari dek liciknya ia merobek dinding kemasyarakatan dan keharmonian budaya kita. Medium yang mudah, media dan hiburan. Pelbagai hiburan yang disajikan kepada kita sehingga kita lupa dan leka untuk mengkaji dan menilai semula baik buruknya sesuatu yang kita terima itu.

Atas dasar itulah, munculnya In-Track di celahan persada seni ini dan cuba membawa masyarakat terutamanya anak muda remaja kita untuk berhibur cara Islam. Namun, pendekatannya perlu sedikit ringan kerana agak sukar untuk kita menyentuh jiwa nurani belia masa kini jika penyampaiannya terlalu berat dan serius. Muzik yang tipikal dan lirik yang berat membuatkan masyarakat sukar menerima nasyid ini. Oleh yang demikian, In-Track membawa imej santai dan menerapkan elemen muzik yang menjadi siulan masa kini ke dalam lagu-lagu kami tanpa mengabaikan mesej dan tujuannya.

Kumpulan In-Track sudahpun menerbitkan 2 buah album setakat ini. Pada permulaannya di tahun 2010, In-Track muncul dengan sebuah album EP yang berjudul Anugerah Cinta Nya. Album ini memuatkan 4 buah lagu, Anugerah Cinta Nya, Perjuangan Hidup, Nilai CintaMu dan Ku Cinta Islam. Kini, bagi tahun 2011, In-Track telah lahir dengan album terbaru berjudul Gazaku Menangis. Album penuh ini mengandungi 7 buah lagu dengan bersandarkan beberapa hits utama seperti Cahaya Dinanti, Gazaku Menangis dan Kejayaan. Melalui suntikan elemen muzik versatil dan pendekatan bercorak intelek dan segar, kumpulan In-Track mengharapkan sesuatu yang positif daripada masyarakat.

sumber:

http://www.intracknasyid.com/

Sunday, May 8, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 08/05/2011 (Minggu 112)


CARTA NASYID IKIM.FM 08/05/2011 (Minggu 112)

1. Kerana Doa – Nowseeheart (-) (22)
2. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (9)
3. Seindah Bicara – Instinct (+3) (7)
4. Keinsafan Diri – Fursan (+1) (9)
5. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+2) (4)
6. Pahlawan Gaza – Saujana (+2) (10)
7. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (+2) (5)
8. Insan Terulung – R-iF feat. Amar (-4) (3)
9. Anak – Aisyah (-6) (8)
10. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (-) (2)

Pencalonan Baru
Meniti Cinta – Nusrah
Ya Robbi – Burn & Soul
Lumrah Kehidupan – Castury
Kau Terhebat – Nur One
Kita Berbeza – Demascus

Lagu Terkeluar

sumber:
http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/

Saturday, May 7, 2011

TUTORIAL Asas Recording -Bahagian 2 oleh munsyeed.com


ASAS RECORDING (BAHAGIAN DUA)

Pada asasnya, sesi recording atau rakaman melibatkan beberapa peringkat. Proses ini boleh dianggap sebagai cara-cara untuk menyiapkan sesuatu lagu, dari peringkat asas menulis sehingga terbitnya lagu tersebut, samada di dalam album, radio atau sebagainya.

Secara asasnya, peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam menyiapkan sesebuah lagu ialah seperti berikut:

- Penciptaan lagu/penulisan lirik

- Penyusunan muzik

- Sesi rakaman muzik/vokal

- Mixing

- Mastering

PENCIPTAAN LAGU/LIRIK

Peringkat ini adalah peringkat paling asas, atau permulaan dalam mencipta lagu. Segala melodi, bentuk asas lagu yang dimahukan dibentuk dalam proses ini.

Bagi penulisan lirik pula, ada dua teknik yang berbeza. Ada yang gemar menulis melodi terlebih dahulu dan lirik akan ditulis berasaskan melodi yang dicipta. Ada mula yang selesa menyiapkan lirik dahulu, kemudian baru dipadankan dengan melodi yang sesuai. Apapun tiada yang khusus dalam teknik ini, semua bergantung kepada keselesaan.

PENYUSUNAN MUZIK.

Apabila sesebuah melodi dan lirik sudah lengkap, ia akan diberikan kepada penyusun muzik. Pada asasnya, sebaik melodi dan lirik diterima, ia akan dipadankan dengan kord dan ‘chord progression’ terlebih dahulu untuk menentukan key sesebuah lagu. Selepas itu, satu persatu instrument track akan dimasukkan.

SESI RAKAMAN MUZIK/VOKAL

Ada artis yang mahukan lagu mereka dirakamkan muziknya secara live instrument. Proses itu perlu dilakukan distudio menggunakan real instrument.

Manakala bagi vokal pula, kebiasaannya dilakukan di studio yang mempunyai live room. Ini kerana merakam vokal dalam live room dapat mengelakan daripada bunyi bising masuk dalam mikrofon. Walaubagaimanapun, terdapat juga teknik dimana kita boleh merakamkan vokal tanpa memerlukan live room seperti di studio. Cumanya, ia memerlukan teknik dan equipment yang sedikit berbeza.

MIXING

Setelah semua track muzik dan vokal siap dirakam, proses yang perlu dilalui untuk menyiapkan sesebuah lagu ialah mixing atau adunan. Proses mixing bermaksud setiap track yang dirakam (vokal, instrument) diadun untuk menghasilkan sebuah lagu.

Diantara yang perlu dilakukan dalam proses mixing ini antaranya ialah menentukan level setiap track, membuat editing terhadap mana-mana kesilapan, meletakkan efek yang perlu seperti reverb, delay, compressor dan sebagainya. Perlu diingat, proses ini amat penting untuk menentukan karakter bunyi dan definasi sesebuah lagu tersebut.

MASTERING

Proses terakhir untuk menyiapkan sesebuah lagu ialah mastering. Mastering ialah proses dimana final mix sesebuah lagu itu diseragamkan levelnya sebelum dicetak pada CD atau untuk siaran radio.

Kenapa Mastering? Ini kerana, setiap file final mix yang telah kita buat perlu di’polish’ levelnya, untuk menjadi lebih baik bunyinya dari segi EQ, clarity dan dinamiknya. Dalam erti kata lain, nak bagi sedap telinga mendengar. Maklum sahajalah, mungkin semasa proses mixing, ada frekuensi dan claritynya yang terlebih atau terkurang, ia akan dimasterkan untuk sound yang lebih baik

Namun begitu, saya AMAT TIDAK MENCADANGKAN proses Mastering ini dilakukan sendiri di home studio, kerana mungkin kita tidak dapat membezakan frekuensi yang perlu diubah semasa proses mastering. Ini kerana kita sudah mendengar lagu tersebut berpuluh, mungkin beratus kali semasa proses rakaman dan mixing. Dalam erti kata lain, lebih molek kalau mastering dilakukan oleh professional, kerana mereka mempunyai equipment yang mampu menghasilkan final master yang terbaik.

Itu gambaran secara kasar proses yang dilalui dalam penghasilan sesebuah lagu. Jangan risau, insyaallah saya akan perincikan lebih detail lagi setiap proses ini dimasa akan datang. Sebarang soalan, jangan malu bertanya ya!


sumber:

munsyeed.com

Wednesday, May 4, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 01/05/2011 (Minggu 111)


CARTA NASYID IKIM.FM 01/05/2011 (Minggu 111)

1. Kerana Doa – Nowseeheart (+7) (21)
2. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-1) (8)
3. Anak – Aisyah (+3) (7)
4. Insan Terulung – R-iF feat. Amar (+3) (2)
5. Keinsafan Diri – Fursan (-1) (8)
6. Seindah Bicara – Instinct (-4) (6)
7. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (-4) (3)
8. Pahlawan Gaza – Saujana (+1) (9)
9. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (+1) (4)
10. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru
Meniti Cinta – Nusrah
Ya Robbi – Burn & Soul
Lumrah Kehidupan – Castury
Kau Terhebat – Nur One
Kita Berbeza – Demascus*

Lagu Terkeluar
5. Ayah – Soufies (3 minggu)

sumber:
http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/

Review Album – Ketika Cinta :: munsyeed.com

Sebaik menerima CD kompilasi ini, mulanya saya menganggap ia satu kompilasi nasyid biasa sahaja. Dengan membariskan tiga kumpulan nasyid, Rabbani, Durrani dan Harakat Madani yang menyampaikan lagi popular masing-masing, pastinya ada sesuatu yang menarik untuk diceritakan dalam kompilasi ini.

Paling menarik perhatian, Kompilasi Ketika Cinta keluaran Rabbani Production ini menampilkan tiga ‘rare unreleased’ daripada Rabbani. Bermula dengan lagu karya penyanyi Indonesia Opick yang bertajuk Ketika Cinta, sebuah lagu antara yang dianggap sebagai ‘masterpiece’, dinyanyikan semula oleh Rabbani. Turut termuat ialah rakaman semula dua lagu ‘killer’ zaman kegemilangan nasyid iaitu Iman Mutiara (Raihan) dan Teman Sejati (Brothers). Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan semula Rabbani dengan gaya mereka yang sememangnya menarik.

Selain itu, turut termuat lagu-lagu dari kumpulan Durrani dan Harakat Madani. Sungguhpun status keaktifan kedua kumpulan ini kurang diketahui, namun dengan kompilasi ini terubat juga kerinduan para peminat mendengar lagu-lagu mereka. Apatah lagi, lagu-lagu yang ditampilkan masih mempunyai ruh sebenar nasyid itu sendiri walau sudah berstatus lagu malar segar.


sumber:

munsyeed.com

Hidup Yasin Lebih Stabil :: Studiokini

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan nasyid Brothers, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, atau Yasin masih bergiat aktif dalam bidang seni walaupun tidak banyak publisiti mengenainya diperkatakan kebelakangan ini.

Kata Yasin, dia kini lebih selesa menumpukan perhatian pada kerja-kerja belakang tabir sebagai komposer dan penerbit lagu.

"Saya masih aktif dalam bidang seni cuma tiada publisiti sahaja tentang saya. Realitinya, saya masih memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis makan malam dan korporat.

"Bagaimanapun, saya selesa dengan kerja-kerja belakang tabir yang menjadi keutamaan sekarang. Saya banyak menghasilkan “jingles” dan lagu tema untuk program televisyen, drama atau filem," katanya.

Ditanya pula tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya, penyanyi lagu Mimpi Laila berkata:

"Dalam masa terdekat, saya akan mengeluarkan “single” terbaru yang berjudul Takbir Cinta berduet dengan Amy Search. Ia sebuah lagu ketuhanan yang berkonsepkan world music."

Sementara itu, Yasin yang pernah dikatakan mengalami masalah peribadi beberapa tahun lalu berkata, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik dan stabil.

"Itu cerita lama. Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan dengan baik sekarang. Tiada apa-apa masalah, semuanya stabil dan okay," katanya yang turut berduet dengan aktres Tiz Zaqyah untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.

sumber:
studiokini

Monday, May 2, 2011

Kenali Artis A.R.M.A.D.A



Siapa dan apa itu A.R.M.A.D.A?

A.R.M.A.D.A ialah sebuah kumpulan anak muda yang terdiri daripada 5 orang anggota iaitu Aizuddin, Aidil, Shairazi, Izan dan Hafiz. Ditubuhkan pada awal Mac 2010 dan mencuba nasib dalam FNK (Festival Nasyid Kebangsaan) dalam kategori Moden tahun 2010. A.R.M.A.D.A bermaksud [Alunan.Rima.Muzik.Ada.Dalam.Agama]. Bagaimanapun A.R.M.A.D.A akan melalui proses penjenamaan semula berikutan terdapat band di Indonesia juga bernama ARMADA. Tunggu dan lihat. konsep muzik A.R.M.A.D.A?


A.R.M.A.D.A tidak meletakkan sesuatu genre sebagai konsep kerana cuba untuk meresapi pelbagai genre muzik. Mencuba hampir semua genre moden termasuk R&B, Jazz, Latin, Bebop, Rock dan Metal sehingga ke elemen tradisi mengikut kesesuaian lagu termasuk elemen Choral, Tenor Bass Vocal, Classical dan Acapella.


A.R.M.A.D.A kini berkoloberasi bersama Az-Zikr iaitu kumpulan nasyid Tradisi daripada Batu Pahat, Johor di bawah naungan SeeSharpMinor. Bergerak bersama tiga kumpulan sekaligus menjadikan pengurusan dan kondusi A.R.M.A.D.A menjadi utuh berikutan A.R.M.A.D.A masih baru dalam dunia nasyid ini berbanding Az-Zikr dan SeeSharpMinor.


untuk kenali A.R.M.A.D.A lebih lanjut bolehlah melawat mereka di laman sosial Facebook dengan 'click' link di bawah ini.


http://www.facebook.com/pages/ARMADA/123798244363495


Sebelum terlupa, dengarkan single duo dari SeeSharpMinor feat A.R.M.A.D.A yang bertajuk DEMI. dengar dan komen. Eksklusif untuk Nasyeed Twoyou!


http://www.reverbnation.com/play_now/song_8334458



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...