FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, March 23, 2011

Satu Destinasi Nasyid Semesta : Studiokini

Sedar atau tidak, pengaruh artis-artis muzik dakwah atau nasyid yang bergerak secara sendiri (indie) kian meningkat. Penerbitan album ,penciptaan lagu, penulisan lirik, serta pengedaran album segalanya dilakukan sendiri oleh kelompok ini.Mengapa? Mungkin ada jawapan tersendiri daripada artis-artis yang terlibat.

klik untuk paparan jelas mengenai wakil pengedar
Pengaruh nasyid indie kini menyelinap ke wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan apabila penggiat-penggiat nasyid di negeri terbabit bersatu, menerbitkan sebuah album berjudul Satu Destinasi. Album ini menggabungkan kumpulan One Deen, Suffian, El-Tiezam dan Elham.

Album terbitan sulung syarikat Ar-Warisan Production ini menampilkan 8 buah lagu,dan setiap kumpulan diberi peluang merakamkan dua buah lagu.

Hubungi wakil pengedar bagi mendapatkan album Satu Destinasi dengan segera.

SELAIN DARIPADA album Satu Destinasi, muncul sebuah lagi album yang menggabungkan penasyid indie dari seluruh Malaysia. Pernahkah kita mendengar album Nasyid Indie Vol. 1 dahulu?Selepas kejayaan Nasyid Indie Vol. 1, kini Neurotic Studio menerbitkan album untuk siri kedua yang berjudul Nasyid Semesta.


Nasyid Semesta menampilkan kumpulan Fine, Univoice, Elham'z, Bytiey, Che'an, R-iF, Rxeme, Rahmat, Feelhoney, Read One, Hilwan, dan Zulhilmi (The Messanger). Turut serta ialah Halim (Devotees) yang tampil berduet bersama Zulhilmi.

Album tersebut boleh dimiliki melalui wakil-wakil pengedar. Layari Facebook Neurotic Studio untuk sebarang pertanyaan.

sumber:
studiokini

SALAAM – Sebar Nasyid Tanpa Sempadan Budaya

Penyampaian dakwah melalui nasyid di tanah air tidak menjadikan persoalan bahasa penghantar sebagai yang diterjemahkan melalui lagu. Sifat universal agama Islam itu sendiri membawa kepada penyebaran dakwah kepada segenap pelusuk bangsa, yang sudah tentu berlainan bahasa dan budaya.

Atas dasar universal itu, beberapa penasyid dengan bantuan peminat nasyid telah menubuhkan sebuah kumpulan yang cukup unik. Kumpulan yang dinamakan sebagai Salaam, ditubuhkan oleh empat penasyid yang rata-ratanya mempunyai bakat dan pengalaman luas dalam industri nasyid Malaysia.

Apa yang menarik, kumpulan yang berformasikan ahli ala ‘Supergroup’ ini menggabungkan Zaidie Rustam (Wildan), Ahmad Fadzli Bakar (FarEast), Azwan Ibrahim (FarEast) and Mu’adz Dzulkefly sebagai ahlinya itu menjadikan bahasa Tamil sebagai medium dalam lagu-lagu mereka.

Kesemua ahli-ahli yang menyertai projek Salaam ini mampu berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan ada dikalangan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang taranum Al-Quran. Malah, kebolehan mereka untuk menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Hindi dan Tamil membuatkan kumpulan ini lebih versatile dalam penyampaian dakwah mereka.

Menurut mereka, idea untuk menubuhkan kumpulan ini telah bermula pada tahun 2000, namun hanya dapat direalisasikan sejak setahun dua kebelakangan ini. Dengan membawa maksud Salaam sebagai aman, mereka mengadaptasi muzik sebagai medium untuk member motivasi dan sentuhan spiritual kepada para pendengar.

Album sulung mereka, Oli Thedium dijangka akan menjengah pasaran tidak berapa lagi. Menurut mereka, album sulung tersebut memuatkan lagu-lagu nasyid berbahasa Tamil. Proses penerbitan album tersebut dilakukan di Malaysia dan India, dengan mendapat kerjasama dengan beberapa penerbit dan pengkarya berbangsa India.

Kumpulan ini juga aktif membuat persembahan di merata tempat. Terbaru, mereka telah terbang ke Chennai, India untuk menjayakan beberapa persembahan di sana, bersama beberapa delegasi dari Malaysia yang turut membuat lawatan kerja kesana.

Dengan harapan untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak yang berobjektif sama seperti mereka untuk menyebarkan mesej keamanan dan penyatuan masyarakat, mereka juga mengharapkan agar dapat menaikan lagi martabbat industri nasyid ke peringkat antarabangsa dengan kepelbagaian medium bahasa seperti Tamil, Hindi, Mandarin dan sebagainya. MUNSYEED.COM


sumber:

munsyeed.com

Tuesday, March 15, 2011

KOLEKSI NASYID INDIE VOL 3 ! Penyertaan Dibuka Sekarang



Assalamu'alaikum semua. Apa khabar? Alhamdulillah, masih bernyawa kita lagi dan masih tenang kita bagi yg berada di bumi Malaysia ni. Baiklah, selesai sudah penerbitan album Koleksi Nasyid Indie vol. 2 'Nasyeed Semesta' yg akan mula dijual pada 16 Mac 2011. Saya dengan ini ingin mengumumkan pencarian bakat-bakat indie baru untuk dimuatkan dalam Koleksi Nasyid Indie vol. 3 kini bermula.

Edisi ke-3 ini berjudul 'The Signs' yang membawa maksud alamat, atau petanda, atau petunjuk. Secara ringkasnya ia merupakan album yang bakal memuatkan lagu2 tentang ketuhanan, kemanusiaan, dan lebih bersifat peringatan yang patut kita sedari di mana pada akhir zaman ini banyaknya berlaku bencana itu merupakan amaran2 awal dari Allah akan semakin dekatnya kita dengan hari kiamat. InsyaAllah produksi Koleksi Nasyid Indie vol. 3 'The Signs' ini akan bermula pertengahan April 2011.

Penyertaan terhad hanya kepada 12 kumpulan sahaja. Jika anda atau kenalan anda bergiat dalam bidang nasyid samada secara solo ataupun berkumpulan, dan berminat dengan peluang keemasan ini. Banyak kelebihan yang anda akan perolehi melalui penyertaan ini. Bagi yang lama berkecimpung dalam muzik nasyid tetapi tidak berpeluang menonjolkan bakat anda, di sinilah tempatnya bakat & kebolehan anda itu digilap.

Sekiranya anda berminat, sila hantarkan butiran anda ke emel : admin@nasyidindie.com atau hubungi 017 7222 612 utk mengetahui syarat-syarat penyertaan. Jangan terlepas peluang ini. Tarikh tutup pada 15 April 2011.

sumber:
http://abdhalim-ahmad.blogspot.com/

Saturday, March 12, 2011

Promo Album Nasyeed Semesta

oleh: Che An Dusuki

Pena Admin - Preview Album : Nasyeed Semesta

Assalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh



Berbicara tentang album nasyid, sebelum ini entri saya memberi sedikit ulasan mengenai album nasyid yang telah diterbitkan di pasaran menerusi slot Review Album. Namun entri kali ini saya ingin mencoretkan tentang sebuah album nasyid yang belum diterbitkan menerusi slot Pena Admin sebagai promosi memandangkan saya sendiri terlibat dalam projek album tersebut iaitu album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta.




Tidak seperti yang diberitakan menerusi entri Pena Admin - Pengenalan Artis : Nasyeed Semesta Bertahmid sebelum ini, nama album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 yang bakal diterbitkan oleh Neurotic Studio kini dipendekkan kepada "Nasyeed Semesta" sahaja bagi menggantikan "Nasyeed Semesta Bertahmid" memandangkan tiada sebuah lagupun yang dimuatkan ke dalam album ini yang menggambarkan perkataan "Bertahmid".


Nama "Nasyeed Semesta" yang dipilih ini sesuai dengan konsep album yang menyeluruh iaitu menyeluruh daripada segi kepelbagaian tema dan genre lagu serta artis-artis yang terlibat datangnya daripada seluruh negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Diharapkan juga penerimaan album ini menyeluruh kepada semua golongan pendengar sama ada peminat irama nasyid mahupun tidak serta daripada pelbagai lapisan usia.


Sebelum ini hanya digembar-gemburkan bahawa album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta bakal diterbitkan pada bulan Mac 2011. Namun kini kami telah mempunyai tarikh yang khusus untuk penerbitan album ini iaitu pada 14 MAC 2011 dengan harga pasaran yang ditetapkan adalah pada RM 24.90. Pembelian boleh dibuat terus melalui artis-artis yang terlibat dan berkemungkinan ada di antara artis yang akan menjualnya dengan harga yang lebih rendah sebagai promosi.


Pada entri Pena Admin - Pengenalan Artis : Nasyeed Semesta Bertahmid saya telah memperkenalkan kesemua 12 artis yang terlibat dalam album ini dengan menyertakan link facebook dan blog mereka pada entri tersebut. Entri kali ini pula saya ingin memfokuskan pada lagu-lagu mereka. Berikut adalah senarai lagu yang termuat mengikut urutan tracklist di dalam album ini berserta banner artis masing-masing :


1> Pesona Fana - Univoice
Lagu: Abd Halim / Genre: Joget & Arabic
Lirik: Abd Halim / Tema: Kelalaian Manusia
Susunan Muzik: Abd Halim



2> Ratu Hatiku - Read-one
Lagu: Abd Halim / Genre: Ala-ala Boy Band
Lirik: Abd Halim / Tema: Ibu
Susunan Muzik: Abd Halim



3> Curang - Feelhoney
Lagu: Amin Feelhoney / Genre: Ala-ala OST Indonesia
Lirik: Hasbi Feelhoney / Tema: Ketuhanan
Susunan Muzik: Abd Halim



4> Baru Kenal Cinta - Fine
Lagu: Abd Halim / Genre: Techno & Dance
Lirik: Abd Halim / Tema: Cinta Ilahi
Susunan Muzik: Abd Halim



5> Bahtera Persahabatan - Che An
Lagu: Che An Dusuki / Genre: Slow Ballad
Lirik: Che An Dusuki / Tema: Perpisahan
Susunan Muzik: Lan Paradise & Abd Halim



6> Hijrah - Bytiey
Lagu: Abd Halim / Genre: Nusantara
Lirik: Abd Halim / Tema: Sirah Nabi
Susunan Muzik: Abd Halim



7> Cerita Cinta - Elhamz
Lagu: Hamzah Elhamz / Genre: Pop Jiwang
Lirik: Elty Elhamz / Tema: Cinta Insani
Susunan Muzik: Abd Halim
Bass: Lan Paradise



8> Isteri Buatku - Rahmat
Lagu: Rahmat / Genre: Akustik
Lirik: Rahmat / Tema: Isteri
Susunan Muzik: Abd Halim



9> Sahabat Dengarkan - Hilwan
Lagu: Abd Halim / Genre: Catchy Song
Lirik: Abd Halim / Tema: Persahabatan
Susunan Muzik: Abd Halim



10> Di Pangkuan CintaMu - Rxeme
Lagu: Abd Halim / Genre: Mistik
Lirik: Abd Halim / Tema: Keinsafan
Susunan Muzik: Abd Halim
Bass: Lan Paradise



11> Serang Balas - R-iF
Lagu: Abd Halim / Genre: Pop Rock
Lirik: Abd Halim / Tema: Motivasi
Susunan Muzik: Abd Halim



12> Pengabdi CintaMu - Zulhilmi ft. Halim
Lagu: Abd Halim / Genre: Pop Ballad
Lirik: Abd Halim / Tema: Pengabdian
Susunan Muzik: Abd Halim






Thursday, March 10, 2011

Artikel Munsyeed.com :Bunyi Yang Bernama Muzik

Bunyi Yang Bernama Muzik

Oleh: M. Busyairi Ahmad

Muzik dan bunyi, sama la tu. Setiap bunyi ada muziknya tersendiri. Jadi, semua bunyi adalah anugerah yang terlalu istimewa. Selayaknya kita bersyukur kerana dikurniai nikmat pendengaran. Muzik adalah satu seni manifestasi ilham hati. la ilmu semulajadi yang tiada penghujungnya, walaupun ia disusun manusia mengikut klasifikasi yang tersendiri. Sampai akhir hayat dunia ini pun, ada sahaja lagu dan melodi baru tercipta.

Rock, zapin, balada, nasyid, R&B, jazz, rap, inang, hip?hop, blues, masri dan latin aku memang suka muzik sedari kecil. Janji sedap. Mungkin kerana pengaruh ini tangkasnya meresap di hati. Seperti orang lain juga yang suka akan sesuatu bidang tertentu. Sama sahaja, semuanya isimewa. Bagi aku, sesiapa yang berbakat tetap juga kena mencari dan menimba ilmu muzik dan bunyi sebanyak mungkin kerana apa yang dipelajari dapat bersatu dengan bakat itu.

Setiap budaya dan peradaban tidak dapat menafikan identiti muzik mereka. Kita kenal akan jenis bunyi dan muzik ini berpunca daripada sesuatu bangsa. Seperti alatan muzik gambus, sitar dan gamelan masing?masing berasal dari ceruk kota peradaban di Timur Tengah, bumi India dan tanah kepulauan Jawa.

Dewasa kini, tamadun dunia sudah menjadi global. Dan muzik itu sendiri telah melalui pelbagai pengolahan dan eksperimentasi hasil daripada kretiviti cetusan ilham fikiran, suasana hati, perasaan dan apa yang dipelajari oleh manusia yang dikurnai bakat muzik di dalam setiap generasi zaman?berzaman.

Walaubagaimana pun, tahap intelektual dan bakat yang diianugerahkan ada batas dan hadnya. Aku mengambil contoh di Malaysia kita, Ning Baizura yang bersuara “soprano gernersik” dan pastinya seniman agung R Ramlee yang bersuara “lemak buluh perindu”, mereka amat berbeza walhal hakikatnya sernua itu anugerah semata?mata. Ramli MS yang terkenal dengan gubahan muzik mantapnya, tidak dapat anugerah suara yang indah seperti Seniman Nusantara, M. Nasir. Tetapi suara M. Nasir tidaklah se”keramat” seperti suara Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza dan Sami Yusuf, M. Nasir punyai “keramat” di dalam penciptaan kod?kod lagu-lagunya yang jauh lebih tinggi dan berbeza daripada yang lain.

“Keramat” ini pun satu hal. Macam lagu Bonda dan Satu Hari di Hari Raya (M. Nasir), siapa boleh nyanyi dengan penuh element sentimental jiwa selain M. Nasir? Ada memang ada tetapi tidak sama sempurnanya. Andai Jamal Abdillah menyanyikan dua lagu itu, M. Nasir pastinya syukur sebab karyanya akan lebih berharga seperti mana lagu Kepadamu Kekasih kolaborasi M. Nasir, Jamal Abdillah dan Hattan. Rabbani juga pernah merakam semula lagu Satu Hari di Hari Raya, sayangnya pembuat muziknya untuk Rabbani nyanyi sekadar tuntas, tangkap dan lewah.

Komposer Ajai, bakat gubahan lagu-lagunya berkemungkinan besar suatu hari nanti seperti akan menyamai taraf pengubahan dan penciptaan lagu-lagu M. Nasir tetapi aku berpendapat dia kekurangan sesuatu kerana suaranya yang tidak sama bagusnya seperti Lah VE, Ziana Zain, Ustaz Asri Rabbani, Misha Omar, Bob AF2 dan Idayu AF3. Ini masalah kurnia dan anugerah alami. Masing?masing ada kelebihan dan kekurangan. Kenyataan ini pun terkena pada aku juga. Rezeki dan anugerah yang hak tidak dapat diadakan dan ditukar ganti.

Selain Ajai, manusia “telented” muzik di Malaysia seperti Seniman Negara Ahmad Nawab, Roslan Aziz, Adnan Abu Hasan, Farihin Abdul Fattah, Aubrew Suwito, Saari Arnri, Edry KRU, Tam Spider dan Yasin Sulaiman (banyak lagi! sekadar menyebut nama?nama yang berlegar?legar di benak aku). Sebenarnya banyak lagi manusia “gifted” dalam muzik ini namun nasib dan rezeki membuatkan mereka tidak”muncul”.

Bagi aku suara nombor ketiga. Yang pertama adalah kesesuaian irama, lagu dan melodi terhadap seseorang penyanyi itu yang penting untuk mencetuskan satu kolaborasi populariti dan intelektual sesuatu karya. Keduanya adalah ketepatan picthing dan penghayatan jiwa di dalam nyanyian sesuatu lagu. Bayangkanlah Tam Spider nanyi lagu “Gemilang” (Jaclyn Victor), atau pun Mawi nyanyi lagu “La Isla Boneeta”. Tetapi aku kira orait dan feeling la kalau Zainal Abidin mendendangkan lagu Anak Soleh dari Rabbani (itu pun kena ambil kira macam mana gubahan semula muziknya), atau pun Salleh (Brothers) menyampaikan lagu Sonata Musim Saiju (aku dah dengar dan tahap feeling jauh mengatasi Hazami).

Aku nak sentuh pasal nasyid sikit. Aku tidak menbelakangkan genre yang lain tetapi aku rasa lagu-lagu nasyid lebih bagus jika dijaga mutu penerbitannyanya. Tetapi lagu-lagu nasyid dah tidak popular sangat seperti zaman kebangkitan Raihan dahulu. Fikirlah sendiri di mana silapnya! Sesetangah produser pun tidak bermutu dan membuat kerja sekadar tangkap muak – janji lagu dah sedap kira jadilah! la ditujukan untuk sernua jenis genre khasnya nasyid yang sering kali dan kebanyakannya “rapuh” di dalam konteks ini. Sayang sekali, masyarat dihujani dengan kenyataan kumpuan nasyid boleh diumpamakan “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”. Dan lagu-lagu mereka kurang diminati. Bagi aku “salah” yang utama adalah hati yang menyampaikan dan sistem yang melingkari genre ini. Yang lain-lain adalah promosi dan sebagainya. Perihal nasyid itu sendiri, aku ada definasinya, nantilah…

Suka aku katakan, muzik bukannya sekadar nyanyian. la “tinggi” lagi! Ekspresi jiwa di dalam permainan alatan muzik dan pengeksploitasian teknologi sound engineer juga tidak kurang hebatnya mendapat tempat di sisi masyarakat kita. Lihatlah Kitaro dari Jepun dan kita ada Mohram (Mohardiman & Ramli Rebana) mewakili alam Nusantara. Atau pun marhaban dan acapella – hanyalah alunan dan gabungan?gabungan suara sahaja tanpa iringan sesuatu alatan muzik pun dikira muzik juga.

Senang kata, muzik itu ilmu bunyi dan cara penyampaiannya mewakili seseorang atau “sesuatu”. “Sesuatu” itu barangkali bunyi desiran ombak, dentuman senjata di medan perang, tangisan bayi, kicauan burang dan segalanya yang berbunyilah! Kerana banyak ilham diolah dan diadaptasi daripada “sesuatu” tadi, apa?apa kisah kejadian hidup dan juga fantasi fikiran.

Hakikatnya, walau sehebat mana kita di dalam muzik dan bunyi, kita tetap jahil dan sebaik?baik insan di kalangan kita adalah orang yang mencari?cari kesudahan bidang ini yang tiada penghujungnya dengan berfikiran terbuka, dapat menerima, menapis dan mengolah apa sahaja karya tanpa membelakangkan moral serta nilai?nilai kemanusiaan danSunnatullah. Muzik bukan sekadar huburan! Ianya ilmu bagi mereka yang cenderung dan berfikir ke arah-Nya.

Busyairi 2005


sumber:

munsyeed.com

Sunday, March 6, 2011

Isu Plagiat – Snada Tegur Penasyid Malaysia

Kumpulan nasyid dari Indonesia, Snada hari ini mengeluarkan teguran terhadap segelintir penasyid Malaysia yang cuba menciplak karya mereka.

Menurut salah seorang anggotanya, Ikhsan, pihak mereka melahirkan rasa kesal kerana ada penasyid Malaysia yang merakamkan lagu mereka tanpa kebenaran.

“Lagu-lagu seperti Demi Matahari, Pagi Yang Cerah dan Hanya Padamu merupakan karya asal kami. Jadi kami kesal dengan keadaan itu”

Menurutnya lagi, beliau meminta agar penasyid-penasyid senior Malaysia seperti Raihan dan Rabbani membuat teguran terhadap penasyid-penasyid tersebut agar menghentikan pengedaran album yang mengandungi lagu-lagu karya Snada.

“Kami di Indonesia membuat group untuk silaturahim antara penasyid, peminat nasyid dan pendengar nasyid, ada juga produser nasyid, FSNI namanya, silahkan berkunjung ke Group Forum Silaturahim Nasyid Indonesia, di sana boleh bertukar informasi seputar nasyid. Cita-cita kami adalah untuk menyatukan nasyid seluruh dunia”Tegas Ikhsan


sumber:

munsyeed.com

Wednesday, March 2, 2011

Malam Memperingati Kekasih : DEWAN MPKK,KULIM,KEDAH

Tentatif Program
7.30 malam - Solat Maghrib Berjemaah
7.45 malam - Tazkirah Maulidur Rasul oleh Imam Jemputan
8.50 malam - Solat Isyak Berjemaah
9.15 malam - DJ mengambil tugas & konsert bermula
12.00 malam - Majlis tamat.


Nota :
Kepada sesiapa yang ingin membuka ruang niaga, sila e-mel nama dan maklumat perniagaan ke

azwanfnd@operamail.com
atau sms ke 019-421 8461 (panggilan telefon tidak akan dilayan).

Sewa tapak akan dikenakan dari RM10 hingga ke RM50. Tempat adalah terhad.
Waktu mula untuk operasi memasang perkakas perniagaan adalah dari jam 5.00 petang.

Tuesday, March 1, 2011

Album Baru : Koleksi Nasyid Indie vol.2

Album terkini MAC 2011,dapatkan yang asli di pasaran sekarang

terbitan Neurotic Studio

Bual Bicara bersama afnan Onedeen mengenai album Satu Destinasi


Ikuti temubual nasyid2u bersama Afnan OneDeen mengenai album nasyid terbaru Satu Destinasi yang menampilkan artis-artis seperti One-Deen,Suffian,Elham,Eltiezam,Ikuti temubual eklusif yang dilakukan dilaman sosial facebook bersama admin nasyid2u.



Nasyid2u:Bilakah tercetusnya idea utk menerbitkan album satu destinasi ini?

Afnan OneDeen:Idea tercetus pada akhir bulan Disember 2009.

Nasyid2u:Siapakah artis-artis yang terlibat dalam menjayakan album ini?

Afnan: Dari kumpulan are-buddy dan asyraf dari nur one juga terlibat, manakala 4 artis yg ada dalam album ni adalah one deen,elham,suffian dan eltiezam...

Nasyid2u:Apakah tema yang diketengahkan dalam album ini?

Afnan:Kalau melihat pada pakaian dan background album tu,,bertemakn warna putih ,dimana kami ni menuju ke satu destinasi iaitu menuju ke jalan Allah..

Nasyid2u:Apakah konsep bagi album ini?

Afnan: Overall lagu dlm album ni berkonsepkn pop kotemporari ....4 kumpln dlm album ni mempunyai konsep lagu yg berlainan .Pop,RNB dan tradisional .

Nasyid2u:Siapakah sasaran pendengar bagi album ini?

Afnan:Sasaran kami semua pihak seperti orang dewasa,orang muda,remaja dan adik2 kecil..

Nasyid2u:Bagaimana pula dengan promosi album ini?

Afnan: Promosi album ni,,insyAllah,,kami akan bergerak terus ke sekolah-sekolah,ipt-ipt dan kedai/toko yg berada dikelantan dulu.selepas semua dh selesai di kawasan kelantan,,baru kami akan masuk ke ipt-ipt luar dari kelantan..dan kami juga akan menggunakn siaran radio-radio bagi tujuan promosi..insyAllah

Nasyid2u:Apakah harapan afnan bagi album ini?

Afnan: Harapan saya,semoga album ni akan mnjadi satu evolusi di negeri kelantan terutamanya dan negeri-negeri di Malaysia,dan saya harap,,pendengar-pendengar album ni dapat mengambil manfaat melalui lirik-lirik lagu dlm album ni...

Nasyid2u:Apakah nasihat afnan bagi kumpulan-kumpulan nasyid baru dlm industri ini?

Afnan:Nasihat saya,semoga kalian dapat gunakan maksud sebenar nasyid ini,,dan perbetulkan niat kalian supaya Allah dapat menerima dakwah yg disampaikan.

Nasyid2u:Terima kasih kepada afnan onedeen kerana sudi meluangkan masa utk ditemuramah oleh nasyid2u,semoga album 1 destinasi dapat mencapai apa yang di hajatkan..syukran

Afnan:sama-sama


Dapatkan album Satu destinasi yang asli di pasaran sekarang...

Al Farabi Band Buktikan Pejuang Dakwah Boleh

Meriah dan bersemangat! Hanya itu kata-kata mampu diungkapkan ketika menghadiri konsert Al Farabi Band.Konsert yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 26 Februari 2011, merupakan sebahagian daripada aturcara yang terkandung dalam Konvensyen Transformasi Muzik dan Kemanusiaan 2011 anjuran Unimas, Aqsa Syarif dan Al Farabi Band sendiri.

Hampir 600 orang telah menghadiri konsert ini.

Al Farabi Band membuka tirai konsert
Konsert dimulakan dengan kemunculan awal Al Farabi Band. Mereka tampil dengan imej yang sememangnya brutal. Gaya mereka seperti pejuang ala-ala Star Wars. Sebagai membuka tirai, lagu instrumental Never Turn Back telah didendangkan oleh mereka. Muzik metal ini nyata memukau hadirin yang hadir.

Persembahan diteruskan lagi dengan lagu Seruan Itu, Selawat AFB, instrumental 313-I, dan beberapa buah lagu lain yang dipetik dari album mereka,The Album. Antaranya ialah Sunnah Berjuang, My Loving Child, serta lagu hit Al Farabi Band, Evolusi.

Hasbullah Najib, mantan YDP Unimas beraksi bersama Al Farabi Band
Beberapa kejutan telah berlaku pada malam konsert tersebut. Antaranya ialah persembahan gitar solo, keyboard solo serta dram solo oleh anggota-anggota Al Farabi Band, lukisan muzik, serta penampilan istimewa mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UNIMAS, saudara Hasbullah Najib yang menunjukkan bakatnya bermain gitar bersama Al Farabi Band.

persembahan akustik
mantap!
Al Farabi Band bersama tetamu kehormat

Konsert yang mantap,dengan petikan muzik yang benar-benar segar, ditambah pula dengan pencahayaan yang menarik, membuktikan pejuang dakwah juga boleh buat yang terbaik. Konsert pada malam itu bukanlah satu konsert nasyid memandangkan Al Farabi Band bukanlah kumpulan bergenre nasyid.

Diharapkan Al Farabi Band akan terus memperkembangkan perjuangan mereka ke seluruh pelusuk bidang dalam industri hiburan. Siapa sangka jika suatu hari nanti evolusi akan berlaku dalam teater, dan dunia perfileman?

Persembahan pada malam tersebut berakhir lewat jam 12 tengah malam dengan persembahan terakhir Al Farabi Band menerusi lagu Inilah Jalan Kita.Buat Al Farabi Band, perjuangan tetap perjuangan. Ayuh laksana amanat dari Sang Pencipta. Dunia adalah alat,Allah adalah matlamat.- STUDIOKINI

sumber:
studiokini

Sejenak Bersama: Azadan Rabbani dan Bakerinya…

Berada di dalam kumpulan nasyid antara yang terpopular di Malaysia bukanlah satu isyarat untuk ‘goyang kaki’ dan hanya mengharapkan rezeki hasil nyanyian, persembahan dan jualan album sahaja. Malah, ramai juga dikalangan penasyid yang turut memiliki perniagaan sendiri bagi menambah pendapatan dan mencari pengalaman dalam bidang lain.

Krew Munsyeed.Com sempat bertemu dengan anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang secara kebetulan, terserempak dengan kami di sebuah bakeri miliknya di Kajang.

“Dah sebulan jugalah saya mengusahakan bakeri ini”ujar Azadan memulakan bicaranya ketika kami duduk berbual dengannya.

Menurutnya, ia bermula dengan usahanya dalam bidang perkhidmatan makanan dimana beliau turut mengusahakan kantin di sebuah sekolah di kawasan Putrajaya dan turut membekalkan makanan ke beberapa tempat yang lain.

Bakeri yang dimilikinya sekarang sebenarnya adalah kedai bakeri milik anggota kumpulan Far East, Fadzli. Ketika ditanya, beliau menceritakan bahawa bakeri itu kini dimiliki sepenuhnya oleh Azadan setelah melalui proses pengambil alihan.

“Fadzli sebenarnya telah berpindah ke Melaka bersama keluarganya yang bertugas di sana. Jadi dia telah menawarkan kepada saya untuk mengambil alih Far East Bakery. Dari situlah bermulanya bakeri ini”

Pada masa ini, bakeri yang masih belum diberi nama lagi menawarkan pelbagai jenis makanan berasaskan roti dan pastry dengan harga berpatutan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan Rabbani, Azadan berkata bahawa mereka kini sibuk dalam rangka tour ke seluruh Malaysia. Malah, mereka baru sahaja menjayakan Malam Sinar Maulidurrasul dan Karnival Mahabbah yang diadakan di kedah baru-baru ini.

“Insyaallah dalam bulan depan, kami juga akan sibuk dengan Rabbani Travel and Tours. Antaranya ialah program Melancong ke Singapura dan yang akan datang, pakej umrah”

Bercerita tentang album baru, beliau menolak kemungkinan Rabbani akan melahirkan album terbaru dalam jangka masa terdekat ini. Namun begitu,Rabbani akan mengeluarkan sebuah kompilasi khas yang dijangka akan keluar dalam bulan Julai ini.

Menariknya, kompilasi ini akan turut mengandungi seleksi lagu ‘B-sides’ yang menurut Azadan, ia telah dirakam sebelum ini namun tidak dikeluarkan di dalam album. Kompilasi itu akan turut mengandungi beberapa single terbaru Rabbani, termasuk beberapa ‘unreleased’ single yang dirakamkan di Kuwait semasa Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim masih hidup.

“Kami lebih gemar mengeluarkan single dan kompilasi buat masa sekarang. Kalau nak buat album baru tu, susah sikit. Jualan album dan industri muzik sekarang sedang sakit tenat, sangat tenat. Nak jual laku pun susah”Ujarnya menutup perbualan kami.


sumber:

munsyeed.com

Maher Zain Live In Concert 2011: Lebih 7000 Hadir

Seramai 7000 orang membanjiri Stadium Malawati bagimenyaksikan persembahan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan, MaherZain, di sini, Jumaat.

Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 ini diadakan selama dua hariiaitu 25 dan 26 Februari khusus bagi peminat-peminatnya di Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Insha Allah ini dibawa oleh YayasanKemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah menyaksikan gabungan antaraMaher dengan 10 pemuzik profesional bertaraf antarabangsa.

Konsert dibuka dengan persembahan penyanyi nasyid terkenal Malaysia,Inteam, penyanyi nasyid Canada, Irfan Makki dan Mesut Kurtis dariMacedonia.Maher yang muncul kira-kira setengah jam selepas pembukaan konsertpada pukul 9 malam itu memulakan persembahan lagu Allahuakhbar telahmendapat reaksi dan tepukkan gemuruh daripada para penonton.

Dalam persembahan lagu Insha Allah Maher membuat kejutan denganmenampilkan vokalis kumpulan Padi dari Indonesia, Fazly bagimenyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu.

Pada konsert hampir dua jam itu, Maher menyanyikan 16 buah lagu hitdalam album Thank You Allah antaranya Barakallah, For The Rest of MyLife, Thank You Allah, Ya Nabi Salam Alaika dan Hold My Hand.

Sepanjang konsert berlangsung, kelihatan peminat-peminat Maher tidakputus-putus memberi reaksi positif dan memberi semangat dengan turutsama menyanyi lagu - lagunya.

sumber:
studiokini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...