FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, July 10, 2008

Kashfy

info:

Kashfy merupakan sebuah kumpulan vokal berimejkan nasyid yang dipelopori oleh beberapa anak muda yang berasal dari Malaysia.Kumpulan yang mula berjinak-jinak dengan industri nasyid tanahair sejak beberapa tahun yang lalu ini gemar mengetengahkan lagu-lagu world music sebagai satu daripada wasilah dakwah mereka untuk menyampaikan mesej-mesej Islam kepada masyarakat umum khususnya di Malaysia. Mengambil perkataan daripada bahasa Arab, Kashfy yang membawa maksud ‘discovery’ kerap mengadakan persembahan di sekitar Lembah Klang untuk menepati citarasa nasyid setiap golongan masyarakat.
Walaupun berhadapan dengan kebanjiran ramai penasyid-penasyid remaja yang yang mula muncul sejak beberapa tahun yang lepas, Kashfy merupakan sebuah kumpulan yang agak berbeza kerana irama yang dipelopori Kashfy banyak dibayangi oleh artis-artis nasyid antarabangsa seperti Sami Yusuf, Zain Bikha, Dawud Wharnsby Ali, Yusuf Islam, Hamza Robertson dan sebagainya.Bagi Kashfy, irama-irama nasyid yang dibawakan oleh penasyid-penasyid inilah yang perlu ditonjolkan di Malaysia kerana ia dapat memperkembangkan lagi irama nasyid tanahair yang sedia ada di samping tidak mencacatkan keaslian irama nasyid itu sendiri dan mengekalkan kemurnian mesej dakwah yang dibawa.Satu lagi kelainan yang amat ketara dibawa oleh Kashfy adalah keterlibatan ahli-ahlinya dalam bidang professional seperti perubatan, kejuruteraan, dan senibina di samping sebahagian daripada ahli-ahlinya merupakan penghafaz Al-Quran. Keterlibatan ini nyata membolehkan Kashfy untuk dijadikan role model para remaja masa kini di samping menyampaikan mesej dakwah mereka dalam irama nasyid.

website:
http://www.kashfy.blogspot.com/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...