info:
Latar belakang AsSaufee AsSaufee membawa maksud kejernihan, sesuai dengan motto kumpulan AsSaufee ialah untuk menjernihkan suasana hiburan tanah air dengan hiburan alternatif yang berlandaskan Islam, serta memeriahkan lagi industri nasyid tanah air. Kumpulan AsSaufee ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah naungan Rumpun Records. Di awal penubuhannya, kumpulan ini dianggotai seramai 6 orang ahli. Pernah melahirkan sebuah album pada tahun 2002 yang berjudul keinsafan. Antara lagu-lagu dari album tersebut yang sering bermain dicorong radio ikim.fm dan RTM1 ialah Dustur Ilahi & Keinsafan. Sering mendapat jemputan membuat persembahan di sekitar semenanjung Malaysia, terutamanya sekitar Lembah Kelang. Kini AsSaufee dianggotai seramai 5 orang iaitu Ahmad Radzuan, Hafiz, Fakhrul Idzhan, Nazrul Azwan dan Mohd Faizal. Kini AsSaufee telah mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat berdaftar, AsSaufee Records, dan telah menghasilkan album yang berjudul Rindu Kekasih, yang telah berada di pasaran sejak Mei 2007, merupakan album pertama di bawah naungan AsSaufee Records.
emel: assaufee@yahoo.com
Tel: 0192025541
Tel: 0192025541

