info:
Feel One ditubuhkan pada penghujung tahun 2004, selepas menjalani audition di bawah label melody factory, Feel One dipilih sebagai produk di bawah label melody factory (MOFAC) di UIA. idea penubuhan Feel One adalah sepakat dari ahli2 nya iaitu Safarizan, Asyraf, Hasif, Soleh dan Sahinal. Pada 2005, Feel One muncul dengan single Bencana Dunia dan disusuli dengan Hatimu Hatiku. Berkonsepkan ukhuwah dan ketuhanan, pemilihan lagu-lagu Feel One kebanyakan berentak Soul dan Balada bagi menepati konsep nasyid dan memudahkan pendengar untuk mendengar. Kini, usia Feel One sudah mencapai 3 tahun dan banyak pengalaman yang pahit dan manis di timba. Apa2 pun, perjuangan ini adalah untuk semua, moga dengan alunan nasyid dan selawat serta zikir, kita dapat bersama-sama mendidik jiwa.Kesemua ahli kumpulan Feel One adalah dari sekolah yang sama, tamat pengajian tingkatan 6 di sekolah menengah gombak setia pada 2004


